"Teruskan sayangku, sebarkanlah bahagia..." - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

"Teruskan sayangku, sebarkanlah bahagia..."

"Sign kami tak cantikpun, tapi kalian semua menghargainya secara 'high class'. Terima-kasih atas huluran ukhuwah oleh kalian semua. We love you all lillahi azza wajalla."
Bila suami sering sibuk berkorban  untuk masyarakat demi agama, maka, tiada masa untuk bersengketa kerana masa yang ada hanya cukup untuk bercinta. Ayuh! Gegarkan suamimu agar 'sibuk' berjuang untuk Islam!
Me tumse pyar kartihu (Maksudnya, cik abang, i love you!).
Ramai orang tanya tentang tudung labuh 'jenis' yang saya  pakai ni...Jika berminat nak membelinya, boleh order sebagaimana di sebelah. Harganya RM55 termasuk postage. Ada pelbagai corak dan warna.
Ada purple. kelabu. krim. oren. kuning air. coklat. hitam. biru. dan lain-lain.

"Teruskan sayangku, sebarkanlah bahagia..." Reviewed by Fatimah Syarha on 17:06:00 Rating: 5 "Sign kami tak cantikpun, tapi kalian semua menghargainya secara 'high class'. Terima...

55 comments:

  1. ustazah,so sweet,sepadanya =').. Suka dengar ceramah ustazah=)

    ReplyDelete
  2. masyaAllah. semoga kalian sentiasa diberkati Allah! teruskan usaha antum ^^

    ReplyDelete
  3. salam ustazah,gambar yg lain2 tudung harga rm55 xde ye?

    ReplyDelete
  4. salam ustazah..ana tengah tunggu novel cinta high class..xsabar nak baca..kat area terengganu belom smpai lagi....

    ustazah,labuh tudung tu berapa ya?

    ReplyDelete
  5. sekadar berkongsi..tudung labuh macam ustazah pakai tu ada di kedai ni..saya selalu pergi dan memang puas hati dgn tudung2 labuh dan bidang 60 di kedai ni..di sini saya sertakan link
    http://tudungnur.com/

    ReplyDelete
  6. Bismillah Alhamdulillah

    Syukran Ustaz DAN Ustazah yang sudi menurunkan tandatangan
    pada 4 buah novel ana.. excited sangat si penulis sendiri
    yang menurunkan autograph... {dekat UUM hari tu..}

    Alhamdulillah , syukran mmbuka mata ana tentang apa itu cinta
    HIGH CLASS....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. beli sampai 4 buah?:) ini mesti ada jiwa berkongsi yang tinggi...jiwa da'ieah.

      Delete
  7. Salam al-hubb ya ustazah fatimah. ustazah, dalam surah An-Nahl ayat 1, firman Allah di situ bermaksud "Hampir dtg perintah Allah yakni Hari Kiamat, sebab itu jangan kamu minta disegerakan..." (berdasarkan tafsir Al-Quran ana).. ana ingin bertanya, selain hari kiamat yg disebutkan ini, adakah perkara2 lain yg tidak boleh diminta utk disegerakan? atau seandainya ana tersilap di sini, mohon ustazah betulkan supaya ana faham dgn jelas.

    ReplyDelete
  8. salam ustazah.... saya berminat dengan tudung yang ustazah pakai di gambar yang akhir tu.... tapi, setakat ni saya lihat gambar2 tudung yang ustazah letak, tak ada pun tudung macam yang saya suka tu..... boleh ustazah upload gambar tudung jenis tu lagi?

    ReplyDelete
  9. salam ustazah. sy nk tanye. andai suami/isteri pergi dahulu.. perlukah si isteri/suami berkahwin lagi dan adakah ianya mengikut keperluan atau memuliakan perkara seperti mereka ini (tidak suka menemui Allah dlm keadaan bujang)? :


    Abdullah bin Masud pernah mengucapkan:

    “Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang kusukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang.

    Sewaktu wabak taun melanda negeri Mesir, dua orang isteri saidina Mua’z telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut. Dan ketika beliau sendiri diserang taun, katanya:

    “Kahwinkanlah aku. Aku tidak suka menemui Allah s.w.t. dalam keadaan aku bujang. “

    Ustazah, sy juga ingin sangat2 menanyakan perihal ni. Tolonglah berikan sy sebuah jawapan. Andai isteri yang kematian suaminya seperti Ummu Salamah.. dan berkahwin pula dengan lelaki lain sepertimana Ummu Salamah mengahwini nabi, apabila si isteri ini berkahwin semula dgn suami keduanya di syurga (krn kebaikan suami kedua lebih drpd suami pertama), suami pertama itu bagaimana? akan berkahwin dgn siapa krn ssungguhnya tiada yang akan membujang di dalam syurga nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sayang. ilmu kita tentang akhirat sangat2lah cetek dan terbatas.

      banyak soalan yang berlegar seperti...
      1)suami pertama bagaimana?
      2) wanita yang tidak pernah berkahwin bagaimana?
      3) lelaki yang tidak pernah berkahwin, bagaimana?
      dan banyak lagi...

      tugas kita bukannya memeningkan kepala berkaitan hal ghaib sebegini...
      sebaliknya tugas kita 'berfikir positif' dengan takdir yang mendepan amada di dunia atau di syurga...
      Allah pasti memberikan yang terbaik untuk saya selagi saya jaga Dia!

      Tidak akan ada hati yang terluka di syurga...:)

      Delete
  10. betul, begitu juga dengan keluarga dan sahabat handai.
    masa yang ada terlalu singkat untuk bersengketa.
    jadika ia bermakna dengan meningkatkan kecintaan antara satu sama lain.

    jazakallahu khoiran katsiran ustazah :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum ustazah.
    Maaf jika saya salah, tetapi saya ingin berkongsi sesuatu dgn ustazah. Saya merupakan seorang pelajar tahun3 di kampus IPTA, dan terlibat dgn organisasi islam di kampus.

    Saya tidak tahu sejauh mana kesan dakwah ustazah kepada generasi muda. Namun saya yakin ustazah telah membawa sesuatu yang baik kepada mereka. Saya akui kemampuan ustazah.

    Pun tidak salah kiranya saya memberi sedikit pendapat demi sebuah perjalanan dakwah. Ramai yang mengikuti ustazah terutama mahasiswa2 yang islamik, yang aktif dalam jemaah islam, yang ada jawatan dalam organisasi islam di kampus. Mereka semua gemar membaca tulisan dakwah dan ceramah ustazah kerana ustazah sering membawa ‘cinta’ sbg maudhuk.

    Semua itu kelihatan positif. Namun pada saya, bukan semua sisi nya positif. Malah kesan negatif nya besar.

    Mahasiswa yang mempunyai fikrah Islam sepatutnya diajak untuk berfikir dalam kerangka fikir yang hebat, analitik, kritis dan tajam. Mereka seharusnya diajar membaca buku2 yang membincangkan isu-isu besar, buku2 international tulisan Muslim mahupun nonMuslim, tulisan ulama dan sebagainya. Dengan itu mereka akan punya daya fikir yang lebih jauh ke depan dan matang.

    Saya bukanlah mengatakan apa yang ustazah tulis itu salah. tetapi pada saya ia tidak kena pada sasaran. Jika tulisan sebegitu ustazah tujukan kepada remaja sekolah menengah yang tidak ada fikrah Islam, yang masih dalam cinta monyet, remaja2 di kampung mahupun bandar yang bergelumang dengan cinta maksiat lelaki dan perempuan, ia sesuai dan tepat.

    Tetapi apabila ustazah sasarkan kepada golongan mahasiswa yang ada fikrah Islam, kesannya mereka salah prioriti. Dunia minda mereka kini hanya cinta! Buku pilihan mereka kini hanya buku2 cinta Islamik. Forum dan ceramah yang mereka mahu anjurkan hanya menjurus kepada cinta. Seolah-olah dalam dunia ini, tiada yang lebih penting dari cinta. Persatuan Islam dilihat berminda rendah berbanding persatuan2 agama lain kerana sering menumpukan pada cinta sedang persatuan agama2 lain hebat membincangkan tentang isu-isu global!

    Saya jauh sekali mahu meremehkan dan memperlekehkan perjuangan ustazah. Malah saya kagumi kemampuan ustazah, namun sasaran ustazah sangat tidak tepat. Dengan master yang ustazah miliki, saya jujur menghormati semua ilmu yang ustazah ada, bahkan saya selalu setuju dengan pendapat ustazah dan cara tulisan ustazah yang selalu ada reference.

    Adalah lebih baik jika ustazah berhenti dari hanya membincangkan isu cinta, dan bertukar kepada membawa content dakwah yang lebih tinggi kepada mahasiswa. Ubahlah minda mahasiswa hari ini, ustazah. Kenapa mahasiswa dahulu pada zaman Dr Zaharuddin di UM, Dr Asyraf Wajdi di UIA, Dr Maszlee di Jordan, mereka lebih berkualiti dari mahasiswa hari ini? Kerana mereka semua didedahkan dengan bahan bacaan yang hebat, digelumang dengan isu besar.

    Tetapi mahasiswa hari ini lembik dan lemah, kerana mereka dilalaikan dengan cinta yang kononnya Islamik. Mereka tidak kenal tokoh2 Islam dan karya2 mereka, kerana mereka dihanyutkan dengan novel2 cinta yang Islamik. Saya sedih dan kecewa, ustazah.

    Satu perkara lagi, ustazah sering memaparkan kisah kesempurnaan seorang suami dan isteri. Isteri yang sangat solehah, suami yang sangat soleh. Pada saya, ia hanya akan menjadikan pembaca terlalu menginginkan kesempurnaan dalam rumahtangga kelak, dan tidak mampu menerima ketidaksempurnaan pasangan. Si isteri mengimpikan suami yang soleh seperti dalam watak tulisan ustazah, apabila suami sebenar yang diterima tidak begitu hakikatnya, mereka mudah kecewa kerana impian dan standard yang diletak terlalu tinggi. Begitu juga suami, terlalu mengharap kesempurnaan seorang wanit seperti yg ustazah gambarkan. Mengharap kesempurnaan hanya akan menyebabkan mudahnya kekurangan terlihat. Justeru, ustazah mungkin tidak perlulah menggambar kesempurnaan sedemikian rupa.

    Maafkan saya, semua ini kerana saya menghormati ustazah. Salam.

    Saya tak jumpa cari email ustazah, jd saya post di sini sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam, ini email ustazah: fs_loveislam@yahoo.com
      pandangan yang menarik. bagi saya, lebih baik kita fokus "apa yang perlu kita lakukan untuk Islam" atau "apa yang sudah kita lakukan untuk Islam. setiap individu mempunyai pendekatan mengikut ilmu masing-masing dan target masing2 tetapi matlamat yang sama kerana manusia dicipta berbeza-beza lambang kebesaran Allah.

      rasanya, yang lebih baik kita fokus, sama-sama KITA sebagai mahasiswa/wi yang terpilih untuk CAKNA tentang Islam menambahkan individu2 hebat seperti ustazah fatimah/Dr zaharuddin dll dalam menyemarakkan dakwah tentang keindahan Islam pada semua...sama2 sebarkan bahagia :)
      wallahu'alam..

      Delete
    2. salam hormat. siapa sahaja yang menjadi tetamu di 'sebarkan bahagia' sangat dihargai.

      Sebarang komen dipersilakan.

      istimewa buat saudara Ilham,

      What you see is what you get.
      Who you are determines how you see:)

      Jika kita tak mampu buat semua, jangan tinggal semua (kata bijak pandai).

      Jika 'cinta Ilahi' itu dipandang suatu isu remeh, terpulanglah.

      Bagi saya, 'cinta Ilahi' itu suatu isu besar kerana ia perkara pokok yang berkait Iman. Di situlah agenda karya saya. Menyelesaikan perkara pokok dan asaS agar isu-isu 'besar' selesai semuanya.

      Membetulkan raja yang bernama 'hati'.
      Menjadi individu Muslim.
      Membina Baitul Muslim. (Saya suka paparkan keindahan sunnah dalam rumah tangga Rasul untuk dipraktikkan dalam realiti hari ini. Sunnah suatu perkara 'besar' bagi saya, bukan perkara 'remeh'.)
      Seterusnya tertegaklah masyarakat Muslim, daulah dan khalifah Islamiyyah...

      Semua 'benda besar' perlukan 'asas' yang kuat. 'asas'nya ialah iman yang letaknya di 'hati'. :)

      Dr Zaharuddin di UM, Dr Asyraf Wajdi di UIA, Dr Maszlee di Jordan...mereka semua tokoh-tokoh hebat. Saya selalu mengajak diri saya dan remaja juga mahasiswa agar jangan membandingkan diri kita dengan sesiapa. Bandingkan diri kita dengan potensi sebenar yang mampu kita capai dengan keunikan tersendiri.

      Yang solat subuh pukul 10, capailah target solat subuh awal waktu dulu.
      Yang hatinya asyik ingat makhluk, bukan KHoliq, capailah hati yang sibuk berzikir dulu.
      Yang asyik ponteng kelas dan assigment selalu tak siap, capailah kelas penuh dan assignment siap dulu!

      Tahap demi tahap, insyallah akan menjadi individu hebat di mata Allah.

      Akhir kalam...
      Langkah jihad ini tak maju dek puji, tak mundur dek keji, tapi kan tetap melangkah memburu janji Ilahi:)

      Delete
  12. assalamualaikum semua

    saya beranggapan apa yang ustazah buat adalah satu usaha murni yang wajar kita contohi dan sanjungi. pasti ada sebab mengapa ustazah lebih menfokuskan perihal cinta.

    jika kalian membaca karya ustazah, pasti ada dinyatakan bahawa cinta yang hakiki adalah cinta seorang hamba kepada Pencipta.

    dan jika diperhatikan, masalah sosial dalam kalangan remaja dan mahasiswa begitu membarah. dan di sini perlunya orang spt ustazah untuk mengajak kembali remaja2 kepada cinta yg telah digariskan dalam Islam.

    usah terlalu sinikal dalam menilai manusia.
    kita sendiri belum tentu mampu sampai ke tahap ustazah skg
    dan berjuang untuk menulis buku islamik di tengah lautan buku2 yg kurg manfaat perlu sokongan org yg berfikrah macam kita.

    sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt.
      Indahnya persamaan, cantiknya perbezaan.

      Selagi ada insan-insan yang besar sifat baik sangka dan lapang dadanya seperti saudara/i selagi itulah ummah ini akan terus teguh dalam kesatuan. :)
      Jazakumullah.

      Delete
  13. @ finding serene..
    @puteri islam..
    @ilham...

    Wa'alaikummussalam wbt dan salam hormat....

    Bukan menilai ustazah di sini, tapi ingin membetulkan yg tidak sempurna. Kalau bukan pada ustazah, mungkin tidak sempurna pada diri mahasiswa/wi yg tersilap itu juga, kerana dalam ceramah2 sebelum ini, juga buku2nya, ustazah fatimah sendiri telah banyak kali mengingatkan mengenai fokus pada pelajaran itu lebih penting.

    dalam ceramah bersama dr. farhan pula, ustzah dan dr. farhan telahpun memberikan analogi2 serta pendapat2 yg bernas bagi menangani masalah mrk yg bertanya. buat mahasiswa/wi yang nakkan kesempurnaan, ustazah dah kata dlm ceramah2 nya, betulkan diri kita dahulu dan bantu mereka yg belum jumpa jalan menuju Allah dgn cara yang betul (mengikut sunnatullah)..jgn hanya sibuk nak memperjuangkan hak diri sendiri dan tak sedar yg nafsu hendakkan kesempurnaan telah menguasai diri.

    Buat ustazah pula...

    Barangsiapa yang dikehendaki Allah menjadi baik, nescaya Allah akan menimpakannya dengan cubaan. (Al-Hadith).

    Jangan pula kita berandai2, “seandainya aku begini, mesti akan jadi begitu.” Tetapi katakanlah, “semua yang ditakdirkan dan dikehendaki Allah, pasti terjadi.”
    (Al-Hadith)...

    Semoga sentiasa berada dalam muraqabah Allah.. waallahu'alam..

    sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam buat Nurul Fahsya.
      Terima-kasih atas kesudian berkunjung di sini.

      Tazkirah yang bagus.
      Namun, ada 'kefahaman' yang perlu kita luruskan mengikut kefahaman akidah ahli sunnah wal jamaah...

      larangan menyebut 'kalau' itu bertujuan supaya kita jangan sekadar merintih pada perkara yang lepas. kita positif menjalani takdir Allah hari ini dan berusaha keras mengubah nasib agar menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam.

      Namun, apa hikmahnya Allah dan Rasul banyak menyebut 'kalau' dalam firman dan kata-kata mereka?
      Contohnya...."Walau aamanu ahlu kitabi lakaana khoiro lahum..."
      Kalaulah ahli kitab itu beriman dah tentu itu lebih baik bagi mereka...

      Hikmahnya...
      Allah ingin akidah kita jernih seperti akidah ahli sunnah wal jamaah.
      ambil Islam yang holistik (menyeluruh) bukan serpihan-serpihan.

      Cuba lihat, aqidah kita mengikut siapa...

      Aqidah jabariah itu hanya percaya pada usaha semata-mata, hingga lupakan Allah berkuasa lakukan apa yang Dia kehendaki.
      Contoh: sebab saya berusaha jadi baik, saya dapat pasangan baik.

      Aqidah qadariah pula hanya percaya pada takdir semata-mata, hingga terlupa Allah suruh kita berusaha, bijak buat kebarangkalian, perancangan strategik, menjangkau ke depan dll.
      Contoh: jadi baik ke, tak jadi baik, kalau Allah nak bagi pasangan baik, akan dapat juga.

      Aqidah ahli sunnah pula menggabungkan antara doa dan usaha. kedua-duanya saling bergantungan.

      "Saya mesti berusaha menjadi baik kerana itu syariatullah, perintah Allah buat saya. Secara sunnatullahnya (lumrah alam), yang baik insyallah akan berjumpa yang baik. Saya juga mesti berdoa kerana Allah Maha Berkuasa memberikan yang sebaliknya."

      "Tugas saya sekarang, positif pada takdir yang mendepan. Berdoa yang terbaik. Berusaha yang terbaik (dengan membuat kebarangkalian, andaian merujuk sunnatullah)."

      Firman Allah SWT:
      "Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali dia mengubah nasibnya sendiri" (al-Quran)

      "Takdir tidak akan berubah kecuali dengan doa dan tak akan bertambahnya umur kecuali dengan berbuat baik (USAHA)" (hADIS)

      Delete
  14. Terima kasih atas respon. Saya harap ustazah tidak memandang perkara ini hanya sebagai ‘lalat yg singgah di hadapan mata’ dalam perjuangan ustazah. Tetapi biarlah kita berbincang dengan matang dan serius.

    Fokus saya sekarang ialah mahasiswa yg sudah ada fikrah Islam. Mereka berpotensi utk menjadi lebih hebat. Jika mad’u ustazah ialah org yg Subuhnya lewat, assignmentnya tidak siap, bajunya ketat, berkepit lelaki dan perempuan, ya, mereka sesuai dgn dakwah ustazah. Tetapi tidak sesuai utk mahasiswa yg sudah ada fikrah Islam. Saya lihat ustazah hanya menambahkan khayal mereka utk mendapatkan suami yg sgt sempurna, isteri yg sgt solehah, itu yg mereka fokuskan berbanding menyibukkan diri dgn kitab2 muktabar, tulisan2 ulamak pelbagai manhaj dsbg.

    Saya tahu ustazah menjadikan cinta Ilahi sbg substance. Mana2 ustaz dan ustazah pun semesti nya lah membawa substance itu. Kartun2 Islamik yang ditegur ust Hasrizal baru2 ini pun membawa mesej cinta Ilahi. Saya tahu ustazah mahu menguruskan cinta mahasiswa dari cinta makhluk kepada cinta Ilahi. tetapi bukanlah dgn cara mengambil cinta itu, lalu mengolah dan menguli nya, dengan berbagai2 cara setiap hari, sehingga mahasiswa pun sibuk mengurus cinta yang kesannya tidak tahu isu-isu lain pun selain cinta.

    Bagi saya, utk menguruskan cinta agar tidak terjebak kpd maksiat, ialah dgn menyibukkan diri mahasiswa dgn isu2 besar yang lain, menyibukkan mahasiswa dgn berfikir masalah2 dunia yg lain, menggelumangkan mereka dengan fikrah2 pelbagai manhaj, memberatkan kepala mereka dengan politik negara dan antarabangsa, lalu mereka tidak ada masa lagi utk memikirkan cinta kpd makhluk.

    Dan cinta Ilahi tidak pernah menjadi isu remeh.
    Fokus saya sekarang ialah pengisian ustazah kpd mahasiswa yang berfikrah Islam agar bawalah mereka ke satu daya fikir yg lebih tinggi selain isu cinta.

    Jika ustazah bawa isu cinta kepada pelajar sekolah menengah atau kpd sesiapa yg belum ada fikrah Islam, ia sangat sesuai dan baik sekali. Teruskan usaha itu. Cuma pada mahasiswa yg sudah berfikrah Islam, ia hanya akan melalaikan mereka dari memikirkan isu2 lain kepada hanya fikirkan bagaimana mahu menguruskan cinta makhluk agar betul dengan syar’ie.

    Sekali lagi saya mohon maaf. Sesungguhnya saya tidak gemar akan jidal. Namun, nasihat itu perlu, kerana kata Al Hasan dari Tsabit Al Bannany “Jika semua perkataan anak Adam dan perbuatannya benar, tentu dia akan menjadi gila.” Kata-kata ini saya petik dari Kitab Zuhud karangan Imam Ahmad Bin Hanbal. Nasihatilah saya jika saya salah, ustazah.

    Langkah jihad ini tak maju dek puji, tak mundur dek keji, tetapi dipertingkatkan dek cadangan dan kritikan.

    prodigy.ilham@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali lagi, setiap pandangan diraikan. ahlan wasahlan.

      Terima-kasih atas nasihat ini...
      "....tetapi bukanlah dgn cara mengambil cinta itu, lalu mengolah dan menguli nya, dengan berbagai2 cara setiap hari, sehingga mahasiswa pun sibuk mengurus cinta yang kesannya tidak tahu isu-isu lain pun selain cinta."

      Persoalannya..
      Siapa yang menyebabkan mahasiswa tidak tahu isu-isu lain selain cinta?
      Novel-novel saya?
      Disebabkan setiap novel-novel saya menjadi best seller dan mula mempunyai peminat di serata dunia? :)
      Adakah ini yang cuba akhi sampaikan?
      Adakah ini mesej yang akhi minta saya terima?

      Semua orang tidak maksum. kita berhak memberi pandangan tapi kita tidak berhak memaksakan orang lain menerima pandangan kita.

      The best will win.

      Istimewa buat Mahasiswa yang sudah ada fikrah Islam...

      1) Jika sebelum ini, kita sukar mencari hati-hati yang minat pada 'usrah' dan 'halaqah untuk meluaskan dakwah dan peningkatan diri, saya sumbangkan sekelumit usaha dalam novel TRAUTAN HATI agar lebih ramai mahasiswa terbuka mindanya untuk mencari-cari usrah dan halaqah. Kerana kita sedar 'usrah' dan 'halaqah' itu suatu tunjang bagi gerakan Islam sejak zaman berzaman.

      Biarlah ada yang tidak sudi menghargai, yang penting Ilahi!

      2)Bagi mahasiswa yang terperangkap dalam cinta islamik ketika sibuk menguruskan tarbiah dan dakwah, saya sumbangkan sekelumit tinta dalam novel SEINDAH MAWAR BERDURI untuk muhasabah hati, raja yang mengusai tindakan. Agar baitul Muslim tidak terfitnah dek gagalnya mempersiapkan individu Muslim.

      Biarlah ada yang tidak sudi menghargai, yang penting Ilahi!

      3)Bagi mahasiswa yang gagah menggegarkan kampus dengan isu ummah seperti Palestin, saya sumbangkan secebis dakwat dalam karya Palestin Tak Pernah Gentar dan Palestin Kami Datang, Misi cemas Mavi Marmara.

      Biarlah ada yang tidak sudi menghargai, yang penting Ilahi!

      4)Bagi mahasiswa yang berfikrah Islam dan ingin kreatif menyampaikan dakwah dalam pelbagai cara, mari bersinergi dengan saya. Kita boleh buat buku kanak-kanak seperti KISAH HAIWAN MAKKAH dan KISAH HAIWAN MADINAH, buku untuk keluarga bahagia (mengolah sunnah dalam bentuk realiti hari ini), buku untuk remaja seperti SYABAB MUSAFIR KASIH dan sebagainya.

      Biarlah ada yang tidak sudi menghargai, yang penting Ilahi!

      AYUH, GEGARKAN MASYARAKAT DENGAN TARBIAH DAN DAKWAH. :)

      Delete
    2. Jika akhi rasa ada isu lain yang besar dan perlu dijadikan prioriti oleh mahasiswa, olahlah dan ulilah ia secara terbaik. Insyallah, jika diolah dan diuli secara terbaik, mahasiswa akan menerimanya.

      Boleh jadi mahasiswa berjiwa besar di luar sana, bukannya tidak mahu menerima 'misi' besar lagi 'hebat' saudara itu, tetapi mereka belum menemui 'presentation' terbaik yang boleh dihidangkan oleh saudara.

      maka mereka terpaksalah menerima 'misi' kecil lagi 'remeh' saya ini, yang boleh jadi dihidangkan secara baik untuk mereka dengan karya kreatif. (Insya-Allah, lepas ni filem dan drama pulak :) Jom, siapa nak jadi artis Islamik. Al-Qardhawi kata, hukumnya harus:)

      The best will win.

      Saya lebih berminat bersinergi dengan sesiapa sahaja yang cintakan Islamnya. Positif dengan apa sahaja usahanya yang baik walaupun nampak kecil. Melengkapkan mana yang kurang. Meningkatkan mana yang berpotensi. Saya tidak berminat cuba melumpuhkan usaha orang lain yang sudahpun baik.:)

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt.
      selamat datang ke sebarkanbahagia....

      kesian ye, ramai mahasiswa asyik berkhayal tentang cinta...

      boleh jadi kerana mereka tiada ilmu tentu hebatnya Cinta Allah berbanding cinta makhluk...

      Saya bangga melihat mahasiswa seluruh negara mula berkedaran tinggi menyedarkan warga kampus tentang HAKIKAT CINTA yang sebenar.

      Saya bangga isu cinta Allah dan isu cintakan manusia kerana Allah berjaya menarik mahasiswa mendekati PENCIPTA CINTA.

      Ia sangat positif!:)

      Boleh saya tanya...

      akhi ada idea bagaimana nak dekatkan mahasiswa dengan cinta Allah?

      realitinya, mahasiswa juga dalam 'usia pernikahan',
      akhi ada idea bagaimana nak bantu mahasiswa cara menjadi individu Muslim untuk mencapai baitul Muslim?

      Delete
  16. Puluhan ribu mahasiswa yang menyokong karya saya selama ini, saya ucapkan terima-kasih.

    Jom, back to basic!
    Fokus pada yang 'asas' dan 'punca penyakit' lebih baik daripada fokus pada 'penyakit-penyakit' ummah. Penting juga ambil tahu isu dan perkara cabang ni.
    Tapi masalah hati, masalah iman (aqidah), masalah hubungan dengan Allah tetap keutamaan!
    :)

    ReplyDelete
  17. Maaf ustazah, ustazah di luar. Saya yg berada di dalam kampus bersama mahasiswa. Saya yg setiap hari berurusan dgn mereka. Ustzh mungkin lihat kesannya positif di luar, tetapi hakikat pemikiran mereka setiap hari, tiada lain hanya berkisar cinta.

    Maaf, saya hanya mencadangkan agar ustzh tidak terlalu menguli cinta itu dgn berbagai rupa dan warna.

    "Jika akhi rasa ada isu lain yang besar dan perlu dijadikan prioriti oleh mahasiswa, olahlah dan ulilah ia secara terbaik. Insyallah, jika diolah dan diuli secara terbaik, mahasiswa akan menerimanya."

    Sama2 bertolong dlm usaha dakwah ini. Bukanlah bersikap, 'kau la buat dah kau nak buat sgt..'

    Memandangkan ustzh telah punya pengaruh yg hebat kpd mahasiswa, sy meminta tolong ustzh supaya olah dan uli lah isu2 besar lain dgn presentation ustzh yg sgt bagus serta sentiasa menarik minat mahasiswa itu.

    Saya telah pun menasihati sahabat sekadar upaya saya. Dan memanjangkan perkara ini kpd ustzh jg merupakan usaha sy yg tidak mudah memandangkan sy tidak suka memilih jalan perdebatan sebolehnya. Mulanya saya hanya mencadangkan..

    Maaf sekali lagi. Jujur,sy sangka ustzh menerima cadangan ini dgn positif, rupanya sebaliknya.

    Mungkin saya perlu usahakan cara lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Sama2 bertolong dlm usaha dakwah ini."

      Alhamdulillah, nada ini sangat positif dan menyenangkan.

      "Bukanlah bersikap, 'kau la buat dah kau nak buat sgt..'"

      Sayapun tak suka sikap macam ni...

      "Maaf, saya hanya mencadangkan agar ustzh tidak terlalu menguli cinta itu dgn berbagai rupa dan warna."

      Nada ini pula agak kabur :) bukankah menguli dengan pelbagai rupa dan warna itu lebih kreatif dan menarik?
      Apatah lagi menguli CINTA ALLAH untuk dihidangkan kepada masyarakat yang terlalu memerlukannya...kenalah uli dengan paling hebat, kreatif dan menarik. Betul tak?

      Jangan cepat berputus asa 'berdakwah' kepada saya...
      :)
      understand then to be understood.
      :)

      Delete
  18. Salam. Anna rasa kerajaan Malaysia patut mula mendidik anak2 bangsa mengenai 'cinta sebenar' ini sedari kecil, kerana anak2 kecil mudah mendengar kata orang2 tua (bagi sesetengahnya).. sesungguhnya, jawapan yg pertama didengari oleh mereka dan telah dinilai terbaik utk diri mereka, mereka mudah untuk ingat dan ikut sepanjang hidup mereka, insyaAllah..

    Bagi mahasiswa/wi yg sudah dewasa ini.. Anna masih takde idea, kerana agak payah jika kita ingin melenturkan sesuatu yg keras.. sebabnya, keinginan utk berubah itu pun perlu hadir sendiri di hati mereka yg mumaiyiz ni..

    Sekian.

    ReplyDelete
  19. jika pandangan dan pendekatan yang sangat menarik yang idsampaikan oleh ustazah serta gandingan dgn ustaz farhan sgt menarik, apa kata diketengahkan isu2 yang membangkitkan pemikiran mahasiswa selain memberi suapan cinta2 makhluk yang tidak tahu halal@haram..sibuklah diri anda dgn aktiviti yang berfaedah dalam kampus, nescaya kamu x akan terjebak dgn cinta makhluk yang melalaikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "apa kata diketengahkan isu2 yang membangkitkan pemikiran mahasiswa"

      boleh lebih spesifikkan contohnya?
      :)

      boleh jadi bagi saudara, ada isu lain yang lebih penting daripada isu iman, isu fardu muslim, isu tarbiyah dan isu-isu asas yang cuba kami ketengahkan...

      kami fokus mengajak mahasiswa MENCEGAH SEBELUM MERAWAT. fokus pada PUNCA.

      Jika akhi meminati isu IRSHAD MANJI misalnya, saya cadangkan akhi membeli novel saya bertajuk SEBARKAN CINTAMU yang mengupas dari asas bagaimana pemikiran seperti Irsyad Manji boleh berkembang..:)

      Back to basic! Hubungan dengan Allah!

      Delete
  20. “...kenalah uli dengan paling hebat, kreatif dan menarik. Betul tak?”

    Saya nasihatkan ustazah jgn balut cinta Ilahi dengan cinta Islamik lelaki-perempuan. Ribuan audiens yang hadir, ribuan pembaca novel dan buku ustazah, berapa ramai yg dapat buka balutan input ustazah dan dapat isi serta hakikatnya?

    Berdasarkan ramai peminat ustazah yang saya kenali, kebanyakan mereka hanya mendapat luaran. Bukan bertambah rasa mahu cari ilmu untuk gapai cinta Ilahi, tapi bertambah impian mahu cari isteri solehah yg sempurna sehingga tidak terbuat apa2 kerja selain mencari yg solehah.

    Begitu juga muslimah, sana sini menyelidik muslimin mana yg paling soleh utk dinikahi. Sehingga lalai dari tanggungjawab! Buku Islam entah ke mana, isu semasa entah kemana, pelajaran entah ke mana, jd salah prioriti dalam tindakan. Ya lah, mencari pasangan yg soleh/ah itu kan menuju cinta Ilahi juga! Teruslah mereka mencari cinta Ilahi dgn cara itu dari pagi sampai petang, minggu ke bulan, bulan ke tahun. Kalau begitu, siapa lagi nak diharap jadi pejuang?

    Tiada istilah putus asa dlm berdakwah. Reply comment di sini bukan satu2nya cara berdakwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdeangkan Rasul yang maksum pun...penyampaian baginda difahami ummatnya dengan penerimaan berbeza-beza...

      para ulama muktabar juga....penyampaian mereka difahami dengan kefahaman yang berbeza-beza...

      Bukan yang Rasul yang salah...
      Bukan ulama yang salah...

      tapi Allah menciptakan 'keunikan' akal fikiran manusia memang begitu...
      berbeza-beza...
      Allah memberi hidayah kepada hati yang benar2 mencarinya...

      maka, bijakkah sikap seorang daie yang mengharap maksum dari yang tidak maksum?

      saya bagi contoh sikap:
      seorang dae inginkan mahasiswa baca buku ulama muktabar.

      Sikap A
      Kuat mengecam buku-buku lain di pasaran. Hanya buku yang dia rasa bagus saja ingin dipaksakan kepada orang lain supaya mengiktirafnya sebagai bagus juga. Kecaman berbalas kecaman oleh peminat-peminat bacaan tersebut yang bagi mereka boleh membantu mengenalkan mereka dengan Allah. Kemudian, ummah makin berbalah bukan makin bersatu. Ummah(Sunnatullah-cause and effect)

      Sikap B
      Meraikan minat bacaan umum. Berusaha 'membumikan' kefahaman ulama muktabar dalam bentuk buku yang menjadi minat umum. Tetap mengajak mahasiswa membaca sumber asal. Menggalakkan mereka bukan sahaja menjadi PEMBACA tetapi PENULIS! Apabila mereka suka raikan mana-mana tulisan yang baik, sunnatullahnya tulisan mereka juga sangat dihargai.

      Agak-agaknya, sikap mana yang cuba akhi bawa?

      Delete
    2. Apakah dgn alasan tidak maksum maka segala kekurangan kita boleh dibiarkan? Maaf, sy agak pantang dgn alasan tidak maksum.

      Jadi, ustzh redha lah dgn ramai audiens ustazah yg salah faham dgn apa yg ustzh bawa dgn alasan itu keunikan fikiran mereka dan itu peranan hidayah Allah?

      Sy menegur ustazah agar

      -mengubah content yg ustzh bawa pd mahasiswa kpd 1 content yg lbh berat agar fikirannya lbh luas dr hanya cinta Islamik enta enti yg kononnya membawa kpd cinta Ilahi.

      Atau

      -ustzh ubah sasaran ustzh kpd pelajar sekolah menengah dan berhenti dari menjadikan mahasiswa yg berfikrah islam sbg mad’u.
      Kerana sy melihat kesan negatif kpd mahasswa yg berfikrah Islam ini besar. Mereka jd kalau boleh sy katakan, lembik.

      Sy tidak langsung menyentuh gaya pendekatan ustazah yg mesra digemari ramai itu. Itu malah sy puji. Pendekatan ustzh bagus, kerana itu sy minta tolong ustzh.

      Sikap A dan sikap B adalah mengenai pendekatan yg berbeza. Saya tidak pernah ada masalah dgn pendekatan ustazah, cuma content yg ustzh bawa dlm gaya lembut ustzh itu harus diupgrade kan. Tidak semestinya apabila bincang ttg kitab muktabar maka perlukan kpd seminar, debat atau konference antarabangsa. Ia boleh dlm keadaan santai seperti gaya ustazah.

      Cuma tentang sikap A yg ustazah bawakan, sy ada seikit komen.

      Berbalas kecaman yg membawa kpd pergaduhan adalah dilarang. Tetapi, berbalas hujah dan kritikan antara perbezaan pendapat adalah perkara biasa dlm dunia ilmiah. Ramai org selalu melihat apabila berbeza pendapat, maka berpecah. Itu salah. Berapa ramai ulama dulu berbeza, ummah masih boleh bersatu. Ramai org marah apabila budaya mengkritik pandangan wujud di Malaysia, katanya masyarakat akan berpecah. Itu silap.

      Sebab itulah saya kata, masyarakat kita lembik, kritik sikit, dah kata berpecah. Macam mana tak lembik, kalau mahasiswa di univ pun tidak didedahkan dgn perbahasan ulama yg hebat, hanya didedahkan dgn slogan cinta?

      Kadang2 sedikit pertelingkahan beradab antara 2 pihak mengenai sesuatu pendapat berdasarkan dalil2 sahih, adalah jauh lebih baik dari penyatuan dua pihak yg hanya berbincang makna cinta kita, istikharah cinta, mahar cinta dsbg.

      Delete
    3. Memberi cadangan untuk improvement itu bagus.

      Tapi meremehkan usaha orang lain. Menyuruh orang berhenti menjadikan mahasiswa sebagai mad'u.
      inikah sikap da'e yang mempunyai FIQH DA'WAH?

      Perbezaan pendapat dalam perkara ilmiah memang perkara biasa di kalangan ulama. Mereka berbeza dengan adab yang tinggi.

      Tapi sikap meremehkan usaha dakwah yang orang lain buat, menyuruh orang berhenti berdakwah kepada ribuan mahasiswa yang rata-rata belum jelas erti cinta hakiki, bukanlah akhlak dan sikap ulama' yang faham fiqh dakwah.

      Kalau ada mahasiswa yang salah faham tentang apa yang saya bawa, akhi lebih selesa dengan sikap mana?

      A)Buruk sangka dengan saya. Menyalahkan saya yang memesongkan mereka. melemparkan impak negatif kepada saya. Memejamkan mata pada impak positifnya. suruh saya berhenti berdakwah. menggesa saya guna content berat dengan ayat yang kabur apa maksud content berat itu....

      atau

      B) Baik sangka dengan apa yang saya bawa. Kalau ada isi yang menyimpang, sila nyatakan dengan 'jelas' dan spesifik agar dapat dibincangkan dan dibetulkan. Kemudian, tolong rajin berdakwah untuk fahamkan mereka, termasuklah turun padang buat FORUM FAHAMKAN ERTI CINTA SEBENARNYA agar dapat bantu mereka MENCEGAH SEBELUM MERAWAT :)

      :)

      Jika saudara rasa mahasiwa lembik, masalah pokoknya ialah hubungannya dengan Allah tak kuat. Mahasiswa lembik sebab hatinya sedang 'sakit', solatnya sedang hilang fokus, tahajudnya jarang-jarang....roh sujud dan rukuk ini jika gagah akan melahirkan individu yang mampu mengesani ribuan orang. Gagahkan mahasiswa dengan menggagahkan dahulu 'ASASNYA' bukan sekadar gagah bertempik menyuarakan perkara 'CABANG'(ia tak kan selesai selamanya tanpa selesai masalah pokok). :)

      Delete
    4. Boleh jadi akhi sukakan pendekatan POLITIK,(atau lain seumpamanya)
      manakala saya sukakan pendekatan DAKWAH.

      Jadi, teruskan usaha akhi yang baik itu.
      Saya tidak akan meremehkan usaha akhi biarpun akhi cuba meremehkan usaha saya :)

      Saya lebih senang dengan menghormati dan meraikan cara orang lain (yang tak bercanggah dengan nas)kerana itu membuatkan saya lebih bahagia.
      :)

      Delete
    5. "Boleh jadi akhi sukakan pendekatan POLITIK,(atau lain seumpamanya)
      manakala saya sukakan pendekatan DAKWAH."

      Dalam politik tiada dakwah kah?

      Inilah masalah nya apabila kritikan dikatakan meremehkan.

      Apakah meremehkan jika sy menggunakan, 'saya nasihatkan...', 'saya menegur..', 'saya menghormati ustazah..'.

      Apabila masyarakat tidak dibiasakan dgn dunia debat ilmiah dan krtikan, maka inilah jadinya.

      Its ok ustazah.

      You ain’t gonna to accept the views of mine, then why should I continue such fruitless business?

      At least, you change my scepticism to a CERTAINTY that most Malaysian agamawan are really bad in considering others voices.

      Intelligent people are more open to different opinion, are wiser to manage criticism, are giving more appreciation to those critic them. Nobody kicks the dead dog.

      Yes, you can run along your own way without considering others. Good luck!

      -ilham zahidah-

      Delete
    6. Salam adikku Ilham Zahidah...
      Dalam politik ada dakwah. Dalam dakwah ada siasah.

      Yang mendominasi dalam pendekatan kita bergantung kepada sejauh mana kita memahami fiqh dakwah.

      Jom kita gali sedikit ilmu fiqh dakwah... :) (senyum-senyum selalu ye)

      1. Attarbiyah laisat ta'riyah
      Kita mendidik bukan menelanjangkan orang.
      Kritik yang kita lemparkan, biasanya akan berbalas kritikan juga (sunnatullah, ada cause and effect).
      Manakala, jika alternatif yang praktikal serta maksud yang jelas kita berikan, biasanya berbalas penghargaan.

      Jika dae suka guna ayat yang retorik (eg: saya mahu content berat)tapi kabur perlaksanaannya (apa dia content berat tu?), ia hanya akan menyebabkan dae itu akhirnya suka 'menghukum' orang lain, melabelnya sebagai 'tak nak dengar kritik etc', menelanjangkan semua kelemahannya, padahal dae belum berperanan 'menjelaskan' sebelum pantas 'melabel'.

      (Adik cukup 'gagah' menerima kritikan kan? :) So, jangan marah ye. Senyum sikit. Super duper cute lah! Hilang stress kan? :))

      2. Nahnu duat walaisal qudot
      Kita hanya penyeru bukan penghukum.

      Contoh yang jelas;

      "(Dakwah ustazah) tidak sesuai utk mahasiswa yg sudah ada fikrah Islam."

      "Saya lihat ustazah hanya menambahkan khayal mereka...."

      "Ustzh mungkin lihat kesannya positif di luar, tetapi hakikat pemikiran mereka setiap hari, tiada lain hanya berkisar cinta."

      Saya raikan apa sahaja yang ingin ukhti tulis ni.

      Jika ukhti cuba duduk dalam 'kasut' saya dahulu sebelum mengkritik, melabel dan menghukum begini, nada ukhti akan jadi berbeza.

      Understand then to be understood!

      Saya juga pernah jadi mahasiswa dan masih lagi mahasiswa,isu cinta berlegar di fikiran mahasiswa sejak dulu lagi, sebelum saya menulis. Maka, dae yang bijak perlu mengambil isu ini untuk diselesaikan masalah FAHAMnya.

      Ukhti yang berfikrah Islam sudah tentu tahu Hassan al-Banna dalam Risalah taalimnya meletakkan masalah FAHAM sebagai masalah utama yang perlu diselesaikan.

      So, mari kita berfikir kreatif dan proaktif bagaimana nak membumikan dan memudahkan kefahaman tokoh gerakan Islam ini kepada masyarakat. Salah satu caranya ialah 'mengambil peluang' terhadap bacaan umum mereka seperti 'novel'. :)

      Kata pepatah Arab, manusia suka memusuhi apa yang tidak diketahuinya. Saya cadangkan ukhti bacalah sekali novel-novel saya (Cinta High Class ke), dan insya-Allah ukhti akan mempunyai pandangan berbeza...kerana semua idea bernas yang ukhti berikan itu semuanya saya sarankan dalam karya-karya saya:)

      Manfaatkan persamaan, uruskan perbezaan. Semuanya indah dan unik. :)

      Delete
  21. Assalmualaikum wbt... pada pandangan saya apa yg ustazah cuba bawakan adalah cinta kita yg utama iaitu cinta kepada Allah SWT... cinta kpd Allah ini merupakan sesuatu perkara yg sgt2 penting... cintakan suami atau isteri kerana Allah... itu matlamat ustazah iaitu meletakkan cinta Allah no 1 di hati mahasiswa/i... kita dapat melihat skrg ni ramai mahsiswa/i yg terpengaruh dgn cinta yg x ikut syariat yg betul... jd mgkin sbb itulah ustazah cuba nak mmbawa mereka ni utk mnrut landasan yg digariskan oleh syariat... apabila mereka letakkan Allah di hati maka xkan wujud laa perkara2 yg negatif.. mgkin sbb inilah ustazah sgt pntgkan cinta ilahi... kita x boleh nak ubah sesuatu perkara yg besar jika perkara yg kecil pn sukar diubah... bermula dgn perubahan seseorang individulah yg mungkin akan mengubah keluarga, masyarakat dan negara... sbb inilah pentingnya cinta Allah SWT... apabila seseorg mencintai Allah maka dia akan dapat mempengaruhi org lain... membina keluarga islam,masyarakat islam dan negara islam... jd pokok pangkalnya bermula dari diri individu itu sendiri... jika individu sendiri x berubah bagaimana kita nak mengubah ummah... sebab itu pentingnya untuk ubah diri kita baru kita mampu untuk ubah komuniti yg lebih besar... jd ustazah ingin setiap insan baiki hubungan dengan Allah, cinta betul2 kepada Allah InsyaAllah lama- kelamaan ummah dapat diperbaiki... sekiranya apa yg saya katakan ini salah minta tegur... Wallahua'lam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah! Kita sefikrah:)

      Delete
    2. Terima kasih Sdr Duan krn menghuraikan kepentingan cinta Ilahi.

      Delete
    3. Bagi yang 'baca' karya saya alhamdulillah 'dapat' fikrah ini yang cuba saya perjuangkan...

      Bagi yang tak 'baca', the best lesson today...

      "Baca dulu baru nilai. :)"

      Bukan karya saya saja, karya siapapun termasuklah musuh yang kita benci...itu lebih adil kepada seorang dae dalam bersikap. :)

      Delete
    4. Assalamua'laikum WBT Ustazah,

      masa mula2 sy baca Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, saya rasa mcm watak Qaniah adlh sgt sempurna, hingga terdetik di dlm hati sy. masih ada lg ke wanita seperti Qani'ah? Begitu juga dgn watak Dr Muslih. Masih ada ke rumah tangga yg sempurna mcm tu? tp dlm novel itu ustazah ada terangkan terasa hati juga ada, tp ianya adlh biasa dlm rumah tangga dan bukan perkara yg perlu dibesar2kan.

      lama kelamaan sy rasa itulah sbnrnye yg ustazah dan juga pendakwah lain ingin sampaikan mesej dlm kehidupan seorg muslim dan baitul muslim perlu diterapkan seharian. saya amat terkesan dgn isu Palestin dlm novel tersebut dan membuka minda sy serta persepsi sy mengenai isu Palestin. begitu juga ketika watak Dr Muslih berusaha utk membetulkan televisyen apbl tetamunya ingin menonton TV, sdgkan Dr Muslih dan Qani'ah tdk menonton TV. di sini sy terigt akan hadis Nabi SAW mengenai memuliakan tetamu (ustazah btolkan sy ye, sbb sy bukan lah ahli hadis. hadis pun sy mmg sll lupa riwayatnya). seperti juga amalan berzikir semasa memasak. ianya bukan sekadar cinta sahaja, malah jika dipandang secara terperinci, ada mksd tersirat disebalik setiap penceritaan ustazah.

      sy percaya ustazah tdk mengambil masa sehari utk menulis buku yg nipis itu berbanding kami yg boleh menghabiskan bacaan dlm masa sehari sahaja. mungkin juga kami perlu mengambil masa juga utk memahami mesej tersurat dan tersirat yg ingin di sampaikan oleh ustazah. =)

      dalam novel Tautan Hati juga ianya mengubah persepsi sy agar sentiasa baik sangka dgn semua org. ^__^

      Delete
    5. waalaikumussalam wbt dan salam ceria :)

      Jazakillah kerana sudi menjadi salah seorang yang membuatkan novel kami 'bestseller'. :)

      boleh baca sambungan Pemilik Cintaku dan Denyut Kasih Medik dalam Cinta High Class :)

      Zaman Dr. Muslih dan Qaniah baru kahwin, TV banyak kebaikan tapi yang merapu lagi banyak. Tapi sekarang, kita sudah ada TV AL-HIJRAH.
      Jadi, jom ramai-ramai TENGOK TV!
      Kata al-Qaradhawi, "Katakan ya pada KEMODENAN, katakan TIDAK pada pembaratan."

      Membaca dengan jiwa besar, insyallah akan mendapat manfaat yang besar meskipun daripada hasil tulisan pelajar darjah satu :)

      Delete
  22. Salam alayk ustazah yang sangat saya kasihi. Buat pengetahuan Ustazah, ALhamdulillah, sudah 3 tahun saya berhijrah. Saya baca buku tautan hati malah hati saya terdetik untuk berhijrah. Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan, semoga kita menjadi bidadari di syurgaNYA. AMEEN

    ReplyDelete
  23. salam, sy merasakan novel yang ditonjolkan ustzh mempunyai impak yang sgt positif.. manjaga cinta itu akan hanya terluah buat yang halal bagimu akn membuat kita berusaha menjaga cinta. Bagaimana utk mnjaga cinta?? sudah semestinya kita perlu menjaga cinta kita kpd Allah. Pabila hati begitu takut kpd Allah, setiap tindakan kita akan rasakan Allah sentiasa ada sbgai pemerhati.Jadi kita tidak membuat perkara yang dilarang. Insya-Allah...

    Pertama sy tertaut dgn novel ustzh yg pertama sy baca iaitu cinta setelah Allah dan Rasul, sgt terkesan dihati bgaimana isu semasa palestin diketengahkan.. Diri ini terfikir apa pula sumbangan yang 'boleh sy lakukan utk palestin'.
    novel tautan hati pula memotivasikan sy bgaimana kesungguhan seorg sahabat menyebarkan dakwah. Memotivasikan sy utk terus menyebarkan dakwah utk shbat2 sy...insya-Allah.. sy masih baru menyertai usrah, mohon doa agar diri ini terus bersemangat, kreatif dalam menyebarkan ilmu Allah.

    Dgn mnjaga cinta kpd Allah itu juga sy berpendapat gejala sosial yang kian menular dalam masyarakat hari ini dapat dikurangkan...krn perkara asas cinta kepada pencipta.. soal jodoh bukankah telah tertulis buat setiap hambaNya... solehkan dirimu agar pasangan solehah turut kau temui.. jadi apa yang perlu kita lakukan adalah mencari cinta Allah bkn berkhayal dan menyelidik mncari pasangan yg soleh & solehah...

    Teringat dalam khutbah terakhir Rasulullah ada menyebut ' syaitan tlh berputus asa dalam menyesatkanmu dalam perkara yang besar maka berwaspadalah terhdp perkara2 kecil'...Pabila kita sibuk menyelidik mancari psgn kita mgkin menjadi lalai dari mengingati Allah dan terlibat dgn zina hati, zina mata etc, sbb tu bg pendapat sy kena sntiasa berwaspada dan ingat kpd Allah...

    Maaf jika ada pndgn sy yg salah, minta ustzh perbetulkan...
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sayang adikku Siti Fatimah. Membaca dengan jiwa bersih sepertimu, pasti akan mendapat hikmah dan ibrah meskipun daripada penulisan 'kecil' akak ini :)

      Delete
  24. Assalamualaikum ustazah :) insyAllah saya sgt menyokong segala apapun yg ustazah telah huraikan, saya sgt bersetuju :) saya sgt2 bersetuju dgn apa yg ustazah utamakan iaitu cinta Allah srrta memperbetulkan fitrah cinta dgn mencegah drpd merawat, saya sgt percaya bhw bermulanya dgncinta Allah lah, kita akan menjadi kukuh dan kuat dlm seganap bidang yg lain. Saya juga tidak bersetuju dgn disebkan dakwah ustazah memfokuskan cinta, mahasiswa/wi mnjadi lembik, bg saya, setiap kesalahan itu berpunca drpd diri sendiri, dan adalah sgt tidak tepat apabila kita menyalahkan pihak lain. Kita sendiri yg harus bertindak cari org lain yg kita rasakan betul seandainya kita kurang bsetuju dgn satu2 pihak, tinggalakan dgn baik, berfikirlah dgn matang :) maafkan sy seanainya salah :) assalamualaikum :)

    ReplyDelete
  25. Salam. Kematangan perlu dalam berdakwah. Berdakwah bukan setakat kita yang mendakwah...tetapi harus juga akur untuk didakwah..

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum ustazah...saya trdetik utk mmberikan pndangan tntang apa yg diutarakan oleh Ilham Zahidah...sya memahami keadaan yg cuba disampaikan kerana sya sndiri melihat situasi itu (mahasiswa/i byk brkhayal tntang cinta slepas mmbaca karya2 ustazah) smasa d U dulu...tp, sya x menyalahkan ustzah dlm soal ini. sya x mgikuti mana2 jemaah smasa d U tetapi sya mmpunyai bbrpa rakan muslimin dan muslimah yg aktif dlm program2 jemaah.

    slah seorg shbat muslimin sya pnah mmberikan komennya tntg buku Pemilik Cintaku dan Denyut Kasih Medik. katanya, buku ni terlalu menunjukkan kesempurnaan. mustahil ada lg org mcm nih d zaman skg. apa yg dia maksudkan adalah sama seperti yg dikatakan oleh Ilham Zahidah iaitu mereka akan lebih fokus kpd mencari kesempurnaan, dan bila trdapat kelemahan di sana sini, mereka akan cpt kecewa dan bputus asa. sya x bsetuju dgn pndapat muslimin trsebut tp sya x mmbalas kata2nya. apa yg mngcewakan saya, muslimin trsebut x pula 'mengamalkan' cara2 yg mngikut syar'i dlm soal "Cinta" ni.

    sya mpunyai bbrpa rakan muslimah yg sperjuangan dgn Ilham Zahidah. mereka sgt aktif dgn program2 mereka d kampus. wlaupun sya x join, tp sya rasa kagum dgn pjuangan mereka. sya nmpak mreka sgt bertekad dlm pjuangan mreka. tp, bila masuk saja bab CINTA, semuanya jd x kena. sampaikan blh timbul rasa dengki dan iri hati sesama rakan muslimah. masyaAllah...sya btul2 trkejut dan trkilan. ini bmakna, mreka masih belum faham tntang konsep cinta Ilahi. jd, haruskah dihentikan dakwah tentang Cinta kepada mahasiswa/i bfikrah islam ini?

    maaf, saya x brsetuju dgn Ilham Zahidah yg seolah2 menyalahkan ustazah dan karya2 ustazah. sekiranya mahasiswa/i yg bfikrah islam ini yakin dgn perjuangan mereka tentang isu2 "besar", bagi saya mereka x akan lembik dgn cinta manusia. semuanya dari hati masing2 :) jgn kerana perjuangan dlm isu2 'besar', isu sebegini diremehkan. berapa ramai muslimin/muslimah yg asalnya merupakan seorg pjuang agama yg hebat, tp akhirnya tewas kerana cinta? bukannya x blh brcinta, tp kena la tau cara meguruskan cinta trsebut :)

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah...kita mempunyai contoh ikutan yang SEMPURNA. Peribadi baginda SAW yang serba SEMPURNA untuk kita ikuti. Mari berusaha keras mencontohi Nabi dalam keterbatasan kudrat kita yang tak maksum seperti baginda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah perjuangan membina 'keperibadian Muslim' yang watak-watak saya ketengahkan...

      Delete
  28. As salam,ustazah ada tak artikel mngenai amalan bidaah dan amalan sunnah??

    ReplyDelete
  29. sangat setuju dengan pandangan ILHAM. saya sependapat dengan beliau. baguslah sudah menegur. anda dah menjalankan tanggungjawab menegur. saya pun penah tegur isu ni pada ustazah, mcm biasa jawapan begini diberikan.

    semoga allah memberi hidayah kepada ustazah. ameen.

    *agaknya kena ajak ustazah ni pegi tgk sendiri kat universiti baru nampak kot fenomena negatif ni.

    ustazah, sebaiknya contohilah para salaf as salih dalam berdakwah. utamakan manhaj, tauheed dan aqeedah dahulu. jangan asyik sebut cinta..cinta..cinta.

    ReplyDelete