Kenapa bagi saya, 'ia' special? - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Kenapa bagi saya, 'ia' special?


Alhamdulillah. Tutup aurat. Labuh. Cantik. Selesa. Mudah. Praktikal. :)
MODEL A.

Islam bukan anti fesyen, Islam cuma anti dedah aurat dalam berfesyen.
MODEL B.
Dr. Farhan, my sweetheart berpesan, "Sayang carilah tudung labuh yang boleh jimatkan masa daripada 'iron'."
MODEL C.
Anak-anak kecil bebas menyusu di balik tudung labuh. Bebas memanjat ibunya dan bebas menarik tudung ibunya untuk meneroka dunia. Kekemasan si ibu tetap terjaga.
MODEL D.
Siapa yang tercari-cari tudung labuh yang paraktikal, selesa, tidak melekat di badan, ini suatu alternatif yang menarik.
MODEL E.

 Jika berminat menjadi pengedar atau pembeli, boleh ikuti cara berikut:
1. Bank in ke akaun Bank Islam atau Maybank Dr. Farhan Hadi seperti di sebelah.
2. Sms maklumat pembayaran, alamat dan model tudung yang diingini.
RM65 termasuk postage:)
Penghantaran tudung ini akan menggunakan pos laju (flight) namun ia memakan masa satu hingga lima hari bergantung kepada stok yang ada dalam simpanan kami. harap maklum.
AWNING SYRIA ARAB,SIZE XL,MATERIAL DENIM



“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia istimewa pada pandangan-Nya, itupun jika hati bercalit taqwa.
Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian.  Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.
Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab (jubah atau baju kurung) ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Begitu juga ayat-ayat al-Quran tentang khimar (tudung) dan hijab (benteng) dalam Surah al-Nur dan al-Ahzab.

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.
Istimewa Bertudung Labuh
Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.
Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.
Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit
Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.
Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood.

Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.
Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.
Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.
Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.
“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.
Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.
Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!
Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!
Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut
Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.
Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.
Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh
Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnyahanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.
Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.
Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.
Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat
Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh  istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.
Kenapa bagi saya, 'ia' special? Reviewed by Fatimah Syarha on 20:18:00 Rating: 5 Alhamdulillah. Tutup aurat. Labuh. Cantik. Selesa. Mudah. Praktikal. :) MODEL A. Islam buka...

46 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,
    sangat sangat menyentuh hati saya, saya juga skrg dalam perubahan untuk ke arah yg lebih baik, alhamdulillah, hati saya masaih kuat, walaupun di kelilingi sahabat yang berlainan agama dan biasa biasa saja, saya tetap dengan pendirian saya, semoga saya terus istiqamah . ada sahabat yg melihat gambar lama saya dan bertanya, bagaimana saya mempunyai kekuatan untuk berubah sampai begini sekali, jawapan saya, kun fayakun dan sabar <3

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum .. terima kasih atas coretan ini , yg menguatkan lg semangat sy yg baru brjinak2 dgn tudung labuh .. inshaAllah moga istiqomah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    ♥ ..Bertudung LABUH bukan semata-mata ia seorang USTAZAH tetapi kerana ia seorang MUSLIMAH. Menjaga akhlaknya kerana ia seorang MUSLIM. Bukan kerana inginkan PUJIAN tetapi dalam diri rasa ada KEIMANAN kepada Allah.. ♥ ~

    ♥ AURAT di Tutup, AKHLAK di Jaga ♥

    Wallahua'llam...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..perkongsian yg bermakna

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ustazah..ustazah..sy buntu..mcm mane nk tegur kawan sebilik yg x tutup aurat?mohon penjelasan ustazah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt. dia tak tutup aurat sebab dia belum rasai betapa Allah sayangkan dirinya. Cuba menangi hatinya dengan 'caring', insyallah hatinya lebih lunak mendengar nasihat. Addinu Nasihah.

      Delete
    2. terima kasih ustazah atas nasihat itu..

      Delete
  7. ustazah...terima kasih, terima kasih dan terima kasih...tersentuh hati membaca pengalaman ustazah...

    saya dulu bertudung labuh semasa sekolah agama, tetapi sekarang tidak lagi lepas keluar sekolah tersebut...rasa menyesal, sedih itu ada, tapi ntahla...

    timbul keinginan untuk bertudung labuh semula, apatah lagi dengan melihat ramai2 orang sekeliling saya ada bertudung labuh, tapi seringkali hati saya rasa saya belum bersedia sepenuhnya...

    mungkin itu salah, kerana ajal maut kita pun belum tentu bila..

    keinginan itu ada, malahan melihat mereka yang berpurdah pernag membuatkan saya menitis airmata, cantiknya mereka...

    tapi bagaimana harus saya mulakan ustazah...

    Assalamualaikum...

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum, izinkan sy untuk mberikan pndapat.
      kawan sy pernah menasihati sy, jika hati telah terdetik untuk berubah, maka teruskan niat hati, jgn dtangguh2 sebab syaitan sentiasa akn berusaha untuk mbatalkan niat kita utk berubah, wallahu'alam. =)

      Delete
  8. terima kasih sudi berkongsi ilmu & pengalaman..
    Sy juga ada berhasrat utk memakai tudung labuh, InsyaAllah satu hari nanti..

    ReplyDelete
  9. Subhanallah, pengalaman yang begitu indah disebalik penampilan tudung labuh. Menjadi inspirasi diri, berubah penampilan menjadi muslimah sejati, menutup aurat, bukan hanya sekadar bertudung labuh. Doakan naz, kerna naz juga dalam proses berubah penampilan diri, doakan naz istiqamah dalam perubahan ini. Aamiin.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian, kak Fatimah. Sejujurnya saya sedang mencari kekuatan dan tekad untuk bertudung labuh. Perubahan yang saya lakukan sedikit demi sedikit seakan belum cukup memuaskan dahaga rohani yang inginkan perlindungan dan redha Allah s.w.t. Doakan saya dapat menguatkan tekad saya, kak. Dan semoga saya dapat istiqomah dalam kebaikan.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum.

    sokong sangat-sangat!!! (^__^)

    tapi,bagaimana dengan seseorang yang ahli keluarganya tidak sorang pun bertudung labuh malah yang tidak menitik beratkan tentang penjagaan aurat ingin bertudung labuh malah dia lah sorang saja yang pentingkan pasal aurat nih.

    mungkin adik-beradik malah sedara-mara akan cakap yang tak best didengar pasal perubahan si dia..??

    then bagaimana kita nak ajak mereka slow-slow jaga aurat ..mungkin ada yang lebih dewasa dari kita,pendekatan yang bagus untuk tarik mereka ?

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..ustazah..sebak rasa membaca tulisan ustazah...

    Saya kini berjinak2 dengan tudung labuh...baru sebulan...
    Hasrat utk bertudung labuh sudah lama terpendam di lubuk hati..
    Jujur, hati ini sejuk melihat muslimah bertudung labuh...
    Tercuit rasa hati ingin berimej sama..
    Apatah lagi saya mengikuti tulisan ustazah, baik novel @ artikel di dalam majalah...
    Kehidupan & tatacara kehidupan muslimah spt dalam penceritaan ustazah sangat indah bagi saya...
    Dahulu tudung saya bersaiz M, kini saiz L menjadi pilihan..memandangkan saya bertubuh kecil, saiz L itula tudung labuh saya...

    Alhamdulillah, saya rasa lebih selesa... Dari segi pandangan mata orang lain juga dari segi pergaulan..
    Saya lebih 'disegani' dalam ertikata dihormati sebagai seorang muslimah..

    Baru-baru ini, orang memanggil saya 'Ustazah'.. masyaAllah... satu penghargaan buat saya.. namun, terasa kerdil diri ini kerana bagi saya gelaran 'Ustazah' itu tidak layak untuk saya yang masih baru mengenali diri... masih dalam proses membaiki diri...

    Alhamdulillah...doakan saya ustazah...
    Semoga saya terus istiqamah.. bukan sahaja dalam menjaga aurat, tetapi menerapkan akhlak muslimah dalam kehidupan saya...

    ReplyDelete
  13. betul..dulu saya pun pernah brtudung labuh..tapi hanya sebab peraturan sekolah..saya x tahu nilai tdung tu sndiri..alhamdulillah sejak saya msuk ipta..Allah dekatkan saya dgn org2 yg slalu memperingatkan dengan Dia.. bila saya mengenakan tdung labuh dengan kerelaan hati..baru saya rasa kemanisan dia..mmg dpat melindung diri saya dripada buat benda2 x sepatutnya..doakan saya istiqamah ye!hee

    ReplyDelete
  14. Coretan pengalaman yg amat bermanafaat....mohon share. Terima kasig...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Ustazah...smkin btmbh kesyukuran saya bila mbaca entri Ustazah...Alhamdulillah masih diizinkan bertudung labuh sehingga kini walaupun banyak sangat ujian yg datang...kata2 emak tmbh kekuatan diri...'mak harap sgt hg bleh terus pakai cmni..sbb ni shj mak bleh wariskan...':)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum ya ustazah..smoga saya diberikan kekuatan utk terus bermujahadah memakai tudung labuh walaupun bermacam2 godaan..insyaAllah..syukran khatira atas perkongsian yang sngt memberi dorongan buat saya yang masih muda ini :))

    ReplyDelete
  17. Islam meluaskan yang halal. Tudung labuh tak semestinya labuh bulat. fesyen macam mana pun tak mengapa asalkan 'gunung' indah tu ditutup.

    jika nak pakai tudung simpang dan singkatpun tak apa kalau jubah kita macam manto arab yang tebal tu. masih tercapai maqasid syariyyah menutup aurat.

    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  18. salam ustazah...

    awning syria arab ni, dia bercantum terus dengan tudung ya?

    ReplyDelete
  19. salam.....
    saya berminat dengan tudung labuh ni.... saya memang memakai tudung labuh dan ingin mencari lagi.....berapa rm ye? ada tak tudung jenis ni yg tiada corak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum ada. tapi model B tu tak ketara sangat coraknya. Harmoni saja jika dipakai. :)

      Delete
    2. Salam,

      saya ada bt tempahan Awning Syria Arab, Size XL, material denim, Model C.
      saya dah bank-in ke maybank.

      terima kasih.

      Delete
    3. wsalam wbt. terima-kasih. tudung yang masih ada stok akan dipos segera. :)

      Delete
  20. Subhanallah kak fatimah syarha :) perkongsian yg sgt hebat tuk dijadikan iktibar dlm kehidupan seseorang.
    syukran jazilan atas perkongsiannya, Barokallahu feik.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum kak fatimah
    boleh saya minta emel akak?
    saya nk minta nsihat akak tntg ssuatu perkara yg agak private.

    saya mohon sangaaaatttt kat akak :)
    trima kasih:)

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum kak fatimah :)
    alhamdulillah..sgt2 berguna..
    alhamdulillah juga saya sudah mula berjinak2 dalam perubahan ke arah itu..
    saya ingin bertanya satu soalan ini..maaf kalau ia terlalu peribadi,,dalam coretan d atas kak fatimah ada nyatakan nama kak siti aisyah mohd nor,adakah beliau seorang pensyarah skrg?,kalau salah maafkan saya.. :)

    terima kasih kak :)

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum ustazah maaf ustazah, saya insan baru blajar.. kalau bleh sy nak berhubung dengan ustzah . saya ingin skali mnjmput ustzah ke unisza terengganu sekiranya berkelapangan...dengan berbesar hati skali insyallah ramai peminat ustazah di unisza .. sy salah seorg peminat ustazah, bg saya ustazah adalah ikon yg terbaik untk memotivasikan sahabat2 sy disana insyaallah ustazah..
    Balkis mohamad.. :)

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum ustazah, saya harap satu hari nanti ustazah akan mengadakan ceramah ugama kat Brunei. saya betul2 ingin bertemu empat mata dengan ustazah satu hari nanti.. insya ALLAH - salam ukhwah dari Brunei :)

    ReplyDelete
  25. Jazakallah.

    Namun ana lebih suka ukht bertudung labuh seperti biasa. Lebih memenuhi tuntutan daie, dan terpelihar serta mencakup makna jilbab dan hijab.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) jazakillah atas pendapat. Kita berhak mengutarakan pendapat tapi kita tak berhak memaksa pendapat kita pada orang lain kan? Ukhti tak memaksapun sebab saya yakin ukhti baik orangnya:)

      Tuntutan dae, makna jilbab dan hijab...saya lebih suka merujuk maknanya oleh para ulama muktabar seperti al-Qaradhawi daripada mengambil nilai orang kebanyakan yang berubah-ubah.

      Islam meluaskan yang halal untuk kemudahan umatnya. (Wassakkhrolakum ma fissamawaati wamaa fil ard...) Saya tidak suka menyempitkan diri dan orang lain dengan menyekat apa yang Islam tidak menyekatnya, mengambil 'manfaat' terhadap apa yang Islam berikan kemudahan. Inilah rahmatnya mengambil manhaj pertengahan yang mudah lagi memudahkan:)

      Islam bukan agama yang jumud dan anti tajdid. Islam tidak pernah menentukan 'pakaian seragam' untuk umatnya. Islam sangat bertoleransi pada perkara cabang dan tetap pada perkara pokok. Kata al-Qaradhawi, katakan ya pada kemodenan dan katakan tidak pada pembaratan.

      Marilah kita buat sesuatu dengan ILMU, bukan taklid atau ikut-ikutan. Memahami sesuatu dengan merujuk sumbernya yang asal bukan 'tafsiran' tradisional yang masih dalam daerah betul atau salah.

      Jika sudah ada kereta, kenapa perlu naik unta di Malaysia?
      Jika sudah ada tudung labuh yang tak perlu iron, kenapa nak susahkan diri cari tudung labuh yang perlu iron? boleh save time.(saya tetap menyukai tudung-tudung lama saya)
      Bijaksana kaedah syarak yang menyebut, hukum boleh berubah dengan berubahnya zaman dan masa. (Mari belajar Fiqh dan Usul Fiqh, sangat dekat dengan kehidupan seharian:)

      mari berlapang dada.i love you all lillahi azza wajalla:)

      Delete
  26. Assalamualaikum usth.
    Benar kata2 ustzh..lelaki yg mempunyai persiapan agama sj yg berani merisik.
    Tp mcm sy bekerja dlm anggota beruniform..bagaimana cara terbaik untuk menutup gunung yg indah itu ;) mohon nasihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt.
      Aju Hasyim si mawar agama...

      Dalam isu pakaian wanita, kita pegang prinsip 'menutup aurat'.
      Untuk lebih jelas erti menutup aurat, kena faham istilah-istilah seperti 'khimar', 'jilbab' dan 'hijab' dari para ulama. (rujuk pos-pos terdahulu).

      Jika kita rujuk 'nilaian' orang kebanyakan, pandangan mereka selalunya merujuk 'tafsiran' dan 'kefahaman' mereka sendiri dan jarang yang bersandar kepada ilmu dan dalil yang benar. Jarang juga yang mampu meraikan khilaf dan berbaik sangka dengan pilihan orang lain.

      Berbalik pada pakaian beruniform...Prinsipnya, jika ia menutup aurat maka ia boleh. Jika ia x tutup aurat, maka ia tak boleh.

      spesifikkan lagi pada perlaksanaannya:
      1)tudung kena masuk dalam baju...apa salahnya jika baju itu jenis kain keras dan tudung yang dimasukkan ke dalam itu boleh menutup bentuk 'gunung'. Apa yang di luar kuasa kita untuk menutupnya (masih nampak tinggi sikit-sikit tu), sudah tentu Allah tak memberatkannya.

      Jika adik berpeluang taaruf dengan wanita-wanita solehah di negara-negara Arab seperti Palestin, Syria dsb, mereka kebanyakannya pakai tudung pendek saja. Kebanyakan mereka hafaz al-Quran, pensyarah, syaikhah, isteri syuhada', aktivis dakwah dll.

      Mereka beramal dengan ilmu bukan ikut-ikutan. Jika jilbab (jubah atau baju kurung)sudah menutup lekuk-lekuk tubuh, maka tiada salahnya bertudung pendek atau bertudung sambil dimasukkan ke dalam baju.

      Delete
  27. salam,kenAPA TIADA SUDAH GAMBAR2 TUDUNG YA?

    ReplyDelete
  28. thanks akak,sangat bermanfaat.... sy suda berniat untuk memulakan nya,tp sy masih dalam tahap permulaan,dimana sy mulakan untuk istiqamah memakai sarung kaki dan tangan terlebih dahulu,moga Allah mudahkan jalan bagi sy untuk ke arah itu...artikel yang sangat memotivasikan diri..... =)

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum..sy ada sedikit soalan,

    memang saiz XL sahaja, ya?

    dan lg satu, tudung macam ni yang jenis denim, ada corak lain tak?


    -nazeerah-

    ReplyDelete
  30. dapatkan tudung zarifa secara borong ..call 017-9397256

    ReplyDelete
  31. Saya pun nak berkongsi sedikit kenangan ketika remaja dahulu, ketika itu memakai tudung labuh, di dalam bas awam. Tak tahu penunpang di sebelah saya adalah seorang perompak. Bila dia keluarkan pisau dan cekau leher org depan dia utk minta wang, dia nampak saya nak turun daripada bas. Dia boleh keluarkan arahan, 'bagi adik ni turun bas'.. Saya yang berdebar2 masa tu terus mengucapkan syukur alhamdulillah kerana Allah menolong saya dan perompak itu seolah2 hormatkan saya.

    ReplyDelete
  32. Assalamu'alaikum...
    Saya telah membeli sehelai tudung jenis di atas.. Canteeek sangat...cuma sayang kalau dapat labuh lagi, alangkah baiknya....
    Boleh ke kalau nak tempah tudung jenis ini saiz XXXL?
    Terima kasih

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum ustazah. tudung ni boleh order lagi ke?

    ReplyDelete