Jangan penjarakan apa yang Allah bebaskan! - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Jangan penjarakan apa yang Allah bebaskan!






KEBEBASAN WANITA PADA ZAMAN RISALAH, ABDUL HALIM ABU SYUQQAH.

Hati sangat dekat dengannya. Semakin ‘dibaca’ semakin besar rasa percaya.
Percaya bahawa tiada agama yang lebih membela umatnya kecuali Islam.
Percaya bahawa Allah SWT paling memahami jiwa hamba-Nya.
Percaya bahawa syariat-Nya bukan beban tapi satu keperluan.

Terima-kasih buat ulama yang bernama Abdul Halim Abu Syuqqah yang telah mengarang kitab berkenaan isu-isu wanita kontemporari. Bagi saya, kitab ini adalah kitab karangan manusia terhebat pada zaman mutakhir ini berkaitan wanita.

Bahkan, pengerusi ulama sedunia, Prof Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi sendiri memuji kitab ini. Beliau juga memberi kata pengantar hebat untuk kitab ini. Pengantar itu luar biasa manfaatnya. Sangat membuka mata. 
Antaranya:
1.       Syeikh al-Qaradhawi berkata, “ Mereka memikulkan ke atas pundak wanita beban penderitaan yang telah dan akan dialami umat manusia sejak Adam diciptakan sehingga tibanya kiamat nanti. Menurut keyakinan mereka wanitalah yang telah merayu Adam agar makan buah, sehingga Adam dan anak cucunya dikeluarkan dari syurga. Di dalam al-Quran, begitu juga dalam Taurat tidak ditemukan nas yang mengatakan bahawa wanita harus bertanggung jawab terhadap kesalahan yang dilakukan oleh Adam. Bahkan Adamlah penanggung jawab utama, sementara wanita hanya pengikut.”

2.       “Ada beberapa pemikiran keliru mengenai wanita menyusup ke dalam benak sekelompok umat Islam sehingga mereka sentiasa memiliki persepsi negatif terhadap watak dan peranan wanita.” Apa dia persepsi itu? Kenalah baca buku ni.

3.       Betapa berlebihannya mereka menindas hak-hak wanita. Mereka mengutip hadis-hadis sahih, tetapi tidak meletakkan pada tempatnya.  Mereka sering gunakan hadis yang menggambarkan wanita sebagai makhluk kurang akal dan agama, serta hadis berkaitan isteri sujud kepada suami.

4.       Al-Qaradhawi juga mengkritik hadis kononnya Rasul bertanya Fatimah, “Apakah yang paling baik bagi wanita?” Fatimah berkata, “Bila wanita tidak melihat lelaki dan lelakipun tidak melihat kepadanya.” Hadis ini terlalu lemah bahkan palsu dan berdusta ke atas Rasul. Banyak lagi hadis-hadis mungkar yang dikomentarinya.

5.       Penulis buku ini semakin serius menangani masalah ini kerana melihat sikap berlebihan dari sekelompok umat Islam dan sebahagian para dae dalam mengenali kaum wanita. Hal-hal ini menyebabkan kaum lelaki dan wanita semakin jauh dari tuntutan Islam.

Imam al-Ghazali juga turut memberi pengantarnya terhadap buku ini. Beliau menghargai buku ini sehingga berkata, "Saya berharap buku yang membahas masalah wanita sudah muncul beberapa abad yang silam. Sebab kaum muslimin sudah jauh menyimpang dari tuntutan agama dalam memperlakukan kaum wanita. Di tengah-tengah umat Islam telah beredar riwayat-riwayat dan hadis-hadis palsu atau mendekati maudhu' yang menghantar wanita ke alam kebodohan."

Astargfirullah! Masih banyak ilmu-ilmu sahih yang belum kita timba berkenaan diri kita sendiri. Padahal ianya amat damai lagi mendamaikan. Mampu menyeruakkan rasa bahagia yang tidak terhingga. 

Betapa kita melalaikan ilmu. Andai kita rasa Islam mendiskriminasikan wanita, Allah yang zalim kepada kita atau kita yang menzalimi diri sendiri? Kitalah yang zalim sebab kurang mendalami ilmu yang Dia mahu kita fahami.

Wahai wanita muslimah,
Sudah sampai masanya kita muliakan diri dengan IMAN dan ILMU. Kenapa perlu bertangguh lagi? Begitu juga buat para lelaki sejati sekalian yang dicelikkan mata hatinya untuk meletakkan wanita kena pada tempatnya.  Tambahkanlah ilmu.

Buku KEBEBASAN WANITA PADA ZAMAN RISALAH ini amat wajar dimiliki oleh semua dan diwariskan kepada generasi kita.  Boleh dapatkannya di pasaran. Ada 6 jilid yang semuanya best-best. Jika tak mampu baca semua, baca bab-bab yang dekat dengan realiti kita dulu. Contohnya berkenaan pakaian dan perhiasan wanita, wanita di alam rumah tangga dan keterlibatan wanita dalam tanggung jawab sosial.

Boleh juga mendapatkannya daripada saya. 6 jilid dengan harga cuma RM240 termasuk postage.
Cara Pembelian:

Semudah 1,2,3.
1.Baca Bismillah.

2.Bank in duit. Bank Islam Dr. Farhan Hadi: 03072020837548 atau Maybank: 162553052244

3.Sms atau e-mail nama, alamat serta maklumat pembayaran dalam slip ke: 0132671003/ fs_loveislam@yahoo.com.
Jangan penjarakan apa yang Allah bebaskan! Reviewed by Fatimah Syarha on 21:02:00 Rating: 5 KEBEBASAN WANITA PADA ZAMAN RISALAH, ABDUL HALIM ABU SYUQQAH. Hati sangat dekat d...

16 comments:

  1. Salam ustazah, apakah yang dimaksudkan dgn mencegah kemungkaran melalui hati sekiranya tidak mampu(selemah-lemah iman).
    (Berdasarkan soalan)bagaimana cara terbaik saya nak menasihati ahli keluarga terdekat supaya kembali semula kejalan yang benar supaya dia melakukan ibadah solat(ibadat yg paling malas dilakukannya).
    (Berdasarkan soalan ke-2)Adakah benar kita tidak perlu taat kepadanya(ahli keluarga/suami) sekiranya dia tidak patuh dan taat kpd Allah(selain ibubapa).
    Minta sangat ustazah huraikan dgn lebar kerana saya dlm dilema dan trauma...

    ReplyDelete
  2. salam hormat.
    ubahlah kemungkaran ikut kemampuan kita. hati yang benci pada kemungkaran itu petanda hati itu masih ada 'iman'.

    Dakwah keluarga kenalah kreatif. Antaranya:
    1) Beli vcd player dan pasang vcd-cd berkenaan lagu solat.
    2) Meriahkan rumah dengan ajar anak2 kecil solat berjemaah dengan kita dulu.

    Jangan lupa dakwah juga perlukan doa yang bersungguh2. bangun malam. minta sungguh2 dari-Nya.

    ReplyDelete
  3. kitab ni bahasa Arab ke Ustazah?

    ReplyDelete
  4. wah tak sabar mahu beli!.. insyaAllah saya akan beli. mahu juga baca apa pandangan sebenar Islam. akhir-akhir ni saya selalu touching seorang2, bila dengar ceramah kat youtube ustaz yang suka merendahkan perempuan dalam lawaknya.. tapi saya kena lapangkan dada, mungkin ustaz tersebut bermaksudkan lain.. insyaAllah saya akan beli nanti. terima kasih atas pencerahan ustazah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi dia 'tidak tahu'. menjadi tanggung jawab kita untuk menyebarkan ilmu yang sahih mengenai 'wanita'....jom tambah ilmu segera!

      Delete
  5. Ustazah, kalau kita memisahkan angota bdn drpd badan.. contohnya, kuku dan rambut dan yg sewaktu dengannya, adakah kita perlu menanam ia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada hukum yang mewajibkannya. Jika nak tanam, terpulang. Nak letak dalam tong sampahpun sudah memadai. Cuma, jangan selerakkan merata-rata di kawasan rumah kita kerana jika ada orang yang dengki dengan kita, dia suka gunakan benda2 ni untuk tujuan sihir.

      Delete
  6. saya berminat nak baca buku ini..tetapi ianya versi arab ye ustazah..hrmm..macammana saya nak fhm,kalau bahasa arab,saya tak mahir sangat ustazah dalam bahasa arab ini..buku ini tidak diterbitkan ke bahasa melayu ye ustazah..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. versi terjemahan ni. versi terjemahan tak sebagus versi arab sebab kadang kala banyak perkataan yang diterjemahkan itu kurang tepat dengan maksud sebenar. tapi, alhamdulillah, still boleh faham. cuma, jika ada yang keliru kena rujuk orang yang berautoriti.

      Delete
  7. Assalamualaikum ustazah, saya nak beli novel Seindah Mawar Berduri tapi x boleh bank in RM33 dalam Maybank. Macam mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt. boleh bank in nilai yang boleh bank ni. nyatakan dalam sms. kami akan pulangkan baki. insyallah.

      Delete
    2. Alhamdulillah. Terima kasih ustazah. :D

      Delete
  8. Assalamualaikum kak..Nak tanya, ada lg x kitab ni?

    ReplyDelete
  9. Salam ustazah.
    Kalau ikut contoh buku ni yg saya terjumpa online, bahasa yg digunakan adalah bahasa Indonesia. Adakah buku yg ustazah jual ni juga sama? Terima kasih.

    Sumber: teditrikoni.files.wordpress.com/2009/05/kebebasan-wanita-jilid-1.pdf

    ReplyDelete