Wanitapun Ada Tugas Kepada Masyarakat - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Wanitapun Ada Tugas Kepada Masyarakat




Berikut adalah poin hasil kajian ABDUL HALIM ABU SYUQQAH, dalam bukunya yang terkenal seantero dunia pada hari ini, KEBEBASAN WANITA PADA ZAMAN RISALAH. Diberi kredit oleh Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Imam Ghazali.

Setiap satu poin ini mempunyai huraian hujah al-Quran dan as-Sunnah yang sahih. Jika ingin mengkaji lanjut, boleh dapatkan buku ini segera di pasaran. Kini ada dalam versi terjemahan.

Penglibatan Wanita dalam Bidang Sosial

1.       Sudah jelas bahawa menetap di rumah dan memakai hijab (tabir) merupakan kekhususan untuk isteri-isteri Nabi SAW sebagai mana juga telah jelas bahawa sebahagian sahabat wanita (shahabiah) tidak mengikuti perbuatan isteri-isteri  Rasulullah SAW tersebut.

2.       Wanita turut serta dalam kehidupan sosial dan sering kali bertemu dengan kaum lelaki dalam semua aspek kehidupan, baik yang bersifat umum mahupun khusus, sebagai memenuhi tuntutan dan keperluan hidup yang serius dan untuk memberi kemudahan kepada semua orang beriman, baik lelaki mahupun perempuan.

3.       Penglibatan ini tiada syarat selain beberapa tuntutan dan aturan yang mulia dari sifatnya memelihara, bukan menghalang.

4.       Wanita terlibat dalam bidang sosial, politik dan kerjaya sesuai dengan keadaan serta keperluan hidup pada zaman Rasulullah SAW.

Dalam bidang sosial misalnya, wanita muslimah terlibat dalam beberapa bidang seperti kebudayaan, pendidikan, kegiatan sosial dan hiburan yang sihat.

Dalam bidang politik pula, wanita muslimah memiliki keyakinan (prinsip) yang berbeza dengan keyakinan masyarakat dan pihak penguasa. Wanita menghadapi tekanan dan seksaan, kemudian mereka berhijrah untuk membela dan menyelamatkan keyakinannya itu.

Di samping itu wanita muslimah mempunyai perhatian dan keprihatinan terhadap urusan masyarakat umum. Mengemukakan pendapat dalam pelbagai isu politik. Ada kalanya, bersikap penentang dalam bidang politik.

Sementara dalam bidang kerjaya, wanita sejak zaman Rasul turut terlibat dalam bidang pertanian, penternakan, kraftangan, pentadbiran, perawatan, kedoktoran, kebersihan dan pembantu rumah. Kegiatan itu membantu wanita mewujudkan dua hal:

Pertama: Mewujudkan kehidupan yang baik bagi diri dan keluarganya setelah kematian suami, lemah atau miskin.

Kedua: Mencapai kehidupan  yang lebih mulia  dan terhormat kerana dengan hasil usahanya itu dia mampu bersedekah di jalan Allah.

Memandangkan keadaan sosial pada zaman ini yang semakin serius, ia menuntut kepada peningkatan  penglibatan wanita dalam bidang sosial, politik dan kerjaya. Maka, kaedah-kaedah dan aturan-aturan yang telah digariskan syariat perlu menjadi pengatur keadaan tersebut hingga akhir zaman.
Di antara natijah dari penglibatan mereka dalam kehidupan sosial tersebut ialah timbulnya kesedaran wanita, cara berfikir yang semakin matang dan kemampuan wanita melaksanakan pelbagai kegiatan yang bermanfaat.
Wanitapun Ada Tugas Kepada Masyarakat Reviewed by Fatimah Syarha on 13:37:00 Rating: 5 Berikut adalah poin hasil kajian ABDUL HALIM ABU SYUQQAH, dalam bukunya yang terkenal seantero dunia pada hari ini, KEBEBASAN WANITA PADA...

2 comments:

  1. saya setuju dengan artikel usatazah. kehidupan wanita kini sangat mencabar. sebagai wanita yang berkerjaya saya rasa banyak perkara saya perlu fikirkan, di samping menjaga adab ketika berurusan dengan manusia dan masa untuk Allah. kadang-kala, isu sekeliling membuatkan saya belajar daripada pemerhatian. saya mengambil langkah dengan kurangkan bercakap, tetapi lebihkan berfikir secara matang supaya perkara yang baik dijadikan panduan, yang buruk diketepikan. semoga dengan cara itu saya berada di landasan yang betul. wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum ustazah..saya setuju sangat dengan artikel ni.. pentingnya wanita mempunyai kerjaya sendiri..bukan sahaja untuk wanita yang jadi balu bahkan bagi wanita yang diceraikan suami...sekiranya kematian ataupun diceraikan suami sekurang-kurangnya wanita mampu berdiri di atas kaki sendiri dan tidak perlu membebebankan sesiapa..lebih-lebih lagi sekiranya wanita tersebut mempunyai anak yang ramai,andai tidak mempunyai sebarang kemahiran dalam sesuatu pekerjaan bagaimanakah hendak menyara anak-anaknya nanti...

      Delete