HUKUM WANITA MUSAFIR TANPA MAHRAM DALAM FIQH KONTEMPORARI - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

HUKUM WANITA MUSAFIR TANPA MAHRAM DALAM FIQH KONTEMPORARI




Apakah hukum wanita melakukan musafir tanpa mahram, jika dia tiada mahram yang dapat menemaninya?

Prof Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, asal hukum ialah janganlah wanita melakukan musafir tanpa mahram. Tapi jika sukar mendapatkan mahram yang mampu menemani, para fuqaha' terbahagi kepada 4 kelompok:

1. Berpegang pada zahir hadis. Haram, samada untuk perjalanan haji atau perjalanan apa seka
lipun.

2. Mengkhususkan nas (dalil) yang brsifat umum. Kelompok ini mengecualikan perempuan tua yang tiada syahwat lagi.

3. Kelompok yang mengecualikan wanita yang bermusafir bersama wanita-wanita yang dapat dipercayai. Bahkan ada yang kata, jika ada teman seorang wanitapun sudah memadai.

4.Kelompok yang berkata wanita boleh musafir jika jalan yang ditempuhi aman dan tidak bahaya. Ini pendapat Ibnu Taimiyah.

Dalam Fiqh Maqasid Syariah al-Qaradhawi, beliau melihat pendapat keempat menjadi KUAT dalam realti hari ini.

Dalilnya:
1. Hadis riwayat Imam Bukhari menceritakan Umar memberi izin kepada para isteri Nabi menunaikan ibadah haji. keputusan ini disokong menjadi Ijma' sahabat.

2.Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari A'di bin Hatim, rasul berkata tentang kegemilangan masa depan Islam, "Telah dekat waktunya di mana seorang wanita dari Harah di Irak akan menuju Kaabah dengan tidak disertai suaminya. Dia tidak takut kepada sesiapun kecuali kepada Allah..." Hadis ini diucapkan dalam bentuk pujian terhadap penyebaran Islam dan wujudnya rasa aman dalam dunia ini.

Perjalanan pada zaman moden ini adalah dengan kenderaan yang menghimpun sekian banyak orang dalam kenderaan itu, seperti kapal laut, kapal terbang dan bas. Maka, muncullah rasa aman.
HUKUM WANITA MUSAFIR TANPA MAHRAM DALAM FIQH KONTEMPORARI Reviewed by Fatimah Syarha on 00:41:00 Rating: 5 Apakah hukum wanita melakukan musafir tanpa mahram, jika dia tiada mahram yang dapat men...

28 comments:

  1. Fiqh Kontemporari tu apa ustazah?

    kiranya kalau perempuan keluar tanpa teman walaupun agak bahaya, itu haram lah?

    ReplyDelete
  2. Fiqh kontemporari ialah fiqh yang menghargai pandangan yang lepas, dalam masa yang sama meraikan perubahan realiti zaman ini.

    Sebaik-baiknya, wanita hendaklah bermusafir bersama mahram.
    Jika susah nak dapatkan mahram, maka bolehlah mengambil kelonggaran dalam pandangan ini.

    Agak bahaya...kenyataan ini banyak tafsiran.
    Nak ke mana yang agak bahaya tu?
    Mintalah fatwa dari hatimu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta fatwa dari hati sendiri??? Itu penyataan yang amat mengarut!
      Hadis Nabi saw. memang teramat jelas kata haram hukumnya perempuan bermusafir tanpa ditemani oleh mahram dan dari hadis mana pula mengatakan sebaliknya? Memandai-mandai pinda hadis tersebut, apa pula hukumnya menghalalkan sesuatu yang diharam oleh hadis itu?

      Delete
  3. oh, terima kasih ustazah...
    insyaAllah, walaupun ke tempat yang baik2 dan aman, rasanya tetap tak molek si gadis berjalan seorang diri kan?

    moga Allah rahmati ustazah di bulan ramadhan ini... ameen..
    terima kasih atas ilmunya..

    ReplyDelete
  4. saya lebih tertarik dengan penjelasan drpd kelompok 4. tambahan pula fatwa hati saya selalu membenarkan untuk berjalan tanpa mahram jika tiada yang ingin menemani. kerana saya yakin jalan yang saya lalui itu aman dan perjalanan itu didorong atas tjuan yang baik. jika berpegang kuat dengan Allah, pasti Allah melindungi. setakat ini kebergantungan saya yg tinggi kpd Allah benar2 membuatkan saya lebih selamat walaupun tiada mahram di sisi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diantara Hadis Nabi saw. dengan pendapat Ibnu Taimiyah itu, yang mana satukah pegangan yang patut dituruti? Sedarlah bahawa pendapat pendeta-pendeta kristianlah yang telah menukar maksud isi kitab Injil menjadi Bible yang amat jelas terpesongnya.

      Delete
  5. Assalammualaikumwarahmatullah. Terima kasih ustazah atas penjelasan yang sangat indah ini. Alhamdulillah.

    Rasa nak menangis, betapa indahnya islam(fikrah pertengahan) yang sentiasa memberikan ruang untuk penganutnya mengamalkan ajaran islam tanpa perlu rasa serba salah. ianya praktikal dan mudah.

    Saya melihat kondisi saya sendiri yang lahir dari keluarga yang kurang berada. seandainya saya ingin bermusafir ke semenanjung contohnya, tentu ianya memerlukan perbelanjaan yang lebih jika bersama mahram.

    Ustazah, saya sayangkan ustazah. Fikrah pertengahan yang ustazah ketengahkan membuatkan saya semakin berlapang dada dengan ajaran islam kita. semoga Allah membalas kebaikan ustazah sekeluarga dengan syurga. Amin Ya Allah.

    Ustazah, doakan saya dan seluruh umat islam akan sentiasa berlapang dada dalam urusan agama.

    Salam sayang,
    Zarina

    ReplyDelete
  6. Saya yakin juga, jika kita menjaga Allah, Allah akan menjaga kita.

    Zarina.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum ustazah..

    syukran...sy dah lama tercari2 hukum ni...alhamdulillah pagi ni jumpa kt blog ustazah...syukran sgt..jzkk.

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas sharing ustazah:)

    ReplyDelete
  9. assalamu'alaykum,
    Alhamdulillah... syukron kastsiron atas ilmunya, ustadzah.....
    smoga bermnfaat . fi dunya wal akhiroh.
    amiin, ya Robbal a'lamiin.
    ^__^

    ReplyDelete
  10. Pencerahan yg melegakan hati.terutama bg petugas seperti guru yg tpisah jauh dr kluarga kerana tugas.bila balik kg,memang sorang2 tnpa mahram.lg2 yg bertugas d pedalaman sperti sy,3jam kereta pacuan 4 roda utk ke airport n 2x penerbangan tnpa mahram...

    ReplyDelete
  11. Terima kasih.
    Saya adalah antara wanita yang terpaksa bermusafir ke seluruh dunia atas tuntutan tugas, seorang diri. kadang-kala berkumpulan, tetapi hanya saya sahaja wanita di dalam kumpulan tersebut. ada ketika melompat dari satu negara ke negara yang lain beberapa minggu lamanya... ada ketika juga perlu transit di 3 negara dalam penerbangan 40 jam, untuk ke destinasi mesyuarat.

    Alhamdulillah Allah telah menempatkan saya di pejabat yang baru, yang saya kira kurang keperluan bermusafir sendiri, meninggalkan suami dan 3 anak kecil dalam tempoh yang lama. Alhamdulillah, pregnant anak ke-4 pula sekarang.

    InsyaAllah, kalau kita tahu perkara itu tidak baik dan selalu berdoa supaya dijauhkan, Allah akan makbulkan. Walaupun peluang tersebut bukan mudah diperoleh oleh orang lain dan ramai yang menyatakan saya antara orang yang 'bertuah', namun, lebih banyak buruk dari baik sebenarnya. Saya bersyukur dikurniakan iman yang menemani dan membantu saya membuat percaturan apabila diuji dengan pelbagai ujian dari jantina yang berbeza, persekitaran dan makanan.

    ReplyDelete
  12. salam, ustazah.
    apakah pendapat ustazah tentang penggunaan mushrif? saya kini sdg belajar di mesir, dan di sini, kami perlu guna khidmat mushrif bila keluar pd waktu malam. apakah penjelasan tentang perkara ini?
    terima kasih ustazah. Jzkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt. bagi saya, ia sesuatu yang baik jika yakin mushrif itu tsiqah.

      Delete
  13. assalammu'alaikum w.b.t ustazah,
    saya merupakan pelajar perubatan di luar negara, saya dan rakan-rakan berhajat untuk menghabiskan masa cuti akan datang dengan menunaikan umrah. Apa pendapat ustazah tentang masalah ini? Jikalau kami bergerak secara berkumpulan, yakni dalam kumpulan yang besar, kami masih memerlukan mahram untuk ke tanah suci?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt.
      Jika merujuk pendapat di atas, berbahagialah dengan kelonggaran yang ada. Islam datang untuk memudahkan urusan ummatnya.:)

      Delete
  14. Bissmillahirahmannirahim..
    Sesungguhnya kita lebih yakin, dan percaya atas keselamatan jika sudah ada ikatan suami isteri untuk bermusafir.. Lagi mudah dan bahagia.. (^_^)

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum
    Alhamdulillah,, terima kasih ustazah atas pencerahan..
    sy juga kerap bermusafir seorang diri, atas tujuan kerja (tanggungjawab lillhi Taala)..
    sungguh hanya meletakkan kebergantungan serta tawakkal semata kepada ALLAH yg Esa bilamana keadaan mendesak utk sy pergi seorang diri..
    insyaallah...

    (zulfa ahmad)

    ReplyDelete
  16. Saya amat berharap agar ustazah dapat memberikan teks hadis dan dalil yang menyatakan bahawa Umar memberi izin kepada para isteri Nabi menunaikan ibadah haji. serta dalil-dali yang menunjukkan Ijma' sahabat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah hampir 4 tahun pertanyaan ini dikemukakan, tobat lahom ustazah ini akan dapat menemui jawapannya...sebabnya memang langsung tiada dalil yang sahih dan semua pandangan diberi itu hanya berpandukan logik akalnya semata-mata. Kalau ada dalil yang anda minta itu, sudah tentu lama dulu lagi ustazah ini telahpun memberikan jawapannya.

      Delete
  17. salam ustazah, bagaimana karya2 fiqh kontemporari boleh berperanan dalam konteks pengukuhan mazhab syafie di malaysia?mohon penjelasan

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum ustazah, saya mempunyai cita cita yang tinggi untuk mengembara dan meneroka dunia disamping meneroka ilmu di setiap sisi dunia.sebagai usaha saya untuk mengembara saya mantapkan ilmu-ilmu agama, ilmu2 akademik (dan bahasa),ilmu mempertahankan diri. saya cuba meminimumkan sebanyak mungkin kemungkinan untuk berlaku perkara2 diluarkan jangkaan pada saya. tapi segala usaha saya,saya kembalikan kepada ALLAH.(ALLAH adalah sebaik-baik perancang).sampai ke hari nie, saya ada bermusafir ke beberapa negeri, berkumpulan dan ad yg bersendirian.tapi saya mendapat kritikan yg hebat dari pelbagai pihak bila saya bergerak sendiri. insyaALLAH dalam masa terdekat saya ingin bermusafir lg. tapi saya ingin bergerak sendiri.agak sukar untuk mengumpulkan sekumpulan untuk merancang dan bergerak bersama.saya mohon pandangan ustazah. terima kasih ustazah

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, jumpa jugak jawapan utk persoalan ni ^.^
    Parents saya jenis yg suruh saya berdikari, Jadi dari sekolah rendah lagi saya dah biasa ke mana-mana seorang diri naik pengangkutan awam.
    Bila terbaca hukum tentang perempuan tak boleh travel tanpa mahram tu, Rasa serba-salah jugak. Sebab parents yang memang suruh saya pandai bawa diri.
    Tapi sekarang dah yakin. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  20. Terima kasih ustazah... Rasa lega lpas bc entry ni.. Sy teringin nak travel sorg2.. Sy nak cari ibrah setiap incii dunia ni.. Sblom ni sy slalu travel dgn kawn2 n family.. Tp ape yg sy dpt mmg ukhwah kami semakin rapat cuma ruang utk muhasabah diri n menghayati sedalam2nya tentang keindahan ciptaan Allah tidak meresap ke dalam jiwa.. Mungkin kalu travel sorg2 ibrah yg kita dpt akn kuat n resap dlm jiwa kite sbb kita ad masa untuk merenung , melihat, mentafsir dan muhasabah diri sedalam2nya dan pasti air mata ini akan jatuh

    ReplyDelete
  21. terima kasih ustazah atas penerangan :)

    ReplyDelete
  22. Apa pandangan tentang bermusafir dengan bukan mahram??

    ReplyDelete
  23. Adapun kelonggaran bagi perempuan yang bermusafir tanpa ditemani suami atau mahram, hadis Nabi s.a.w. yang berkenaan itu amat khusus dan terpeinci hanya untuk mengerjakan ibadah haji sahaja, itupun dengan syarat dalam keadaan aman. Selain daripada bermusafir untuk mengerjakan Rukun Islam yang kelima itu, tiada sebarang hadis pun apatah lagi ayat quran yang memberikan kelonggaran untuk perempuan bermusafir tanpa disertai suami atau mahram untuk melancong, belajar, bekerja, berniaga, menghadiri mesyuarat, perubatan dan lain-lain lagi KECUALI dalam keadaan darurat. Dari beberapa contoh diberikan itu, adalah amat jelas melancong contohnya bukan dalam kategori mengerjakan haji mahupun darurat. Apa-apa sahaja perkara yang melibatkan hukum agama tidak boleh diambil mudah. Jika Nabi sendiri dengan amat jelas dalam hadisnya menegah perempuan bermusafir tanpa ditemani oleh mahramnya (terkecuali untuk mengerjakan haji dalam keadaan aman yang ada hadisnya), apakah sandaran kita untuk menghalalkan perkara yang ditegah oleh Nabi s.a.w. itu? Walaupun terdapat sebahagian ulama yang menggunapakai membolehkan perempuan bermusafir ke mana sahaja tanpa ditemani mahram, tetapi harus ditekankan bahawa pandangan ulama tidak boleh mengatasi atau membatalkan atau meminda hadis Nabi s.a.w.

    ReplyDelete