![]() |
Terima-kasih Habsyah kerana pernah sudi menjadi tempat teduhan bagi para sahabat yang teraniaya. Jasamu tidak akan kami lupakan selamanya. |
Raja
Al-Najasyi: Anti Kezaliman dan Rasuah (Bahagian 1)
Profil
Beliau bernama
Najasyi Asham bin Abjar.
Melindungi rombongan Muslimin Makkah yang berhijrah ke negerinya.Menjadi wakil Rasulullah SAW bagi menikahi Ummu Habibah, Ramlah binti Abu Sufyan.
Beberapa kali berutusan surat dengan Rasulullah SAW.
Jenazahnya merupakan satu-satunya jenazah yang disolatkan oleh Rasulullah SAW dengan solat ghaib.
Mencari
Perlindungan di Habsyah
Rasulullah SAW berasa pilu melihat
dahsyatnya kezaliman yang dideritai oleh kaum muslimin di Makkah. Baginda
berkata kepada mereka,
“Di negeri Habsyah bertahkta
seorang raja yang tidak suka berlaku zalim. Pergilah kalian ke sana dan
berlindunglah di istananya sampai Allah membukakan jalan keluar dan membebaskan
kalian dari kesulitan ini.”
Maka berangkatlah rombongan
muhajirin pertama dalam Islam yang berjumlah sekitar 80 orang ke Habsyah.
Di negeri baru itu, mereka mendapat ketenangan dan rasa aman. Bebas menikmati
manisnya takwa dan ibadah tanpa gangguan.
Sejarah Pahit Dizalimi
Ashamah, atau gelarannya Najasyi sentiasa bersedia melindungi orang yang dizalimi. Beliau belajar daripada sejarah pahit hidupnya.
Sejarah Pahit Dizalimi
Ashamah, atau gelarannya Najasyi sentiasa bersedia melindungi orang yang dizalimi. Beliau belajar daripada sejarah pahit hidupnya.
Beliau merupakan anak tunggal
kepada Raja Negeri Habsyah. Ayahnya dibunuh dalam satu komplot jahat untuk
menggulingkannya.
Kemudian, beliau diasuh oleh bapa
saudaranya yang kini mengganti takhta. Beliau membesar menjadi pemuda yang
berkarisma dan berkepimpinan.
Para pembesar Habsyah risau jika
pemuda itu diangkat menjadi raja dan menuntut bela atas kematian ayahnya.
Mereka menghasut raja untuk membunuh Ashamah.
Mendengar permintaan tersebut raja
sangat murka dan berkata, “Sejahat-jahat kaum adalah kalian! Dahulu kalian
membunuh ayahnya dan sekarang kalian memintaku untuk membunuhnya pula. Demi
Allah, aku tak akan melakukannya.”
Raja tidak berdaya menghadapi
tekanan dan paksaan para pembesarnya. Baginda terpaksa mengusir Ashamah ke
tempat yang jauh dan asing.
Tidak lama selepas itu, tiba-tiba
terjadi peristiwa yang di luar dugaan. Badai mengamuk disertai hujan lebat.
Sebatang tiang istana roboh menimpa raja yang sedang berduka dengan pengusiran
Ashamah. Beberapa waktu kemudian baginda wafat.
Rakyat Habsyah bingung untuk
memilih raja baru. Semua dua belas orang putera raja, seorangpun tiada keahlian
untuk dinobatkan sebagai raja.
Mereka menjadi cemas dan gelisah,
lebih-lebih setelah mendapati bahawa negeri-negeri tetangga telah menunggu
kesempatan untuk menyerang. Mereka pun bergegas mencari Ashamah dan
membawanya pulang ke negerinya.
Lalu mereka meletakkan mahkota di
atas kepalanya dan membai’atnya sebaga raja. Mereka memanggilnya dengan
Najasyi. Baginda memimpin negeri secara baik dan adil. Menghapuskan segala
bentuk kezaliman kerana baginda sudah merasai sendiri betapa peritnya dizalimi.
Usaha
Menghasut Najasyi
Pihak kafir Quraisy tidak senang
melihat amannya muslimin di Habsyah. Mereka mengirimkan dua orang utusan
berkarisma kepada Najasyi. Keduanya mahir berdiplomasi. Tidak lain tidak bukan,
mereka ialah Amru bin al-Ash dan Abdullah bin Abi Rabi’ah.
Mereka berangkat dengan membawa
hadiah-hadiah dalam jumlah besar untuk Najasyi. Tidak lupa juga hadiah untuk
para pembesar tinggi Habasyah yang sudah sedia maklum menyukai barang-barang
dari Makkah.
Sesampainya di Habasyah, keduanya
terlebih dahulu menjumpai para pembesar sambil menyuap mereka dengan hadiah
yang dibawa. Keduanya berkata,
“Di negeri tuan telah tinggal
sejumlah pengacau dari kota kami. Mereka keluar dari agama nenek moyang dan
memecah belah kesatuan kami. Maka nanti jika kami menghadap Najasyi dan
membicarakan masalah ini, kami mohon kalian semua mendukung kata-kata kami
untuk menentang agama mereka tanpa bertanya. Kami adalah kaum mereka. Kami
lebih mengenal siapakah mereka dan mengharapkan agar kalian sudi menyerahkan
mereka kepada kami.”
Setelah memilih saat yang tepat,
Amru bin al-Ash dan Abdullah bin Rabi’ah menghadap Najasyi. Mereka terlebih
dahulu sujud menyembah seperti yang biasa dilakukan orang-orang Habasyi.
Najasyi menyambut keduanya dengan baik kerana sebelumnya telah kenal dengan
Amru bin al-Ash.
Kemudian tokoh Quraisy itu memberikan
hadiah-hadiah yang hebat disertai titipan salam dari para pemuka Quraisy yang
dimpimpin oleh Abu Sufyan. Mereka mengadukan hal ‘pemberontak Makkah’ yang lari
ke Habsyah dan minta diserahkan kembali.
Keadilan
Najasyi
Raja Najasyi tidak gopoh dalam
keputusannya. Beliau meminta pendapat pembesar terlebih dahulu untuk meraikan
mereka. Ternyata, mereka beria-ia menyokong utusan Abu Sufyan itu. Raja Najasyi
tidak mudah terpengaruh. Baginda memanggil kaum muslimin ke istana.
Kaum muslimin hadir ke istana
dengan penuh adab. Mereka berdiri di suatu sudut. Amru bin Ash menoleh kepada
mereka dan bertanya,
“Mengapa kalian tidak sujud kepada
raja?”
Mereka pun menjawab, “Kami tidak
sujud kecuali kepada Allah.”
Najasyi mengagumi kata-kata itu.
Beliau bertanya kepada Ja’far bin Abi Thalib,
“Apakah kalian membawa sesuatu
yang dibawa oleh Nabi itu tentang Rabb-nya?”
Beliau menjawab, “Ya, ada.”
Najasyi berkata, “Tolong bacakan
untuk kami.”
Lalu Ja’far membacakan surat Maryam. Antaranya ialah:
“Dan Ceritakanlah (kisah) Maryam di dalam Al Quran, Yaitu ketika ia menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur. Maka ia Mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka; lalu Kami mengutus roh Kami kepadanya, Maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sempurna. Maryam berkata: "Sesungguhnya aku berlindung dari padamu kepada Tuhan yang Maha pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa". Ia (Jibril) berkata: "Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci".
Lalu Ja’far membacakan surat Maryam. Antaranya ialah:
“Dan Ceritakanlah (kisah) Maryam di dalam Al Quran, Yaitu ketika ia menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur. Maka ia Mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka; lalu Kami mengutus roh Kami kepadanya, Maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sempurna. Maryam berkata: "Sesungguhnya aku berlindung dari padamu kepada Tuhan yang Maha pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa". Ia (Jibril) berkata: "Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci".
Najasyi sebak mendengarnya. Air
mata menitis deras. Beliau berkata, “Apa yang mereka bacakan kepada kami
dan apa yang dibawa oleh Isa berasal dari sumber yang sama. Demi
Allah, aku tidak akan menyerahkan mereka sama sekali kepada kalian selama aku
masih hidup.”
Beliau memerintahkan kepada
pengawalnya, “Kembalikan hadiah-hadiah dari Amru bin al-Ash dan kawannya itu.
Aku tidak memerlukannya. Allah tidak menerima suap (rasuah) dariku ketika aku
dikembalikan ke negeriku, untuk apa aku menerima suap daripada mereka ini?”
Rujukan: Dr.
Abdurrahman Ra’fat Basya, Shuwaru min Hayati at-Tabi’in, atau Mereka
Adalah Para Tabi’in, terj. Abu Umar Abdillah (Pustaka At-Tibyan, 2009),
hlm. 348-364.
Raja Johor macam mana ?
ReplyDeletesalam..ustazah..sy nk minta pndgn ustazah..ape komen ustazah mngenai prospek kerjaya seorg jururawat?..ade yg mngatakan pakaiannye tdk menurut syariat islam seperti potongn bentuk badan(bajunya)..jadi ape penyelesaian kite sebgai jururawat utk mengatasinya? krn ape yg difahamkan itu merupakan etika..salah ke sekiranya kite meminta jawatan(kerja kosong) sbg jururawat?minta ustazah perjelaskan..syukran..
ReplyDelete