Belajar Dari Senior di Konvensyen Bidadari Dunia - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Belajar Dari Senior di Konvensyen Bidadari Dunia

Kata Prof. Dr. Muhaya yang baik hati, "Jika kita ambil masa orang, nanti Allah ambil masa kita. Jom, kita bagi masa lebih pada orang." Kata Puan Jamilah yang 'cool', "Anak kecil yang biasa dipukul pada usia 1 hingga 2 tahun, akan pukul mak dia pula pada usia remaja."



Lebih 3000 bidadari dunia hadir di PICC. Seperti biasa, muslimah suka membanjiri majlis ilmu tak kira di IPT atau di mana sahaja. Tahniah buat penganjur iluvislam.com yang berjaya menghimpunkan hati-hati kami. Bersatu dalam cinta-Mu.
Belajar Dari Senior di Konvensyen Bidadari Dunia Reviewed by Fatimah Syarha on 23:50:00 Rating: 5 Kata Prof. Dr. Muhaya yang baik hati, "Jika kita ambil masa orang, nanti Allah ambil masa kita. Jom, kita bagi masa lebih pada o...

34 comments:

  1. assalamualaikum w.b.t

    subhanallah.indahnya.bidadari2 dunia sama2 berkumpul
    agak terkilan tak dapat hadir tapi perancangan Allah itu adalah yang terbaik!!

    :)

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, ramainya yang menghadiri majlis ilmu ni. Biarpun tidak dapat menghadirkan diri kerna tempat yang jauh...InsyaAllah, di lain waktu akan ada peluang untuk bersama2 menghadiri majlis sebegini :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... betul kata syarha.. nikmat dr Allah krn menghimpunkn kita disini.. kenangan terindah Mac 2012. Pertemuan dgn mrk yg mmbw diri lebih bermuhasabah dan dekat dgn Yg Mencipta... syg semuanya.. syg krn Allah.. moga diperkenankn Allah agar berulang lg moment indah ini... Insyaallah.

    ReplyDelete
  4. salam,ustzah..nak tnya,boleh ke seseorang perempuan itu ber make up..contoh pki bedak dan lipbalm untuk mengelakkan muka nak lesu,letih,pucat
    dan bagaimana pula kalau seseorang yang nak mula pki tudung yang labuh,tp dmulakan dengan pki selendang yg panjang dan tidak jarang,contoh pashmina,kerana ia tebal dan senang untuk tutup depan dan belakang

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt. saya belum menemui sebarang dalil yang mengharamkan make-up. apa yang saya baca, ulama muktabar seperti al-qaradhawi cuma berkata, "saya tidak memuji wanita yang meletakkan pelbagai warna pada wajahnya..." para mufti memang sangat berhati-hati meletakkan hukum pada apa yang kurang jelas.

      Jika nak diletakkan dalam bab tabarruj, tafssirannya adalah sesuatu yang khilaf.

      jika kita mengambil pendapat yang moderat dalam cara hidup, sudah tentu Islam tidak suka umatnya kelihatan lesu, letih, pucat, busuk, kotor dsb.lip balm dan bedak masih dalam batasan harus. tanyalah niat. wallahua'lam.

      Delete
  5. salam ustzah, saya pergi KBD hari tu. Masih ingat kata2 ustazah- Jangan bandingkan diri kita dengan sesiapa. Bandingkan diri kita dengan potensi masing2 :)

    ReplyDelete
  6. ustazah ada email tak?boleh sy bertanya lebih terperinci soal agama

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum ustazah..saya cuma nak bertanya..betulkah bhagian bawah dagu wanita adalah aurat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt. aurat itu wajib ditutup. tapi setakat mana yang perlu ditutup adalah perkara khilaf.

      yang dikhilafkan atau diperselisihkan itu termasuklah:
      1)kaki
      2)bawah dagu.

      masing-masing ada hujah. masing-masing dalam daerah pahala.

      akak tenang dengan pendapat bawah dagu adalah daerah yang diringankan (boleh dibuka tapi dalam solat elok ambil pendapat yang lebih berhati-hati. begitu juga halnya kaki.
      wallahua'lam.

      Delete
    2. maksudnya kaki juga diringankan, boleh buka ?

      Delete
    3. ini soal khilaf. setiap pendapat dalam daerah pahala. syafie kata tak boleh buka. hanafi kata boleh buka. hujah kedua-duanya kuat. pilihlah di pertengahan, tutup bila tak menyusahkan. buka bila ada keperluan.

      Delete
    4. terima kasih uszh. sgt membantu.

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. ustazah,apa hukum memutuskan silaturrahim?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum akak fatimah... barakallahufik..... saya nak tanya ,,,tak mengapa kan kalau tidak memakai tudung bulat , tetapi memakai tudung biasa / shawl tetapi dilabuhkan melebihi paras dada dan berbaju longgar , tudung /shawl tidak jarang.... masih dikira menutup aurat kan ? ... syukran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sayang. Kita pegang prinsip, istiqamah dan teguh pada Menutup Aurat (Manhaj/sistem) dan fleksibel pada Cara atau Perlaksanaannya (Kaifiah).

      Teguh pada manhaj, fleksibel pada kaifiah/perlaksanaan, itulah yang kaedah yang diajar Nabi dan para sahabat sesuai dengan tuntutan zaman yang berubah-ubah.

      Jadi, pakailah apa juga yang memudahkan kita, senang, praktikal, selesa, dan sebagainya asalkan istiqamah MENUTUP AURAT.

      Islam bukan anti fesyen, Islam cuma anti dedah aurat dalam berfesyen.

      Kata al-Qaradhawi, katakan 'ya' kepada 'kemodenan'. Katakan tidak kepada pembaratan.

      Katakan 'ya' kepada silang budaya. katakan tidak kepada serangan budaya.

      islam tak sekat kreativiti. bersama Islam sangat enjoy, bebas dan sweet. Islam cuma bagi sedikit panduan supaya kita tetap berada atas landasan.

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Assalmualaikum ustzh,.nk tnya,bku2 yg ustzh promote kt blog ni masih ada stok x?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.
    saya nak tanya, bile yer buku terbaru dr. farhan hadi yg bertajuk cintaku kerana agamamu akan keluar di pasaran?

    ReplyDelete
  14. salam sayang ustzah fatimah di sana. sy nk tnye tentang cinta antara lelaki dan perempuan (masih belum halal hubungan mereka)...katakanlah, sy mempinyai perasaan terhdap seorang lelaki, tapi sy tak contact dgn dia (kerana takutkan Allah) baik dari sms, call dan email.. tapi, kadang2 atau tbe2 sy teringatkan dia. contohnya, sy terfikir..'bagaimanalah keadaan dia sekarang ni?' (kerana berjauhan)..namun hakikatnya kami msih belum menikah. jadi, soalan sy, adakah berdosa jika sy teringat mcm tu dan adakah ia dikira zina hati dan lalai drpd mengingati Allah s.w.t?

    syukran jazilan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sayang. rindu, teringat dan terfikir itu FITRAH. akan singgah pada semua hati yang normal.

      Cuma, cara kita MENGURUSKAN fitrah itu boleh bertukar menjadi FITNAH atau Barokah.

      Katakan adik merinduinya, adik pun MELAYAN-LAYAN, tenung-tenung gambarnya, lihat peta negerinya, baca ayat-ayat powernya yang lalu dan sebagainya, maka HATI akan pergi makin jauh dan jauh mengheret FITRAH menjadi FITNAH SOBWAH (rindu yang cenderung kepada kebodohan).

      Situasi kedua.
      Adik merinduinya, adik URUSKAN hati dengan zikrullah, dengan istighfar, dengan fokus pada yang lebih penting, maka ia menjadi lubuk pahala. Menjadi BAROKAH.
      Disinilah letaknya nikmat mujahadah. Indahnya saat menahan bila berbuka penuh keterujaan.
      Mujahadah itu pahit kerana natijahnya sangat manis.
      Pay now play later.

      Delete
  15. Salam sayang ustazah.. maafkan sy tapi sy nk tahu lagi :)..
    boleh tak ustazah post sesuatu yang berkaitan tentang merisik?

    ataupun..ustzah suggest buku-buku yang kurang bias (perselisihan pendapat) dia..kepada sy yang berkaitan dengan risikan dalam islam ni..

    syukran ustzah..

    ReplyDelete
  16. Assalamualailum ustaz...sy mpunyai seorg kwn y msih menuntut di sebuah universiti. dlm kelas beliau terdiri daripada lelaki dan perempuan.beliau seorg y bertudung labuh..beliau jrng amek bhgn dlm kelas..shingga di label sbg sombong oleh pelajar lelaki kelas beliau.shingga senyum beliau pn mjadi isu...adakah slh perbuatan beliau? beliau xnk senyum bkn pd tmpat nya...bg beliau senyum spttnya di beri kan kpd mahram dan suami shja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt.
      Akak dulupun biasa dianggap sombong oleh pelajar lelaki. 'Cool' saja.

      Kita dibolehkan berurusan bila perlu berurusan. Profesional dalam berbincang. Jika perlu jawab, kita jawab. Jika perlu senyum kita senyum. sebab kita manusia yang berurusan dengan manusia bukannya dengan robot. itulah lumrah sifat manusia.

      beliau hanya ingin senyum kpd suami dan mahram. Itu hak beliau untuk memilih. Kita hormati. Tapi kita perlu jelas, Islam tak adalah susahkan kita sampai begitu sekali.

      Enjoynya hidup dengan Islam. Semuanya mudah! Jom ambil manhaj moderat. Akak suka buku al-Qaradhawi. suuuuuuuuuuuuuuka sangat:)

      Delete
  17. Salam sayang murabbiahku, ustazah fatimah syarha.. puteri2 ustzah mcm mne? sihat ke?..sy nk tanya satu soalan pd ustzah sebenarnya..kalau kita rasa kita dah uruskan RINDU itu dengan elok..(insyaAllah jauh dari fitnah sobwah), tapi perasaan cinta terhadap TUNANG itu masih kekal di hati tak apa ke walaupun tak dilayan-layan?..(kami tak berhubung pun demi menjaga syari'at..maaf tapi ini untuk kenyataan ustzah shje, bukan riya' ya. nauzubillahi min zalik)..minta pandangan ustzah ya.

    syukran. ukhwah fillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam lebih sayang:) jangan dibuang rasa 'cinta' itu. ianya fitrah. suci dan bersih. beginilah sepatutnya. rindu itu untuk diurus agar fitrah cinta kekal fitrah.

      Delete
  18. Salam sayang ustazah..saya sedang belajar di sbuah kolej antarabangsa dan di situ terdapat orang yg beragama kristian, buddha dan hindu.. yang islam ade jugak, tapi mereka kebanyakannya dtg dari africa dan mengamalkan mazhab maliki.. tu adlh intro. cerita sy, ada seorg kristian ni, kesiankan org2 yg islam ni menganut agama pengganas (islam)..sedangkan pada pandangan kwn yg kristian tu, kawan2 nya (yang islam) ini semuanya lemah-lembut dan peramah. dia ajak kwn2 nya (yg islam tadi) masuk kristian. org africa yang islam tadi, berdebat secara baik dan akhirnya yg kristian tadi masuk islam..kalau situasi tu berlaku..mcm mne sebenarnya hujjah yg kita perlukan... nk terangkan kat dia yang islam sebenarnya bukan agama pengganas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt. adik boleh search youtube Dr. Zakir Naik. beliau menjadi pakar rujuk dalam debat muslim-kristian dewasa ini.

      Delete
  19. assalamualaikum ustazah..:).ustazah,bolehkah saya tahu email ustazah?saya ingin postkan email saya pada ustzah berkenaan personal problem.boleh ke ustazah?

    ReplyDelete
  20. assalammualaikum ustazah, bila buku cinta high klas akan dikeluarkan? tak sabar nak baca.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum, ustazah. Seorang sahabat saya ada bertanya, macam mana kita sebagai muslimah ni dalam ikhtilat di alam maya? Main balas comment dekat facebook dan yang sewaktu dengannya. Kadang-2, selalu nampak sahabat lain yang rancak main comment ni. Tak silap saya, sama hukumnya dengan ikhtilat di luar. Seterusnya, about wish birthday ajnabi dekat facebook. Adakah dibolehkan? Mungkin atas dasar persahabatan? Saya kurang pasti untuk menjawab pertanyaannya itu. Sebab ada yang mengatakan ikhtilat antara banin dengan banat dibolehkan untuk 3 perkara sahaja, ilmu, perniagaan, akhirat. Hadis ye ustazah? Dan ada juga pendapat mengatakan dibolehkan tapi jangan berlebihan. Cakap sekadar yang perlu. Mohon pencerahan ye ustazah. Lagi satu, ada sahabat juga bertanya adakah wujud hadis tentang digalakkan meluahkan perasaan tapi ada 4 sebab tak boleh. Rasanya about perasaan kepada yang ajnabi. Terima kasih ustazah.Wassalam.

    ReplyDelete
  22. ASSALAMMUALAIKUM USTAZAH

    pertamanya saya ingin berterima kasih kerana bnyak input saya perolehi dari blog ini :)

    sya ingin bertanya..adakah buku tautan hati masih ada stock?? saya berhajat nak hadiahkan kepada sahabat saya buku yg ada sekarang.. dan klu boleh nak mncri gnti buku tautan hati ini sebab saya sayangkan buku ni :) ..kalau ada stock lagi saya ingin membuat tempahan..

    akhirnya ..saya sangat ingin menjemput ustazah ke tempat pengajian saya.. tapi masih belum berkesempatan.. insyaAllah saya cuba usahakan menjemput ustazah pada sem hadapan :)

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete