Sekarang juga kita jadi SUPER PARENT:) - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Sekarang juga kita jadi SUPER PARENT:)

Konvensyen Super Parent di Pusat Konvensyen Putrajaya, anjuran i luv islam.com


Tahniah buat penganjur i luv Islam.com yang menganjurkan konvensyen ini. Ia begitu bermakna:)

Masih basah di ingatan...

Tangisan seorang bapa yang bertanyakan soalan.
Luahan ibu yang begitu terharu.
Soalan remaja yang belum nikah tapi bersemangat bertanyakan soal pendidikan anak-anak.


Belum nikah?
Belum ada anak?

Beliau membuktikan itu bukan halangan untuk menuntut ilmu.
Kita kan ada anak saudara, anak jiran, anak kawan, anak ibubapa kita (adik beradik)....anak kucingpun tak ape. Selalunya, remaja yang mempersiapkan ilmu sejak awal seperti ini lebih berpotensi menjadi IBUBAPA yang hebat! Mudah-mudahan.


Semuanya kenangan istimewa.

Super parent ialah ibubapa yang berusaha SETIAP HARI menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dalam DIDIKAN dan DOAnya terhadap anak-anak. Tugas bagi hidayah kerja Allah. Kerja kita, USAHA dan DOA mesti secara high class.

SETIAP HARI ada 'kejayaan' yang perlu dicapai. Kejayaan dalam melakukan tugas rutin yang 'biasa' tapi dengan 'roh' yang luar biasa (ada Allah). Menambah baik apa yang kurang. Mengembangkan apa yang berpotensi hebat.

Siapa yang bawa keseimbangan rohani, jasmani dan aqli untuk anak-anaknya, merekalah SUPER PARENT kerana memenuhi amanah Allah yang MAHA SUPER.

Walaupun saya dijemput sebagai salah seorang 'speaker',  banyak perkara 'best' yang saya belajar di sini....
Antaranya ialah:

1) Kagum melihat saudara Imran Koyube (anak muda yang layak kita banggakan) yang tekun menaip segala isi yang didengarinya lalu dipost serta merta ke facebooknya. The best way to learn, by teaching.

Dapat terus ajar orang lain. Dapat lagi terus ajar. Itu yang beliau tunjukkan.

Slot yang saya ter'miss'pun saya dapat daripada nota facebooknya.
Jom, terjah facebooknya ramai-ramai agar kita terinspirasi dan mendapat maklumat daripada konvensyen hebat tu.

Senyum dan positif dengan semua orang, membuatkan beliau disenangi.
Moga akan lahir lebih ramai anak muda sepertinya...

2) Anak-anak muda di bawah bimbingan Imran Koyube sentiasa menunjukkan kedahagaan mereka pada ilmu. Teringat salah seorangnya berkata, "Saya target nak jumpa 10 tokoh tahun ni untuk belajar sesuatu."

3) Kreativiti paling berkesan yang boleh saya praktikkan ialah membuat satu SYUKUR BOX dalam rumah.

Setiap hari, semua anggota keluarga yang sudah pandai menulis (termasuk pembantu rumah yang banyak berjasa) menulis satu catatan kesyukuran dalam aktiviti harian. Misalnya,

"Alhamdulillah, hari ni berjaya masak dalam masa 45 minit saja. Esok mesti setengah jam saja:)"

Kemudian, diisi dalam SYUKUR BOX. Setiap minggu, duduk seisi keluarga dan mensyukuri sekian banyak kesyukuran yang ada setiap hari.

Jom, jadi Super Parent sekarang juga:)
Sekarang juga kita jadi SUPER PARENT:) Reviewed by Fatimah Syarha on 13:19:00 Rating: 5 Konvensyen Super Parent di Pusat Konvensyen Putrajaya, anjuran i luv islam.com Tahniah buat penganjur i luv Islam.com yang menganj...

9 comments:

  1. Assalammualaikum...

    mohon share kat blog saya ye kak..
    terima kasih..

    ReplyDelete
  2. salam ukht fatimah..best entri ni,dah lama kan tak bincang bab parenting,teruskan !harap2 ada lg buku baru,tak kisah apa org nak kata yg penting ilahi,ana sndri cemburu dgn remaja ipt skrg sbb mendapatkan fatimah sbg penceramah dgn begitu byk novel utk mendidil jowa mrk,zaman kt dulu tak ada kan ukhti,jd teruskan ye..wassalam

    ReplyDelete
  3. salam..ustazah duduk di shah alam berdekatan surau al islah ye??

    ReplyDelete
  4. wahh...syukur box... menariknyer....hari2 xlupe utk bersyukur secara xlangsung hari2 igt allah... dn hari2 akn terhakis sifat mazmumah sedikit demi sedikit:)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. 1st time follow iluve islam event yg super parent ni..best sgt2..best juga kalo ada sambungan super duper parents..hikhik (reka2 sesuka hati je ni)

    ReplyDelete