TETAP CINTA KETIKA BERBEZA - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

TETAP CINTA KETIKA BERBEZA

Syeikh bin Bazz, meskipun buta matanya namun  luas ilmunya.


Allamah Syeikh bin Bazz dan Allammah Prof Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, mereka banyak berbeza dalam pendapat-pendapat fiqh namun ia tidak menghalang mereka untuk tetap 'cinta' sesama insan bersaudara.



Tetap Cinta Ketika Berbeza
Trend Label-Melabel
            “Jangan dengar kuliah dia. Itu puak...”
“Aku tak suka golongan taqlid buta.”
“Kami anti nama sekian-sekian…”
Hari ini, label-melabel semakin digemari. Golongan yang dilabel dengan label tertentu biasanya akan dijauhi. Adakah sikap ini membantu kesatuan ummat ini?
Mari kita telusuri adab dan akhlak para ulama ketika mereka sekepala dan ketika mereka berbeza. Bukan berbeza Tuhan, bukan berbeza Rasul, bukan berbeza kiblat, bukan berbeza matlamat akhirat, cuma berbeza pendekatan dan tafsiran.
Yusuf al-Qaradhawi loves Hassan al-Banna
Ishom Thalimah menjelaskan dalam bukunya Manhaj Fikih Yusuf al-Qaradhawi bahawa Yusuf Al-Qaradhawi sangat cintakan Hassan al-Banna. Beliau menguasai dengan mendalam semua penulisan Hassan al-Banna. Beliau menghafaz kata-kata Hassan al-Banna dengan fasih dan lancar. Kecintaan beliau terhadap Hassan al-Banna terserlah apabila beliau merincikan buku Usul Isyrin oleh Hassan al-Banna. Lebih jauh dari itu, Syeikh al-Qaradhawi pernah memuji Hassan al-Banna dalam untaian syair yang indah.
Namun begitu, al-Qaradhawi tidak menyebabkan rasa cintanya kepada Hassan al-Banna menjadikannya tidak memiliki ‘rasa berdikari’ dalam pendapat dan pandangan, atau tidak mampu berbeza dengan yang dicintainya dalam beberapa pandangan.
Contoh perbezaan mereka ialah:
1.       Hassan al-Banna menolak berdirinya banyak parti Islam dalam sebuah negara Islam kerana ia mencabik kesatuan.
2.       Al-Qaradhawi membolehkan beberapa parti Islam dalam sebuah negara Islam namun dengan syarat-syarat yang beliau rincikan antaranya ialah perlu saling menghormati bukan saling bertelagah.
Al-Qaradhawi membahas pandangan Hassan al-Banna dengan penuh hormat serta menyatakan penghargaan yang besar terhadap pandangan Hassan al-Banna.
Demikian juga dalam isu-isu wanita. Imam Hassan al-Banna begitu keras pendapatnya dalam masalah wanita. Sementara al-Qaradhawi bersikap moderat. Sebab perbezaan keduanya bukan pada masalah hujah atau dalil. Perbezaan yang ada muncul kerana perbezaan zaman di mana kedua-duanya hidup. 
Imam Hassan al-Banna hidup di sebuah zaman di mana parti-parti dan kelompok-kelompok telah memecah-belahkan kaum muslimin, bukan menyatukan mereka. Saling menghancur bukan membangun. Pada saat itu, kaum wanita belum terjun ke medan kerja, maka pendapat yang beliau keluarkan adalah sebagai tindakan preventif.
Perbezaan pendapat di antara dua tokoh besar gerakan Islam ini bahkan menjadi satu rahmah. Ia menunjukkan bahawa gerakan ikhwanul muslimin yang dibawa oleh mereka adalah gerakan dinamik dan pembaharu (tajdid) dan bukan gerakan yang berdiri di atas status quo dalam pemikiran dan pendapat-pendapatnya.
Bagi para imam itu, tiada halangan bagi mereka untuk berbeza ijtihad dengan imam mereka sebab imam mereka itu sendiri tidak menutup pintu ijtihad bagi sesiapa sahaja yang datang setelahnya. Khususnya jika kondisi, pemikiran dan lingkungan berubah. Mungkin saja jika Hassan al-Banna hidup hingga kini dan melihat apa yang Yusuf al-Qaradhawi lihat, beliau mungkin akan mengubah fatwanya sebab fatwa itu selalu akan berubah sesuai dengan perubahan tempat, waktu dan kondisi. 

Muhasabah 10 Pendapat Kita
                Sebagai remaja atau orang muda, mari sama-sama muhasabah  10 pendapat kita dengan orang sekeliling kita dalam pelbagai isu. Ia menghampiri perpecahan atau penyatuan?
                Mari muhasabah lagi 10 komen kita di facebook, twitter, blog, atau e-mail, ia mengajak bertelagah atau merapatkan sof? Ia berlandaskan fakta atau auta? Kita banyak berhikmah atau beremosi? Kita banyak melabel atau memahami?
                Bukan hanya orang muda, orang dewasa juga perlu bermuhasabah. Sebagai orang dewasa, bagaimana 10 sikap terakhir kalian melayani buakan semangat orang muda? Mendidik atau menghukum? Menjelaskan atau melabel dalam diam? Mengapi-apikan atau memberi contoh tauladan?
Ada yang Sama dan Ada yang Berbeza
                Kreatif, kritis dan proaktif dalam akal fikiran menghasilkan pendapat yang pelbagai. Itu suatu yang sihat dan positif. Selagi mana kita tidak mendesak dan memaksa orang lain sependapat dengan kita dalam perkara-perkara yang Allah benarkan kita berbeza, perbezaan itu masih mampu menautkan hati-hati kita.
Ada perkara yang Allah tidak benarkan kita berbeza. Kebenaran perlu disampaikan. Pendekatan perlu dimuhasabah selalu. Hidup lebih bahagia sekiranya kita terus menyuburkan sikap berlapang dada, meraikan, memahami dan berhikmah dengan budi bahasa yang tinggi.
                “Ah, ini teori belaka. Praktikalnya bagaimana? Kami mahukan contoh yang hidup depan mata,” mungkin inilah suara hati orang muda.
Di Manakah Ulama?
                Rasulullah SAW sudah tiada untuk kita melihat langsung peribadi baginda. Namun, ia bukanlah untuk dikesali. Baginda meninggalkan para ulama pewaris Nabi yang lebih kecil risikonya melakukan kesilapan berbanding orang kebanyakan.
Dalam sejarah masyarakat Yahudi dan Kristian, golongan ulamalah golongan paling jahat kerana sanggup memutar belitkan ayat-ayat Allah. Namun, di kalangan umat Islam, merekalah sebaik-baik ikutan selepas zaman kenabian. Masakan tidak, Allah menjamin bahawa mereka lebih takut kepada Allah berbanding kita semua.
                “Sesungguhnya orang yang paling takut kepada-Ku di kalangan hamba-Ku ialah para ulama.” (Surah Fatir: 28).
                Persoalannya…
 Adakah orang yang kita anggap ulama itu benar-benar ulama?
Adakah kita dengan mudahnya menolak total seseorang ulama hanya disebabkan oleh beberapa pandangannya yang berbeza dengan kita?
Bukankah memusuhi mana-mana ulama hanya akan menyebabkan kita kerugian ilmu dan sumbangannya?
Risalah Mengagumkan
                Banyak persoalan ummah yang tersepit dalam kancah kekeliruan dihuraikan dengan hikmahnya dalam Risalah Taalim, syarah Usul 20 oleh al-Imam Hassan al-Banna. Tidak hairanlah dakwahnya diiktiraf oleh gerakan Islam seantero dunia termasuklah ia berpengaruh kuat di Malaysia.
Imam Hassan al-Banna menyatukan madrasah pemikiran namun meraikan banyaknya pandangan dalam persoalan khilafiah. Beliau berkata, “Kami bukan mengajak menyatukan pandangan, kami mengajak untuk merapatkan sof (barisan).”
Anak muda yang tercari-cari kejernihan faham dalam masalah khilafiah eloklah mencari guru untuk menghadam risalah ini. Dengan pendekatan hikmah, kita akan mendapati, pendapat-pendapat lama yang dipelajari selama ini diraikan bukan dikritik teruk dan dihentam. Semuanya dalam daerah pahala, samada satu atau dua pahala.
Dalam masa yang sama, kita didedahkan dengan pendapat lain yang boleh jadi lebih kuat, merangkumi segenap aspek termasuk ekonomi dan pentadbiran serta mengeluarkan unsur-unsur asing yang boleh jadi bercampur dengan Islam.
 Anak muda yang masih tersepit dalam masalah seperti ilham, ru’yah dan kasyaf, azimat, tangkal, perbomohan, kemaksuman, perselisihan fiqah, sifat-sifat Allah, bid’ah, dan sebagainya, cubalah menikmatai kejernihan faham di dalam risalah ini. Diikuti hikmah dan bijaksana dalam pendekatan.
Akhlak Al-Qaradhawi dengan Syeikh bin Baz
                Anda pernah mendengar seungkap nama ulama Syeikh bin Baz? Atau Nasiruddin al-Bani.
                Dalam masyarakat kita, ada yang anti dengan nama-nama ini. Pendapat mereka sering berbeza dengan pendapat yang selalu masyarakat kita terima di sekolah, di pondok atau di IPT.
                Pendapat mereka juga dalam isu-isu kontemporari ada kalanya tidak sehaluan dengan pendapat Ketua Majlis Ulama Sedunia, Global  Mufti. Mari kita contohi kelembutan akhlak Al-Qaradhawi dengan Syeikh bin Baz ketika mereka berbeza.
                Dalam masalah berdamai dengan Israel, mereka tidak sekepala. Namun, jawapan kedua-dua pihak selalu menggambarkan contoh yang sangat indah dalam fikih ikhtilaf (berbeza pendapat) di antara para ulama.
                Kebanyakan ungkapan Syeikh al-Qaradhawi adalah pujian kepada Syeikh bin Baz. Antaranya,
                “Syeikh Abdul Aziz bin Baz adalah salah seorang ulama besar kaum muslimin pada zaman ini. Fatwa-fatwanya boleh diterima di lingkungan umum dan para aktivis Muslim. Beliau adalah sosok ulama yang keilmuannya tidak diragukan lagi. Demikianlah beliau dalam pandangan kami.”
                Apabila beliau ingin menegur suatu fatwa yang dirasakan kurang sesuai, beliau akan berkata,
“Marilah kita semua melihat dalil pertama yang dikatakan oleh Allamah.” Kemudian, beliau menutup perkataannya dengan berkata,
“Demikian, sesungguhnya perbezaan pendapat saya dengan Yang Mulia Syeikh Abdul Aziz bin Baz sama sekali tidak menafikan rasa hormat saya yang dalam kepadanya. Saya berharap dengan harapan yang tulus untuk membaca dengan teliti dalil-dalil yang saya jadikan dasar. Semoga beliau menarik pendapatnya. Sebab sepanjang yang saya tahu, beliau adalah orang yang dengan mudah dapat kembali kepada kebenaran.”
Bila Kita Berbeza…
Subhanallah! Para ulama menunjukkan akhlak yang cukup tinggi ketika mereka berbeza. Kita pula bagaimana?
Bila kita berbeza, adakah kita terhalang daripada memujinya?
Bila kita berbeza, adakah kita menolak segala kebaikannya?
Bila kita berbeza, adakah kita asyik mengutuk kelemahannya?
Bila kita berbeza, adakah kita tetap cinta?

TETAP CINTA KETIKA BERBEZA Reviewed by Fatimah Syarha on 07:55:00 Rating: 5 Syeikh bin Bazz, meskipun buta matanya namun  luas ilmunya. Allamah Syeikh bin Bazz dan Allammah Prof Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradha...

10 comments:

  1. Subhanallah..saya mencari2 artikel mcm ni ustazah...terima kasih.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana fitrah kita semua sukakan penyatuan...:)

      Delete
  2. Assalamualaikum

    subhanaALLAH. Pencerahan yang mantap ustazah.!

    Selama ini saya sebagai seorang pelajar agama sentiasa dimomokkan dengan kata-kata, " syeikh ini begini. begini, dan syeikh itu pula begitu dan begitu." menyebabkan ada masa kita menolak mentah-mentah , dan tidak mahu mendengar terus kalam mereka.

    Tetapi kadang2 kita lupa untuk menjalinkan kembali tali ukhuwwah yang dibina atas rasa persaudaraan dalam ISLAM dan bersangka baik dalam kalangan saudara2 se-ISLAM kita. ^^

    Kerana mungkin disana ada sudut kebaikan yang lebih bermakna, yang kita tak nampak, berbanding sedikit kelemahannya. Sama-sama kita berlapang dada pada perkara yang dibolehkan.

    Naqiuddin AnsaruLLAH.
    Al-Azhar , Kaherah. Tahun 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt.
      Alhamdulillah! Ummah rindukan bakal pemimpin masa depan yang lebih 'open minded' seperti akhi.
      Ya Allah peliharalah dirinya.

      Delete
  3. nape nak ikot si yusur qardawi kapir tu??? xde ulama lain dah ke nak ikot????

    ReplyDelete
    Replies
    1. I love al-Qaradhawi. Akhlak Al-Qaradhawi yang 'tidak mudah mengkafirkan' orang itu sungguh 'memukau':)...sangat bertepatan dengan ingatan Nabi supaya jangan mudah mengkafirkan orang. Ummah akan lebih teguh dan bersatu. Indah bukan?

      Delete
  4. nape pula die kafir owhhlala......senangnya nak label orang kafir.....

    ReplyDelete
  5. ustazah mempunyai kefahaman yang tajam.

    ReplyDelete
  6. I love you fillah ustazah.. saya menanti saat di mana Islam berdiri gah di atas mimbar ukhuwah dan mahabbah seperti zaman baginda Rasulullah s.a.w.. namun, melihat situasi di negara kita skrg, sayu terasa hati.. Islam menuju perpecahan bkn perpaduan.. hasad dengki, benci-membenci bagaikan perencah wajib dalam kalangan umat Islam di negara kita hari ini.. hasad dengki/iri hati merupakan penyakit no 1 di syurga dan di dunia.. tak mustahil boleh menghancurkan ummah.. namun, bilakah masanya mata hati para pejuang deen kita bebas daripada penyakit hati ini??

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum ustazah..maaf ye, tapi gambar itu bukan Bin Baaz. Itu adalah Syeikh Abdul Aziz Alu Syeikh.

    ReplyDelete