HUKUM IMUNISASI CAMPAK, TIBI, BATUK, KOKOL, DIPTERIA, TETANUS DAN POLIO - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

HUKUM IMUNISASI CAMPAK, TIBI, BATUK, KOKOL, DIPTERIA, TETANUS DAN POLIO






Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5-6 Jun 1989 telah membincangkan Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus Dan Polio. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
  1. Program imunisasi campak, tibi, batuk kokol, dipteria, tetanus dan polio adalah harus di segi syarak kerana berdasarkan kaedah درء المفاسد مقدم على جلب المصالحmenolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan " dalam perundangan Islam.
     
  2. Vaksin-vaksin yang digunakan dalam imunisasi bagi penyakit-penyakit tersebut hendaklah diambil daripada bahan yang suci, sekiranya vaksin daripada bahan suci tidak diperolehi atau sukar diperolehi, maka penggunaan vaksin yang sedia ada adalah diharuskan.
     
Keterangan/Hujah: 
Imunisasi adalah satu-satunya cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit seperti campak, tibi, batuk kokol, dipteria, tetanus atau polio. Mengikut kaedah fiqhiah iaitu  درء المفاسد مقدم على جلب المصالح menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”, maka program imunisasi bagi mengelak bahaya penyakit-penyakit yang berkenaan adalah sampai kepada peringkat hajat. Maka program tersebut adalah harus, kerana sesuatu kerosakan akan cepat berkembang dan bahayanya adalah lebih besar. Oleh hal yang demikian penggunaan vaksin dalam imunisasi itu adalah harus dari segi syarak.
Keharusan ini juga adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. dalam surah Al- Baqarah, ayat 195 :
ولاتلقوابأيدكم الى التهلكة
"Dan janganlah kamu sengaja mencampakan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan".
HUKUM IMUNISASI CAMPAK, TIBI, BATUK, KOKOL, DIPTERIA, TETANUS DAN POLIO Reviewed by Fatimah Syarha on 17:53:00 Rating: 5 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5...

10 comments:

  1. Bukan kah ciptaan Allah dlm sistem badan kita ni dah cukup hebat? Allah sediakan ibadah puasa juga utk kesihatan.
    Kenapa sesuatu yg sempurna kita perlu ubahsuai. Mengapa menghalalkan unsur haram yg terdapat dalam vaksin dgn alasan menolak kerosakan, apakah unsur2 haram itu mampu menolak penyakit yg dikatakan...mana logiknya? unsur haram seperti uri, organ haiwan, mercury...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju...setiap sakit ada ubatnya, matlamat tidak menghalalkan cara

      Delete
    2. Bukankah idea vaksinasi itu dari Allah juga?dan itu salah satu usaha mengelakkan kemudaratan yg lg besar seperti wabak.kita lahir2 ja wabak2 mcm polio da pupus.
      masalah dgn golongan2 ni kalau da majlis fatwa punya fatwa pun dia da tolak.maksudnya mmg hati da keras hitam tak bole di gugat lagi.biarkan aja.klu tak naknjgn pengaruh org lain.

      Delete
    3. jika manusia ni cukup sempurna serba serbi, x perlu lah wujudnya doktor utk merawat org sakit, bantu kelahiran dan sebagainya. perlu faham, yang sempurna dan tiada cacat cela hanyalah Allah swt shj. kelebihan yg Allah berikan kpd manusia berbanding makhluk lain adalah akal fikiran. drpd akal inilah Allah beri ilham kpd manusia utk mencari kaedah yg sesuai utk merawat penyakit.

      Delete
  2. ada kajian yg di buat dan statistik menunjukkan banyak penyakit2 baru wujud selepas setiap bayi wajib diberikan imunisasi.....yg ni mcm mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...pd pendapat saya, kajian itu memang wujud. sy pun pernah terbaca bbrapa artikel ttg kajian yang sama ttp tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh. cthnya spt di china, ada certain2 vaksin yang pada tahun2 tertentu telah dimansuhkan penggunaannya terhadap bayi2 yang baru lahir sbg respon kpd bbrapa kajian ttg risiko negatif yg mungkin wujud akibat penggunaan vaksin, namun setelah bbrapa tahun dimansuhkan, penyakit tersebut lebih berleluasa berbanding sebelum vaksin dimansuhkan. angka kematian bayi naik berganda2 bbanding sebelumnya. jd, berdasarkan kemaslahatan umum, kerajaan china telah mengambil langkah 'menghidupkan semula' pemvaksinan d kalangan bayi.

      Delete
  3. anonymous, Allah ciptakn sistem dlm badan kita memang hebat n memang sempurna. tp, ada certain bahan untuk defense badan kita yg tubuh kita xdpt nk hasilkn n kita kena ambik dri luar, yakni vaksin yg dihasilkn dri bahan lain.jadi, kenalah jugak ambik n mesti doktor2 akn pastikn bahannya halal.

    minta maaf kalau silap. btw, jazakillah atas perkongsian ustzh Fatimah Syarha =)

    ReplyDelete
  4. dan Allah juga ilhamkan manusia ttg teknologi2 imunisasi ni sesuai dgn apa yg umat hadapi mengikut zaman. Allah mmg ciptakan manusia sesempurna kejadian, dan ia ciptakan secara pakej kesempurnaan itu, dan ilham pencegahan penyakit2 itu termasuk dlm kesempunaan ciptaannya. "apa2 yg baik yg terdapat di dunia ini, jika dijumpai , 'kutiplah' ia kerana ia terdahulu milik org islam"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah. Jazakillah sudi membantu menjawab persoalan ummah di sini.

      Delete
    2. Salam..kepada ibu bapa yg enggan vaksinkn anak tapi mahu mencegah penyakit2 berjangkit tersebut secara alternatif(bersih,halal,suci) boleh ke Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre Gombak.Hubungi Dr Wan 0196676236

      Delete