Duhai mata yang sedang menangis... - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Duhai mata yang sedang menangis...

Salah satu 'saat' yang sangat nikmat dalam hidup ini ialah 'saat-saat' dapat menangis  kerana mengadu pada-Nya. Tak caye...cubalah:)



Duhai mata yang sedang menangis...

Mungkin tika ini kau sedang bahagia. 

Mungkin juga kau sedang berdukacita.

Apapun situasimu, air mata yang menggenangi kelopak matamu dan mengalir ke pipi ialah anugerah Allah s.w.t yang tidak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah kepada-Nya kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis.

Kenapa menganggap semua tangisan itu satu kelemahan? 
Kenapa menganggapnya satu lambang ketidak matangan? 

Bukankah Allah s.w.t merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya:

"Dan mereka menyungkur (sujud) di atas mula bumi mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk" (Surah al-Isra':109)"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis." (Surah Maryam: 58)

Duhai mata yang sedang menangis...

Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya. Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsur-unsur berbahaya dijana oleh tubuh. Air mata secara semulajadi boleh membuangnya. 

Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata. Bukan itu saja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa. 

Subhanallah!hebat sungguh penciptaan air mata.

Duhai mata yang sedang menangis...
Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu ada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

Jika kau lelaki, kenapa perlu malu pada tangisan? 
Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apa pun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala (bukan semuanya) perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.

Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. 
Tahukah dikau, penyayangnya Allah s.w.t padamu hingga Dia menciptakan kelenjar-kelenjar air matamu lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak daripada lelaki.

Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki (Rujuk statistik). Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil. (Prof. Muhaya, betul tak?)

Duhai mata yang sedang menangis...
Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu. Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarang untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.
Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam yang Esa:"Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah"(Riwayat Ahmad dan Nasai).
Duhai mata yang sedang menangis... Reviewed by Fatimah Syarha on 11:54:00 Rating: 5 Salah satu 'saat' yang sangat nikmat dalam hidup ini ialah 'saat-saat' dapat menangis  kerana mengadu pada-Nya. Tak cay...

9 comments:

  1. Salam ustazah.. saya inginbertanya mengenai Hadis Mutawatir dan Hadis Ahad/Khobar Ahad. boleh tak ustazah bagi pendapat secara rawak (roughly) dan apakah rujukan terbaik untuk menambah pengetahuan secara mendalam tentang hadis nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSLM WBT. Salam hormat adikku sayang.

      Ada ribuan buku tentang Ulum al-Quran dan Mustalah hadis, adik boleh rujuk mana-mana.

      Jika nak tahu roughly tentang soalan fakta begini, adik hanya perlu google pada zaman maklumat di hujung jari sekarang ni. Wikipedia boleh membantu.

      Jika baca Wikipedia tapi tak faham, barulah akak boleh explain.

      Roughly, hadis mutawatir ni, ramai sangat (lebih 4) orang yang meriwayatkannya bahawa ia kata-kata Nabi. Pada setiap zaman, periwayatnya memang ramai, sampaikan, kalau kita kata orang-orang ni menipu, tak logik pulak.

      Hadis ahad pula, lawan hadis mutawatir ini. Pada zaman yang terdekat dengan zaman Nabi (zaman sahabat), tak ramai orang yang riwayatkannya. ada seorang dua sahaja.

      Delete
  2. assalamualaikum kak fatimah
    boleh saya minta emel akak?
    saya nk minta nsihat akak tntg ssuatu perkara yg agak private.

    saya mohon sangaaaatttt kat akak :)
    trima kasih:)

    ReplyDelete
  3. Assalam.. betol ustazah.. air mata yg mngalir mmbuatkan diri merasa hina menghadap pencipta, betapa kerdilnya diri sbgai hamba.. mengadu pada Allah shingga menangis mmbuatkan sseorang itu tenang.. dan automatically akan rasa betapa besarnya kekuasaan Allah :)
    moga semua sentiasa di bawah rahmatnya.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum, tumpang lalu...hee..ustazah, nak tnyer, novel " TAUTAN HATI" msh ade stok lg x?sy nk order

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum akak, terima kasih atas pengisian ni...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak fatimah. selepas mengalami satu peristiwa yang amat menyedihkan pada tahun lepas, saya hampir sukar mengeluarkan air mata. Sukar untuk merasa sedih jika ada sesuatu kesusahan atau perpisahan. adakah ini berkait dengan hati? maksud saya hati sudah menjadi keras. atau mungkin sebab saya dah 'immune' daripada tangisan. saya amat keliru, di kala kawan2 menangis di sekeliling saya, saya hanya mampu mendiamkan diri, merasa sedih yang amat sedikit. apa pendapat kak fatimah?

    ReplyDelete
  7. Duhai mata yg menangis... :'(
    Tersentuh hati baca artikel ni.. Masya Allah... Thank you my idol, kak FS :')

    ReplyDelete