Bolehkah wanita keluar rumah? - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Bolehkah wanita keluar rumah?



Wanita kesayangan ummah ini disegani kawan dan lawan kerana kepakarannya tahap 'international'.

Seorang khatib ternama berkhutbah, "Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya untuk masa lalu ketika kaum wanita tidak keluar kecuali tiga kali: Dari perut ibunya ke alam dunia, dari rumah orang tuanya ke rumah suaminya, dan dari rumah suaminya ke liang kubur."

Saya tidak pasti 'masa' mana yang dimaksudkan oleh khatib ini. Yang pasti, ini bukan masa kegemilangan wanita g

enerasi awal.

Imam Ghazali, seorang ulama terkemuka Mesir pada era ini marah besar tatkala mendengar kenyataan ini. Beliau berkata,

"Semoga Allah tidak memberkati 'masa' tersebut dan semoga masa seperti itu tidak berulang lagi dalam sejarah umat Islam. Sebab yang demikian itu adalah masa kejahilan, bukan masa Islam. Masa tersebut merupakan era kemenangan bagi tradisi yang zalim, bukan kelanjutan daripada jalan yang lurus.
Ketersisihan umat Islam ke dalam kelompok Dunia Ketiga dalam bidang ilmu pengetahuan, pendidikan, dan produktiviti, sebahagian besar, adalah diakibatkan oleh tradisi yang keliru tersebut."

Jom, tambah ilmu tentang kedudukan WANITA dalam Islam. Recommended: Rujuk buku KEBEBASAN WANITA PADA ZAMAN RISALAH, karangan Abdul Halim Abu Syuqqah.
Bolehkah wanita keluar rumah? Reviewed by Fatimah Syarha on 17:56:00 Rating: 5 Wanita kesayangan ummah ini disegani kawan dan lawan kerana kepakarannya tahap 'internatio...

7 comments:

  1. Saya harap satu hari nanti saya akn dpt membeli dan memiliki buku semcam ini..agar sy lebih memahami kedudukan dan keistimewaan wanita dlm islam...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Apa maksud fitnah? Fitnah bukan maksudnya jahat sampai tak boleh keluar rumah. Fitnah maksudnya 'ujian'. Al-Quran menyebut harta dan anak-anak juga suatu fitnah. Bukan sebab harta dan anak-anak itu jahat. Di tempat lain, Allah menyebutnya sebagai kebaikan. Begitu juga terhadap wanita. Ia bergantung kepada cara kita menjaga diri, harta dan anak-anak. Rujuk artikel saya: Fitnah wanita: Adakah wanita itu jahat?

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam,kak ha.sememangnya saya amat bersetuju segala hujah kak ha yang penuh pengisian dan secara tidak langsung,dapat memberikan saya ilmu pengetahuan yang tidak mungkin saya dapati di luar sana.Informasi berguna ini insyaALLAH akan saya sampaikan kepada wanita2 di luar sana .

    ReplyDelete
  6. Benarkah ustazah tidak sempurna menutup aurat jika tidak melabuhkan tudungnya menutupi dada?

    p/s: Bila ustazah nak terbitkan buku mengenai salah faham isu WANITA merangkumi isu purdah, fitnah, kemasyarakatan, dakwah, paparan gambar di laman sosial, aurat wanita dan sebagainya.

    Tak sabar menunggunya~

    ReplyDelete