Pasangan Curang, Boleh Dielak? - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Pasangan Curang, Boleh Dielak?



Mudah-mudahan iman ada dalam jiwa kita semua agar kita bahagia...


Bezakan Mana Islam, Mana Silap Tafsiran

Seorang isteri mengadu suaminya banyak menggunakan dalil-dalil agama untuk menghalalkan kecurangannya .
“Dalam al-Quran, Allah suruh lelaki kahwin 4. Nak kahwin mestilah kena ‘couple’ dulu. Kenal-kenal dulu,” hujah suaminya.
Dia juga mencaci maki isterinya dengan label nusyuz, penentang hukum Allah dan menyeterika perasaan isterinya dengan ancaman neraka.
“Kalau kamu adu ke pejabat agama atau mahkamah syariah, kamu tak akan cium bau syurga. Perempuan ramai di neraka sebab tidak taat kepada suaminya. Faham!” Ayat pedih ini dihumban ke telinga isterinya hampir setiap hari.
Saya tidak dapat membayangkan beratnya bebanan perasaan yang ditanggung oleh si isteri. Agamanya terfitnah tika itu kerana dia keliru membezakan mana Islam dan mana sikap umat Islam. Allah memberi amanah berat kepada seorang suami untuk mendidik isterinya merasai indahnya Islam. Ironinya, banyak sikap dan akhlak suami yang membuatkan isterinya yang kurang ilmu makin jauh dari agama kerana tersilap menyangka Islam yang menganiaya.
Di Malaysia, kita bertuah apabila kes cerai-rujuk, poligami dan nusyuz mesti diadili di mahkamah. Mahkamah berperanan sebagai badan berautoriti yang boleh mendengar suara semua pihak dan memberi keadilan dalam kes mereka. Enakmen kekeluargaan di Malaysia memperakui aduan isteri untuk mengelakkan sebarang kezaliman dan ketidak adilan daripada berlaku. Ia selari dengan satu prinsip hadis sahih, la dharar wala dhirar (Tiada kemudaratan dan tidak boleh  membalas kemudaratan).

Kita Buat, Kita Dapat

Punca-punca kecurangan boleh dielak sejak belum bernikah. Tidak hairanlah Islam sangat mementingkan aspek pemilihan pasangan. Pesan Nabi, pilihlah yang beragama kamu akan beruntung.
Jika kita tidak mahu mendapat pasangan yang curang, jangan curangkan hubungan kita dengan Allah melalui perbuatan menghampiri zina. Tiada nikmatnya maksiat. Hanya memberi azab setiap hari bahkan juga di kemudian hari.
Analoginya, jika kita tidak mahu terkena penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi ketika di usia tua, kita perlu menjaga pemakanan dan berdoa ketika di usia muda. Inilah kebijaksanaan mencegah sebelum merawat.

Musibah Diundang atau Tidak Diundang

Apa sahaja musibah yang tidak kita sukai, Islam mengajar kita berdoa dan berusaha mencegahnya. Bukan berdiam diri dan mengharap kosong di atas angin begitu sahaja.
Jika Allah takdirkan sesuatu musibah terjadi ke atas diri kita, ia akan terjadi juga. Usah peningkan kepala. Kecilkan risikonya.
Tunjukkan kepada Allah SWT bahawa kita telah mencurahkan doa dan usaha dalam kudrat seorang hamba yang serba terbatas..
Musibah itu ada dua jenis. Ada yang datang ‘diundang’ dan ada yang datang ‘tidak diundang.’
Jika musibah tetap terjadi meskipun kita sudahpun mengambil langkah pencegahan dan langkah berhati-hati, ianya suatu musibah ‘tidak diundang’. Sudah tentu rahmatnya besar di sisi Allah. Keadaan ini lebih baik daripada gagal membuat jangkaan dan mencegah datangnya musibah, kerana risiko berlakunya musibah pada bila-bila masa jauh lebih besar. Rasa tidak tenang lebih kerap hadir.
Sebelum bernikah, kita sepatutnya sudah bijak membaca kriteria pasangan yang berpotensi untuk curang setelah bernikah. Selalunya dia seorang yang:
Gatal.
Suka mengurat.
Berkawan dengan ramai pasangan tanpa urusan.
Selalu SMS dan call pada perkara yang tidak penting.
Selalu bergurau hendak bernikah ramai.
Asyik chatting dan facebook dengan pasangan bukan mahram tanpa urusan.
Jika kita sendiri memilih pasangan yang berpotensi untuk tidak setia, kemudian, apabila kita menjadi suami atau isterinya, dia bermain kayu tiga, maka kita sendirilah yang sebenarnya mengundang masalah itu.
Bukankah telah saya nyatakan bahawa Allah SWT sudahpun memberitahu kita, banyak sekali musibah dalam hidup ini bersumber daripada perbuatan kita sendiri? Kita yang mengundangnya. 

Minimumkan Musibah

Langkah pencegahan dan membuat jangkaan bukanlah bertujuan untuk hidup tanpa masalah. Mana ada hidup tanpa masalah? Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meminumkan musibah dan masalah, terutamanya akibat sikap dan kesalahan kita sendiri.
Ramai pasangan boleh terima apapun kekurangan suami atau isterinya. Dia sanggup berada di sisi pasangan walau apapun terjadi kepadanya. Tidak kira pasangannya jatuh miskin, sakit teruk, dimusuhi, dibebani hutang, difitnah atau apa sahaja berlaku ke atasnya, dia terus setia.
Cuma satu, ramai suami atau isteri lebih sanggup kehilangan pasangannya jika dia mempunyai kekasih yang lain. Sebelum masalah besar ini timbul dan kesannya berlarut-larut dalam seluruh baki usia, kita mesti berhati-hati melangkah.
Jika ia berlaku kerana lalainya kita membuat jangkaan yang tepat ketika dalam tempoh pemilihan, maka yang bersalah adalah diri kita sendiri. Bukan orang lain.
Cinta lebih rasional jika ada syarat yang munasabah. Bincangkan ia sejak di fasa pertunangan untuk mengecilkan risiko keruntuhan rumah tangga pada masa depan. Mahukan cinta tanpa syarat? Okey tapi realistiklah! Lihatlah, cinta Allah mempunyai syarat selagi kita tidak syirik kepada-Nya. Cinta dalam pernikahan juga wajar mempunyai syarat ta’liq agar melindungi pasangan daripada risiko penganiayaan.
Betapa ramai pasangan yang suka mengubat sebelum mencegah. Apabila pasangannya terbukti bermain kayu tiga, barulah dia mula mencari penyelesaian. Mereka pejamkan sahaja mata ketika masalah memberi ‘petanda awal’ untuk datang. Usaha mengubat jauh lebih sakit dan pedih daripada usaha mencegah. Mahu yang mana?
Pasangan Curang, Boleh Dielak? Reviewed by Fatimah Syarha on 17:47:00 Rating: 5 Mudah-mudahan iman ada dalam jiwa kita semua agar kita bahagia... Bezakan Mana Islam,...

28 comments:

  1. Assalamualaikum~

    MasyaALLAH setiap kali membaca tulisan Ukhti Fatimah Syarha Menguatkan lagi Hati ini.. Alhamdulillah~

    Terima Kasih Ukhti Fatimah Syarha~ Love u fillah ukhti :)

    Syukur ya ALLAH~
    Moga diri ini terus kuat untuk menyuburkan lagi Cinta ALLAH dalam hati ini~

    ReplyDelete
  2. Salam Alayk Kak Ha.

    Topik yang menarik. Terutama bagi pasangan yang baru menempuh fasa pertunangan. Kerna di sinilah titik awal untuk menilai siapa pasangan kita. Adakah dia berpotensi untuk curang, mahupun sebaliknya. Pemilihan pasangan, samada bakal suami/isteri mestilah berlandaskan agama, kita boleh berbincang pandangan mereka tentang poligami. Bakal isteri boleh menilai bakal suaminya dari jawapan yang diberi, dan dari orang terdekatnya, rakan-rakan terutamanya..bagaimana life pasangan kita. Berbincang tentang keinginan dan harapan dalam sebuah rumahtangga itu perlu, jika ada matlamat yang tak seiring dengan kita, atau kurang disenangi...tanyalah pada hati, adakah dia pasangan yang tepat. Jgn dikemudian hari,penyesalan yang datang tidak berpenghujung. Kadang-kadang, ada pasangan yang 'berlakon' di fasa pertunangan, hanya kebaikan saja yang ditonjolkan, oleh itu..wanita kena bijak untuk melihat kebenaran disebalik topeng itu. Wallahuaklam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh x nyatakan soalan2 yg perlu di tny pada pd bakal suami?

      Delete
  3. Assalammualaikum,,ilmu+akal+iman insyaallah seseorang itu akan terselamat dan terhindar daripada melakukan perkar yang tidak baik..lentur nafsu dengan Al Quran..

    ReplyDelete
  4. Wallahi. Saya sangat sayang akak Fatimah Syarha. Sungguh.

    ReplyDelete
  5. salam..Terima kasih kak fatimah atas prkongsian...

    saya nak tanya, apa hukumnya lelaki bergaul dan berchat /comment di FB dengan perempuan bukan mahram yang umurnya jauh lebih muda atau tua (dua-dua dah baligh), dengan alasan mudah berkomunikasi dan akan lebih dapat banyak ilmu.

    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt. jika isunya bermanfaat dan dibuat dalam adab dan akhlak yang tinggi, bagi akak, ia suatu 'urusan' yang boleh dihormati.

      jika asyik gurau senda, cakap lucah, nampak sangat nak mengurat dan menggatal...ini yang menjadikan pergaulan tidak bermaruah.

      ya Allah, ampunilah kami...

      Delete
    2. okay, insyaAllah. terima kasih atas penjelasan akak.. :)

      Delete
  6. yup, perkara ni perlu juga, walaupun bernikah dgn org2 berfikrah... sebab perempuan zaman skrg, cukup mengugah iman.. Org berfikrah pun akan curang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kita balik jumpa Allah, Allah akan mempertanggungjawabkan diri kita dengan dosa kita sendiri, meskipun kita suka menyalahkan orang lain...

      Delete
  7. terima kasih kak fatimah..atas perkongsian ini..berguna untuk orang yang bakal bernikah seperti saya..

    ReplyDelete
  8. sebelum ni saya cuma membaca dan blum pernah tgal kan komen, sekarang saya komen, terus kan berdakwah ustazah :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...terima kasih pn. fatimah ,suatu nasihat serta peringatan ikhlas kepada suami /isteri yang menyayangi kebahgiaan keluarga mereka...jgn leka dgn keindahan yang palsu...akan meruntuhkan kebahgiaan dlm berumahtangga...Astaghfirullah hal azzim...

    ReplyDelete
  10. Semoga ALLAH memberkati usaha ustazah dalam berdakwah..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum.. semoga Allah memberkati setiap tulisan ustazah..

    tetiba ana terfikir berkaitan dengan peminuman dan pemakanan Nabi S.A.W selepas membaca ayat ini .."Analoginya, jika kita tidak mahu terkena penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi ketika di usia tua, kita perlu menjaga pemakanan dan berdoa ketika di usia muda. Inilah kebijaksanaan mencegah sebelum merawat."..

    ana nak bertnya ustazah ttg minuman harian Nabi S.A.W ketika di madinah. Nabi minum air apa ye? kalau di mekah air zam-zam kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt.
      Jika dikaji lebih mendalam tentang perubatan Islam atau disebut Tib Nabawi, apa-apa saja yang bermanfaat dan berkhasiat tinggi itu memang Allah ciptakan untuk kita. Kata Nabi, kamu lebih tahu urusan dunia kamu. Begitu juga firman Allah, Kami mudahkan bagimu apa yang ada di langit dan di bumi.

      Maka, luaskan istilah perubatan Islam. Apa-apa minuman bermanfaat seperti air zam-zam, air sarang burung layang-layang, jus buah-buahan tempatan, air spirulina dan sebagainya baik untuk kita kerana ada scientific evidence yang menunjukkan ianya baik.

      Delete
  12. betul tu ustazah,, terima kasih =)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum... terima kasih ustazah kerana selalu menulis artikel yang penuh nasihat . Sejak membaca novel dan artikel ustazah, banyak yang saya perolehi. Terima kasih ustazah kerana secara tidak langsung penulisan ustazah memberi makna yang mendalam untuk saya. Moga Allah meredhai dan mempermudahkan lagi jalan dakwah ustazah. Saya sayang sangat ustazah fillah dan saya harap dapat berjumpa dengan ustazah lagi.

    ReplyDelete
  14. salam sye tertarik dgn artikel ni..mnx share artikel ni ye...

    ReplyDelete
  15. slm..minta share

    ReplyDelete
  16. kadang2 mereka ni dah buta dan pekak akibat perkara yang mereka sengaja lakukan..
    kita puas nasihat bagi amaran kemungkinan yang akan berlaku, bagi artikel saiful islam pasal teori evolusi cinta pun Xjuga faham..
    tunggu dan lihat lah, tapi bukan untuk bertepuk dan bersorak, tapi untuk mengingatkan dia semula..

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum...b'syukur kepada Allah krana tlah mlapangkan dada saya utk kmbali ke jln Allah..stlah p'lbagai dgaan yg sy hrungi akhirnya sya mnemui jln kbnaran..dgn mngikuti cramah2 yg d'beri oleh ustazah yg sy dgr mlalui you tube dan jgk artikel2 ustzah sdikit sbnyk mberi prubahan pd dri sya..sbg seorg wnita yg b'prwatakan lmbut sy mlu krana bnyk mlanggar hkum2 Allah..subhanallah terima ksih d'atas pngajaran dan nasihat yg ustazah berikan...

    ReplyDelete
  18. ustazah saya nak tanya Allah sukakan hambanya yang menjauhkan diri dalam perbuatan zina kerana takutkan kemurkaan Allah atau yang setelah melakukan perbuatan tersebut kemudian taubat....

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum...ustazah,bolehkah seorang perempuan tu minat lelaki yang disukainya tetapi lelaki itu tidak menegtahuinya dan si wanita berniat untuk meberitahu si lelakidan untuk meminang lelaki,,,adakah si wanita perlu memberitahu dan berbincang dengan lelaki tersebut tau berjumpa ibubapanya????

    ReplyDelete