Pesta Buku 2012 - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Pesta Buku 2012

"Authentic. Itu yang saya cuba pastikan sebelum mengulas sesuatu isu di dalam novel."


Bersama 'doktor-doktor' yang merawat penyakit ummat...

Bersama para penulis PTS. Terharu atas penghargaan Pak Latip untuk novel Sebarkan Cinta-Mu.


Alhamdulillah.
Novel terbaru Cinta High Class termasuk dalam carta terlaris jualan Galeri Ilmu di PWTC, Pesta Buku Antarabangsa 2012. (Info Encik Zakaria Sungib).

Jazakumullah atas doa dan sokongan semua.

Buat ribuan pembaca yang telah membeli novel Cinta High Class di PWTC, cetakan pertama, saya dan suami berterima-kasih kepada kalian.

Ampun maaf daripada kami kerana setelah diteliti ada beberapa 'editing' di Galeri Ilmu yang masih salah dan insyallah akan diperbetulkan pada cetakan seterusnya.

Antara editing yang saya rasa perlu dibetulkan segera ialah pada muka surat 236.

Naskhah Asal Yang Diberi


Saya berfikir lagi, saya diberikan wahyu dan akal untuk memilih sama ada melakukan atau mengelakkan sesuatu. Maka, saya ingin memilih satu cara bercinta yang paling mengecilkan risiko kecewa dan dikecewakan.
            Saya membuka semula diari. Saya menulis analogi yang hadir di fikiran berkait dengan apa yang sedang saya fikirkan.

Siapa yang inginkan kemalangan jalan raya?

            Saya percaya semua orang tidak mahu. Bezanya terletak pada cara mereka menyiapkan diri untuk mengelakkan sesuatu yang mereka tidak sukai itu. Pena saya menulis lagi,
            Bagaimana mengelakkannya?
     A) Berserah sahaja. Kalau kemalangan terjadi, terima ia sebagai takdir. Kalau kaki patah, biarkan sahaja kerana tentu ada hikmahnya. Lalu, menghadapi hidup dengan kaki yang patah itu.
    B) Berusaha mengelak dan bertawakkal. Mengambil langkah-langkah keselamatan. Kalau terjadi, terima ia sebagai takdir dan bangkit mencari penyelesaian. Muhasabah langkah-langkah keselamatan yang mungkin belum sempurna. Jika kaki patah, segera menjalani rawatan pemulihan.

Saya memilih B!
Saya menulis persoalan.

Bagaimana pula mengelakkan atau sekurang-kurangnya mengecilkan risiko kecewa dalam bercinta?

Hanya cinta Allah yang tidak mengecewakan. Dia Pencipta cinta. Cinta itu percikan daripada sifat Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Al-Wadud. Dialah cinta nombor satu. Saya perlukan cinta yang tidak mengenal kecewa ini.
            Bagaimana pula dengan cinta manusia?
Saya perlu meletakkan Allah sebagai penyebab diri saya mencintai dan dicintai oleh seorang lelaki. Bukan sebab-sebab lain. Sebab-sebab lain itu bersifat sementara dan rapuh belaka. Hanya Allah yang abadi. Ia bukan sekadar teori di atas kertas. Perlu dibuktikan dengan perbuatan. Menurut perintah. Menjauhi larangan.
            Jika saya berkahwin, saya inginkan keluarga bahagia. Saya ingin anak-anak saya dibesarkan dalam suasana ibubapa yang berkasih-sayang. Saya percaya, semua manusia di dunia ini berkongsi impian yang sama terhadap perkahwinan mereka.
Bezanya:
      A) Ada manusia mempunyai impian tapi tiada doa dan usaha. Impian bertukar menjadi angan-angan.
      B) Ada manusia mempunyai impian lalu dikerahkan segenap doa dan usaha. Impian menjadi suatu cita-cita yang seronok untuk direalisasikan. Bahagia tercipta sepanjang perjalanan dalam menggapai impian.

Saya inginkan yang kedua!
Maka, apakah doa dan usaha yang boleh saya lakukan?

Doa
Melazimi zikir-zikir terpilih daripada al-Quran dan al-Sunnah yang dikenali sebagai al-Ma’thurat.
Usaha
First thing first!
Senaraikan target:
Jadi peribadi Muslimah yang terbaik.
-          Mesti sekurang-kurangnya buat semua yang wajib dan tinggal yang dilarang.
-          Mesti berusaha mengikis keaiban diri satu-persatu.
-          Menambah amalan dan akhlak terpuji yang baru setiap hari.
Jadi pelajar yang terbaik.
-          Mesti sekurang-kurangnya dapat 8A1 SPM.
-          Mesti sekurang-kurangnya lulus ijazah dengan CGPA 3.5 ke atas.
-          Mesti menggilap potensi dan kepimpinan dengan persatuan.
-          Mesti sekurang-kurangnya lulus Master 3.8 ke atas.
-          Mesti sambung Ph.D sebelum 30 tahun.
Jadi isteri yang terbaik.
-          Membaca sekurang-kurangnya 50 buah buku tentang rumah tangga sebelum bernikah.
-          Menghadiri sekurang-kurangnya 5 seminar membina Baitul Muslim sebelum bernikah.
-          Berkahwin pada usia muda sekitar usia 22-24 sebaik sahaja tamat ijazah pertama.
Jadi ibu yang terbaik.
-          Mesti meletakkan tugas mendidik generasi pewaris sebagai prioriti. Keluarga diutamakan meskipun berkerjaya di luar rumah apatah lagi jika berkerjaya dari rumah.
Jadi pendakwah yang terbaik.
-          Mesti hasilkan sekurang-kurangnya satu karya buat umat setahun.
-          Mesti konsisten menyertai dan memimpin halaqah bersama masyarakat terdekat.
-          Pelbagaikan medium dakwah seperti dakwah individu, penulisan, ucapan umum, media, blog, facebook dan sebagainya.
“Ops. Masa untuk studi.”
Saya hentikan coretan di dalam diari. Belum sempat mengulang kaji, Ustaz Ali Ramadhan yang berbangsa Mesir Qibti melangkah masuk ke kelas. Hati berbisik,
Astargfirullah! Ini baru terfikir soal cinta, sudah banyak masa terbazir. Apalah yang terjadi kalau aku benar-benar dilamun cinta? First thing first!

Editing Yang SALAH

Pertama, berserah sahaja. Jika kemalangan terjadi,
terima ia sebagai takdir. Jika kaki patah, biarkan sahaja
kerana tentu ada hikmahnya. Lalu, menghadapi hidup
dengan kaki yang patah itu.
Kedua, berusaha mengelak dan bertawakal. Mengambil
langkah-langkah keselamatan. Jika terjadi, terima
ia sebagai takdir dan bangkit mencari penyelesaian.
Muhasabah langkah-langkah keselamatan yang
mungkin belum sempurna. Jika kaki patah, segera
menjalani rawatan pemulihan.
Saya memilih yang pertama! 
(TIDAK! Saya memilih yang kedua).

Itu sahaja
:)


Pesta Buku 2012 Reviewed by Fatimah Syarha on 15:02:00 Rating: 5 "Authentic. Itu yang saya cuba pastikan sebelum mengulas sesuatu isu di dalam novel.&quo...

10 comments:

  1. sy pun dh dapatkan novel ni di bookfest tempoh hari. :)
    alhamdulillah,teruskan tinta2 dakwah ustazah.

    ReplyDelete
  2. bagaimana sy mahu dapatkan buku ini yer?melalui pos boleh tak? sy nak sangat2...sbb sy sendiri sdg mengalami mslh hati sy mengenai cinta..harap ada yg dpt membantu..

    ReplyDelete
  3. Fizah dah dapatkan novel ni tapi belum berkesempatan untuk membaca... Insha Allah, akan di cari masa itu... semoga Kak Ha dan Ustaz akan terus menghasilkan karya terbaik :)

    ReplyDelete
  4. salaam.maaf ustazah.tpi sya xdpat hubungi ustazah.cane ye..
    sbab sya nk tnya psal program 5 mei ni..-helwa IPG Teknik-

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak Fatimah,
    InsyaAllah esok saya akan ke PBAKL..
    dan buku pertama saya nak adalah cinta high-class..
    Mudahan masih ada lagi.. :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ustazah..kt atas ustazah ada nyatakan nk jadi isteri yang terbaik msti baca sekurang-kurangnya 50 buah buku tentang rumah tangga sebelum bernikah.bole x ustazah senaraikan antara buku2 tu..syukran jazilan

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..dah beli juga buku di pesta buku kelmarin..Allah permudahkan untuk jumpa.. :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, dah memilikinya...kirimkan melalui adik di semenanjung. dah habis baca karya dr farhan hadi, sekarang membaca karya kak ha :) novel yg menarik pengisiannya...

    ReplyDelete
  9. pada 1 mei lalu sy datang ke galeri ilmu pesta buku, kerna katanya ustazah fatimah ada di situ..ternyata tiada..adakah sy yg tersalah info?

    ReplyDelete
  10. anafaqir`indaAllah16 September 2012 at 18:10

    novel2 ustazah terlalu bnyak mngajar ana yg htinya sensitif tntg cinta...syukran...

    ReplyDelete