CAFE CINTA DI UIA KUANTAN - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

CAFE CINTA DI UIA KUANTAN

CAFE CINTA DI UIA KUANTAN Reviewed by Fatimah Syarha on 13:43:00 Rating: 5

6 comments:

  1. assalamualaikum.

    saya sudah meneliti beberapa lecture video ustazah. saya ingin memberi beberapa komen. sebelum itu, saya ingin menegaskan komen saya tidak ada maksud lain, melainkan untuk kebaikan kepada ustazah, kerana agama itu nasihat. saya rasa ustazah lebih memahami.

    1. Suara ustazah saya rasakan TERLALU LEMBUT. saya amat memahami suara perempuan bukannya aurat. maka boleh memberi lecture, itu tiada masalah. Tetapi harus dibatasi dengan beberapa perkara. antaranya, suara perlulah mendatar. saya yakin isi yang baik dapat juga disalurkan dengan bersuara latar, kerana ada penekanan serius di situ. tidak perlu membuat reaksi berlebihan dan suara manja lenggok begitu. Jika benar itu suara ustazah, saya minta maaf. Tapi perlu ustazah fikirkan apakah caranya untuk mengatasi masalah ini. pasti ada caranya. mcm lecturer di univ (wanita). mereka tidak berlemah lembut begitu. tegas dan padat. alhamdulillah, sampai juga isi bicara.

    2. Lenggok badan. alhamdulillah pemakaian ustazah sangat OK. tapi lenggok badan agak berlebihan.Ustazah perlu ingat bukan semua penonton adalah perempuan. ada lelaki. pernahkah ustazah fikirkan apa impak kepada penonton lelaki? jika ustazah belum terfikir, saya nasihatkan ustazah mula fikir dari sekarang. tak perlu saya bg dalil dalam quran dan sunnah berkenaan wanita, krn ustazah lebih maklum.

    3. Topik yang diketengahkan.
    Topik CINTA yang sering diwar2kan oleh ustazah pada saya TIDAK SESUAI untuk student univ. Saya faham umur di univ, sangat terdedah kepada CINTA berlainan jantina. dan umumnya, sudah tahu CINTA sebelum kahwin itu tidak syar'ie. Saya yakin ramai tahu itu. Maka tidak perlu lagi isu ini. Saya berpendapat, masalah utama golongan muda adalah kurangnya pemahaman agama yang asas: iaitu manhaj,tauheed dan aqeedah. Ada baiknya dakwah kepada golongan muda difokuskan kepada isu ini. sudah semestinya dalam suasana yang lebih menarik. Tapi, perlu dilandasi ilmu (quran dan sunnah dgn pemahaman salaf as soleh). Bukan contoh2 biasa. Ajarkan generasi muda pentingnya dalil dan pemahaman yang benar. sibukkan mereka dengan perkara yang lebih penting. Insha-allah, mereka tiada masa untuk bercinta kerana sibuk dgn ilmu. Tidaklah pula menghalang mereka berumahtangga. kerana ada juga dipelajari, tapi secara yang sepatutnya. Bukan dgn ustazah menunjukkan aksi mesra dengan suami di atas pentas.

    4. Komen di youtube perlu diberi perhatian.
    Saya menyarankan ustazah agar membaca semula komen2 penonton ceramah ustazah di Utube. Kebanyakan mereka hanya komen:
    4.1 Rupa paras ustazah
    4.2 Suara ustazah.

    Mungkin ustazah x perasan, sila lihat kembali. Apakah kesan sebenarnya? saya meragui kesannya sehingga sekarang. Saya sekali lagi menekankan, biarlah ILMU itu sesuatu yang sahih. Jangan sekadar ilmu nak carik jodoh sahaja. Hidup kita bukan sekadar itu. TERLALU BANYAK perlu difokuskan. seperti yang saya katakan tadi, selagi prinsip asas islam tidak difahami, hasil yang baik jauh sekali.

    Sekadar ini saja, buat masa ini.

    saya amat mengharapkan point2 saya mendapat perhatian sewajarnya oleh ustazah. saya sekadar memberi komen pendapat, selebihnya atas qadar allah dan usaha ustazah untuk mengubahnya. saya amat berharap ustazah mengambil tindakan rentetan komen saya ini. sekali lagi saya ingatkan, niat saya tidak lain melainkan kebaikan. wallahu'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hormat.
      Selamat datang ke sebarkan bahagia.
      Jazakillah atas komen di sini.

      Mungkin kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradhawi di bawah ini boleh menjelaskan sesuatu sebab sumber rujukan ukhti dan saya berbeza.

      Merujuk ulama dari jalur Ibnu Mas'ud sudah tentu berbeza daripada merujuk ulama dari jalur Ibnu Abbas. Inilah 'skill' yang perlu dihadam dalam dakwah, mana yang disepakati, mana pula yang dibenarkan berbeza. Apabila kita 'melayani' perkara yang 'dibenarkan berbeza' sebagaimana 'perkara yang disepakati, ia hanya akan menimbulkan perpecahan bukan penyatuan.

      Apa yang saya sampaikan, jika ia tidak memberi manfaat kepada ukhti, ia telahpun memberi manfaat kepada ribuan yang lain berdasarkan respon yang saya terima. maka, hormatilah keperluan orang lain. setiap ilmu Islam, ada insan-insan yang dahagakan pencerahannya walau sekecil-kecil perkara.

      Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata:

      “Banyak kerosakan yang dilakukan oleh kaum muslimin yang ke-Islamannya daripada warisan semata-mata. Di antara kerosakan itu ialah:

      Mencampur adukkan pemikiran dan perasaan peribadi ke dalam ajaran Islam.
      Menyangka seseorang yang berhati keras, kaku dalam berinteraksi sosial (mendatar) samada dalam keluarga atau masyarakat, itulah yang dianggap ajaran Islam.
      Menyangka seseorang yang berhati sempit, suka mengata orang dan sukakan permusuhan, itulah yang dianggap ajaran Islam.
      Pandangan sempit seorang lelaki terhadap wanita. Lalu menghasilkan sikap keras, anti toleransi, mudah berprasangka buruk dan merendah-rendahkan wanita. Lelaki itu juga memandang wanita hanya sebagai alat pemuas nafsu dan pelayan kaum lelaki sahaja.


      Ironinya…

      Sumber-sumber literatur Islam yang mereka baca belum mampu mengubah cara pandang mereka.
      Pergaulan mereka dari satu lingkungan ke lingkungan yang lain, belum juga mampu membawa akal mereka kepada pencerahan.
      Mereka mungkin telah menyelesaikan program ‘master ‘dan doktor falsafah dalam pelbagai disiplin ilmu, tetapi semua itu masih tidak mampu membawa mereka kepada kesedaran dan kemajuan.
      Mereka masih tidak mengetahui betapa agama Islam sangat memuliakan wanita, sebagai anak perempuan, isteri, ibu dan sebahagian dari anggota masyarakat.”

      Delete
    2. Salam ustazah

      Bagaimana jika saya katakan bahawa saya tergoda dan terbangkit syahwat kpd ustazah kerana suara dan lenggok ustazah sebagaimana yang disebutkan oleh nahwanz dlm point 1 dan 2. Apatah lg ustazah ni cantik. Cukuplah saya sebutkan sekadar itu. Harap tidak melampau.

      Saya tidak tahu bagaimana dgn lelaki lain, mungkin ada juga yg mengalami perkara yg sama tetapi pastilah mereka tidak menceritakannya. Saya tahu saya perlu mengubati penyakit hati ini.

      Bagaimana pula di pihak ustazah? Apa pandangan ustazah

      Delete
  2. Allah SWT menjelaskan secara tersirat bahawa wanita bukan makhluk ‘double standard’, tetapi makhluk yang melengkapi kekurangan lelaki, sebagaimana lelaki diciptakan untuk melengkapi kekurangan wanita. Masing-masing unik dan istimewa.
    · فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لأكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلأدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ (١٩٥)
    195. Maka Tuhan (Allah SWT.) mereka mengabulkan permohonannya (dengan berfirman): “Sesungguhnya aku (Allah SWT.) tidak menyia-nyiakan amal (perbuatan) orang-orang yang beramal di antara kamu sekalian, baik laki-laki maupun perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain….”.

    Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata lagi, “ Makna firman-Nya yang bermaksud “…sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain” adalah…
    · Lelaki sebahagian daripada wanita dan wanita sebahagian dari lelaki.
    · Satu sama lainnya saling melengkapi dan saling menyempurnakan.
    · Wanita tidak boleh hidup tanpa lelaki dan lelaki tidak boleh hidup tanpa wanita.
    · Kedua-duanya sama di mata syariat.

    Firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah, ayat 71:

    Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

    Rasulullah SAW bersabda, “Wanita itu adalah belahan kaum lelaki.” (HR Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, Ad-Daruquthni).

    Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian melarang wanita-wanita Allah dari masjid-masjid-Nya.” (HR Al-Bukhari).

    Apa yang saya kutip dari sekian banyak pencerahan al-Qaradhawi:
    1) Islam mengajar kita komunikasi berkesan, bukan komunikasi keras, kaku dan mendatar. Hindun bintu Abu Sufyan setelah masuk Islam bahkan bersyair untuk membangkitkan semangat jihad para mujahidin yang ingin berperang.

    2) Islam menghormati lelaki yang lahir lembut seperti perempuan (bukan kesengajaannya), wanita yang jalan melenggok kerana 'belakangnya' besar (bukan kesengajaannya), wanita berwajah cantik (bukan dia sendiri menciptakan wajahnya, wanita bersuara lembut dan sebagainya. Islam tidak menyekat dan mengongkong dia berdakwah di muka bumi ini. Allah tak memberatkan seseorang dengN HUKUM pada apa yang di luar kemampuannya.

    Wanita cantik tak disuruh menghodohkan wajahnya sendiri bahkan ulama berwajah pertengahan tak mewajibkan mereka berpurdah.

    Wanita bersuara lembut tak disuruh 'menggarangkan' suaranya kerana itu sangat menyeksakannya dan menyakitkan tekaknya.

    Jadilah diri sendiri dengan apa yang Allah ciptakan.
    Mudahnya Islam jika mengikut ulama bermanhaj moderat dan pertengahan.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.

    jazaakillahu khayran katheera atas penjelasan yang panjang lebar.

    saya cuma mahu bagi link ini sahaja:

    http://akhwat.web.id/muslimah-salafiyah/fatwa-ulama/melembutkan-suara/

    mungkin kita berbeza pandangan kerana saya bukanlah manhaj pertengahan. setahu saya manhaj cuma satu, manhaj salaf as soleh sahaja:)

    mungkin juga saya tidak bermanhaj moderate sebagaimana ustazah.

    :)

    tapi saya yakin manhaj yang haq itu sesuai dengan fitrah, menjaga wanita sebaik mungkin, tidak menyakitkan tekak, juga menyusahkan muslimat..:)

    wallahu'alam~

    semoga allah memberi hidayah kepada kita semua.

    satu lagi, ada baiknya tafsir quran diteliti menggunakan tafsir ibnu katsir.

    wallahu'alam~

    :)

    ReplyDelete
  4. http://www.dinar-emas.com/vaticans.html#axzz2AngB5zUd
    Assalamualaikum ustazah..ni link blog yg sy br bc ari ni..sy meminta jasa baik ustzh utk mluangkn ms mambc blog ini kerana stlh mmbcnye, sy mnjadi agak keliru dgn apa yg ptot sy lakukan sbgai umat islam..sila tinggalkan komen n apa2 nasihat stlh mmbacanye

    ReplyDelete