KOMBINASI CINTA - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

KOMBINASI CINTA

Moga kalian yang kami hargai menemui novel kami di Pesta Buku Antarabangsa 2012 :)


Kombinasi Novel CINTAKU KERANA AGAMAMU (Dr. Farhan Hadi) 
dan Novel CINTA HIGH CLASS (Fatimah Syarha).

Kekuatan Novel

1.Fikrah yang sahih dan jernih.
Setiap fikrah yang cuba disampaikan kepada masyarakat dalam novel ini dirujuk terlebih dahulu daripada rujukan yang sahih dan buku-buku karangan ulama muktabar.

2. Ditulis oleh kombinasi 2 pengarang best seller.
Kisah di dalam dua novel ini mempunyai watak yang sama, cuma situasi, latar dan sudut pandangnya berbeza. Ada sudut pandang wanita dan ada sudut pandang lelaki. Adil. Novel ini sudah sekian lama ditunggu peminat. Ia hadir atas desakan peminat yang meminta sambungan terhadap kombinasi 2 novel bestseller terdahulu iaitu Denyut Kasih Medik (Dr. Farhan Hadi) dan Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul (Fatimah Syarha).

3.Isu yang evergreen.
Membawakan sirah Rasulullah SAW dalam realiti kehidupan hari ini khususnya dalam aspek bercinta selepas bernikah.

4.Isu yang digemari ramai iaitu isu cinta.
Menjelaskan pengurusan cinta sebelum bernikah dan selepas bernikah.

5. Mengetengahkan watak protaganis (utama) yang berilmu, berakhlak mulia dan mengamalkan Islam yang sempurna.
Sesuai untuk mempengaruhi sub-concious mind pembaca.

6. Ringan, santai, jalan cerita mudah difahami.
 Sesuai untuk semua peringkat umur dan seisi keluarga.

7. Setiap ungkapan watak memotivasi dan menyentuh.

8. Ceritanya praktikal, realistik, menggerakkan amal dan mudah dicontohi.

9. Membekalkan remaja dengan hujah dalam menangkis cabaran di alam remaja dan mempersiapkan diri untuk menempuhi cabaran awal berumah tangga.

10. Kepelbagaian latar tempat.
Di semenanjung dan di S arawak, di dalam negara dan di luar negara (Damsyiq).

Kelainan Novel

  1. Hampir tiada (jarang) novel atau drama di Malaysia yang mendedahkan konsep fiqh al-awlawiyat dalam pemilihan pasangan dan menjalani alam pertunangan serta pernikahan.
Novel ini mendedahkan kepada masyarakat bahawa dalam Islam, ada perkara yang baik dan ada perkara yang LEBIH BAIK. Ada adat yang bercanggah syariat. Ada adat yang selari syariat dan elok diraikan.
Masyarakat akan lebih berbaik sangka dengan setiap pilihan orang lain. Untuk diri mereka sendiri, mereka akan cuba mengamalkan mana yang menjadi prioriti. Inilah namanya konsep fiqh al-awlawiyat. Dan ini barulah high class.

  1. Hampir tiada novel atau drama yang mengetengahkan fikrah ‘berkahwin satu’ atau ‘poligami’ dengan merujuk fikrah sebenar para ulama muktabar. Mana yang lebih prioriti.
Akibatnya, ada yang berlebih-lebihan dengan menonjolkan aspek buruk sahaja berkenaan poligami.
Ada juga yang mengambil mudah dengan mencanangkan bahawa poligami itu sunnah, hinggakan orang-orang yang jahil agama mengambil kesempatan untuk berwenang-wenang.
Para ulama meletakkan prioriti bahawa berkahwin satu lebih baik berbanding poligami dalam situasi normal.
Novel ini menjernihkan kekeliruan sesetengah pihak yang terdorong untuk bernikah lagi kerana menganggap poligami itu sunnah (dengan kefahaman ia suatu yang digalakkan dan dituntut agama).
Novel ini menjelaskan bahawa ‘berkahwin satu’ adalah sunnah Rasulullah SAW selama 25 tahun dan berpoligami adalah sunnah Rasulullah selama 10 tahun.
Dari aspek feqah, poligami bukanlah sunnah (mustahab). Ia cuma harus (mubah). Terbuka pada pilihan. Ia bukan suatu galakan agama. Ia cuma suatu bentuk alternatif ketika ada keperluan mendesak.
(Fikrah ini merujuk buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan, Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.)

  1. Hampir tiada novel atau drama di Malaysia yang mendedahkan hak-hak lelaki dan wanita yang perlu diketahui sejak sebelum bernikah.
Bibit-bibit awal keretakan rumah tangga boleh dielakkan seawal sebelum bernikah. Novel ini mendedahkan ilmu dan hak-hak lelaki dan wanita sebelum dan selepas berumah tangga.

  1. Hampir tiada novel atau drama di Malaysia yang menonjolkan aspek menguruskan cinta sebelum nikah dengan jalan ‘mujahadah’.
Sebelum bernikah, tiada sms, call atau chatting pada urusan yang tidak perlu. Tiada dating. Tiada khalwat. Berkomunikasi sebatas urusan. Tapi taaruf tetap dapat berjalan selama tempoh pertunangan. Ia dapat menyelesaikan kerisauan masyarakat, “Kalau tak couple, macam mana nak kenal?” Novel ini membuktikan boleh je kenal, dengan jalan yang lebih terjaga.

Nilai-nilai Tarbiah yang Ada Dalam Novel
  1. Mengukuhkan pembinaan individu Muslim.
-Perjuangan Dr. As-Soolihul Muslih dan Qani’ah Syumaila mempersiapkan peribadi Muslim dalam setiap aspek kehidupan mereka.
-Memberi tunjuk ajar dalam menguruskan sebuah persahabatan (sesama jantina) sebagai latihan awal mempersiapkan kemahiran komunikasi dan seni memenangi hati sebelum terjun ke alam rumah tangga yang lebih mencabar.

  1. Mengukuhkan pembinaan keluarga Muslim.
-Pasrahnya hati Dr. As-Soolihul Muslih memilih berdasarkan faktor agama berbanding faktor-faktor lain membuahkan keberuntungan yang dijanjikan Nabi.
-Menjelaskan bagaimana membuat kolaborasi apabila ada pertembungan fikiran antara orang muda dengan orang tua.
-Mencipta aspek-aspek praktikal dalam mewujudkan rumah tangga penuh cinta, lembut dan sabar.

  1. Mengukuhkan pembinaan masyarakat Muslim.
Membantu masyarakat berbaik sangka dalam kondisi individu yang berbeza-beza.

  1. Membuktikan bahawa bercinta selari syariat, jauh lebih ‘high class’.
Indahnya saat menahan, bila ‘berbuka’ penuh keterujaan.
KOMBINASI CINTA Reviewed by Fatimah Syarha on 07:57:00 Rating: 5 Moga kalian yang kami hargai menemui novel kami di Pesta Buku Antarabangsa 2012 :) Ko...

13 comments:

  1. Assalamualaikum wbt Kak Fatimah Syarha yang amat-2 saya sayangi fillah.. =)
    excitednyaaa saya baca entry ni..
    saya salah seorang peminat yang tgh excited nak menikmati penulisan kak Fatimah Syarha yang jerniah fikrahnya & suami..=)
    kalau boleh ustazah buat jualan online juga yer , saya takut tak dapat ke Pesta Buku tu ='(

    jasa kakak yang baik budi amat saya hargai =)semoga markah kebaikan akak sentiasa bertambah ;)
    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ustazah.

    Subhanallah, baru baca point2 je dah rasa kan "high class" nya. :))

    menunggu dengan sabar.

    Indahnya saat menahan, bila ‘berbuka’ penuh keterujaan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum , ustazah ! ^___^

    waaa , tak sabar nya nak beli novel cinta high class tuu , jumaat lepas bru bekesempatn beli buku pemilik cintaku slps Allah dan Rasul. SubhanaAllah , best , sweet sgt .

    kt pesta antrbgsa , bp hr bulan ustzh ad kt sn nt ?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ustazah.
    Saya pun peminat buku2 ustazah..
    selamat berjaya ya!

    ReplyDelete
  5. Kakak!
    Tak sabarnyaaaaaaaaaaaa tunggu dua novel tuh. Hee ^^
    Semoga kita dapat jumpa lagi!

    ReplyDelete
  6. tak sabar jugak! nak jadi orang pertama beli? hehe

    ReplyDelete
  7. semoga buku ni dapat jual online..lebih mudah nak beli

    ReplyDelete
  8. semoga buku ini bermanfaat untuk diriku dan orang lain semuanya...;)terutamanya kpd pengarangnya...:))

    ReplyDelete
  9. saya da beli buku Kutemui Cinta-Nya karya Dr Farhan Hadi... boleh menambahbaikkan lagi gaya bahasa yang menarik dalam buku tu.. namun usaha yang baik boleh diteruskan.. usah give up k...

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum...ukhti fatimah syarha ...
    ana ingin menjadi seorang penulis spt ukhti ..dan ana jugak jikalau blh nya ...ana ingin berinterasi dgn ukhti didlm yahoo ... dan ana inginkan kata motivasi dari ukhti ..

    maaf sbb terlalu byk yg ana inginkan dari ukhti

    ReplyDelete
  11. salam..:)..tak sabar rasanya nak beli buku ni..btw,ustazah saya dri unikl MIAT,berharap suatu hari nnti ustzah dapat datang ke u saya,dan dapt memberi ceramah secara live.

    ReplyDelete
  12. salam kak...saya tak perasan yg akk tls di bwh gambar entry ni spy cari buku ni di pesta buku antarabangsa.saya punya la excited pergi cari novel ni masa pesta buku islam di putrajaya baru ni.siap tny kaunter lagi.diorang ckp tak keluar lagi. balik rmh baru tgk semula entry akk ni.aduh...kene tgu bln 4 rupenye...punye la saya excited nk memilikinye smpi tersilap baca...ape pun, novel2 akk dan suami memg buat sy jatuh hati utk membaca dan menulis.....barakallahulakuma

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum ukhti,,,nk tny novel KU-temui cintaNYA pengeluarannya terhad ke?? sy dah cuba cary d beberapa kedai jualan buku islam d melaka,,xketemui juga,,;(

    ReplyDelete