Tudung FS 2 - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Tudung FS 2


model 2


model 4





model 9

model 10



model 13

Keistimewaan:
1) Hard awning.
2) Awning tak mudah patah.

RM65 termasuk postage.
Tudung FS 2 Reviewed by Fatimah Syarha on 14:02:00 Rating: 5 model 2 model 4 model 9 model 10 model 13 Keistim...

18 comments:

  1. Salam. berapa harga ni kak ha? hard awning atau soft?

    ReplyDelete
  2. Kalau tak salah, tudung yang model 9 tu, ustazah pakai semasa bagi ceramah pesta buku di Kuantan Parade.

    ReplyDelete
  3. Assalam, err nak tanya tudung ney ustazah buat sendiri ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Tak. Ada pereka dan penjahitnya di Terengganu. Islam bukan Anti fesyen, Islam cuma anti dedah aurat dalam berfesyen. :)

      Delete
  4. sorry to say...ustazah mana prinsip ustazah dulu,ni nak galakkan org bertudung mcm ni ke?

    tudung ni melekat! sekali tgk pn dh nampak melekat!!
    asal tudung lycra, x kira la jenis denim ke apa!haram....!nampak dada walau labuh sampai kaki......

    dulu ustazah bukan main lagi kata, tudung kena labuh, kurg hiasan, bahkan labuh sampai punggung mcm akhawat thanawi sekolah taman islami.....bukan main lagi kata tudung labuh ni istimewa, samoai trlindung dr gangguan mat2 motor di malam yg kelam..... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya boleh pertimbangkan jika bagi saudari tudung berkain lembut tu agak melekat. Tapi pukul borong dengan cepat menghukumkannya HARAM macam tu bukanlah cara orang yang BELAJAR.

      Apa yang saudari faham tentang tudung labuh?
      Apa had tudung labuh dalam Islam sebenarnya?
      Saudari sudah mengkaji dalil?
      Islam agama yang teguh dengan PRINSIP (menutup aurat) dan fleksibel dalam perlaksanaan (Ikutlah nak pakai macam mana asalkan menutup aurat).

      Saudari sudah tengok gaya bertudung pejuang-pejuang wanita dunia yang sangat mengkaji syariat?
      Dr. Ilham Al-Qaradhawi misalnya...

      Delete
    2. Mungkin bagi saudari maksud TUDUNG LABUH itu hanyalah tudung bidang 60. Ulama mana sebut begini?

      Ketahuilah, jika kita BUAT SESUATU sebab nak jaga imej di MATA ORANG, ianya riyak.Meskipun benda tu baik.

      Jika kita tinggalkan sesuatu yang HARUS sebab nak jaga imej di mata orang, itu juga riyak.

      Kata Ibnul Taimiyah ketika menghurai maksud libas syuhrah (pakai baju sebab nak glemer), ia bukan merujuk pakaian yang indah saja sebab nak kan pujian. Bahkan merujuk kepada orang yang pakai baju suram lagi zuhud, tapi NIATNYA nak tunjuk kat orang, biar orang kata dia alim. Pokok pangkalnya Niat.

      Saya merujuk para ulama muktabar seperti al-Qaradhawi, beliau berpendapat warna-warni dalam berpakaian HARUS dalam islam mengikut uruf setempat.Islam tidak menetapkan fesyen pakaian dan warna khusus, kecuali sedikit syarat saja.

      Biarkan kita BEBAS memilih apa-apa saja yang masih dalam batasan HARUS kerana Allah, bebas daripada mencari-cari pandangan dan kepuasan manusia yang pelbagai.
      Luaskan ufuk minda. Jangan kita sempitkan.

      Delete
    3. Saya faham, jika kita bersandar ILMU yang kita dapat masa sekolah rendah dan menengah saja, minda kita jadi sempit dan tidak terbuka. Itu juga yang pernah saya alami dulu, terutamanya dalam isu-isu FIQH WANITA.

      Dan inilah asas yang saya pegang ketika menghuraikan beberapa isu wanita dalam buku SEINDAH MAWAR BERDURI dan TAUTAN HATI.

      Apabila belajar lebih mendalam pada akhir-akhir peringkat degree, saya didedahkan dengan perbandingan 4 mazhab yang utama. Mata lebih celik.

      Apabila belajar di peringkat MASTER pula, rupa-rupanya Islam mempunyai lebih 500 MAZHAB. Banyak yang hilang kerana tidak dibukukan oleh pelajarnya. Ada lebih 80 pandangan yang masih boleh dikaji.

      Saya banyak menemui keindahan huraian FIQH WANITA dalam buku para ulama kontemporari.

      Apapun yang kita lakukan, tunduklah pada kebenaran dalil. Bukan ikut-ikutan. Bukan dari fahaman sempit yang tak psti hujah ilmiahnya.

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. As Salam,

    sorry to say, memg tudung jenis ni kalo lagi labuh lagi melekap dan nampak jelas bhgn gunung depan. Ni dr pemerhatian saya sendiri sbb dah nampak byk kali terutama lycra.

    Blh pakai tudung instant yg labuh cam ni tapi kalo blh di tepi kirikanan tu ade scallop flowy so insyaAllah dpt cover yg mana patut. Kalo plain terus jatuh memg insyaAllah melekap wpun size XL.

    Wallahualam.
    Nuha Apparels

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt. cadangan sangat dihargai. jazakillah.

      Delete
  7. assalamualaikum ustazah..

    betul ape yg Nuha MIH btaw... tudung diatas mmg melekat.. tngok dr modelnya pun tudung nie melekat.. mohon sangat ustazah ambil tindakan untuk delete pic model diatas.. kalau sy jd model,saya akan rasa malu ustazah... sesama kita mnjaga antara satu sama lain.:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. saya pertimbangkan beberapa gambar yang dirasakan agak melekap untuk didelete. Tapi bagi kain tebal dan fesyen line di atas bagi saya okey dan tiada masalah.

      Jika saudari ada pandangan berbeza, terpulang. Raikan perbezaan pandangan.

      Delete
  8. Terima-kasih atas pandangan semua.

    Tudung ni ada dua jenis kain. Kain tebal dan kain lembut. Kain tebal tidak melekap.

    Kain lembut agak melekap. Pereka fesyennya sudah cuba menjadikannya ada 'line' di tengah agar menutup bentuk dada. Jika ia masih 'melekap' di mata majoriti, saya akan minta pereka fesyennya lebih kreatif menyesuaikannya.

    Ia tetap sesuai dipakai dengan jubah agak tebal seperti manto Arab.

    Jika dikaji ayat Khimar, had labuh tudung sebenarnya hanya menutup belahan leher baju. asalkan jubahnya tebal.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum adik fatimah...
    Akak meminati adik fatimah melalui gaya penulisan yang banyak telah mentarbiyah akak....Jesteru itu akak terdorong untuk mengenali adik dengan lebih dekat dengan mencari ceramah2 adik dlm you tube...MasyaAllah....sungguh! orangnya sehebat penulisannya....Boleh dikatakan saban malam akak mendengar setiap ceramah adik di youtube...Adakalanya akak boleh hafal setiap hujah yang adik sampaikan pada setiap sesi ceramah di youtube itu...SubhanaAllah....adik memang insan yang hebat...Tak cukup dengan itu, setiap hari akak berzam dan memasang satu nekad untuk berubah...cuma akak kena sentiasa mengingatkan hati akak sendiri sesungguhnya segala perubahan yang akak lakukan adalah kerana Allah!....Setiap buku adik akak cuba miliki...mungkin bagi orang lain akak sudah terlambat...tetapi akak tak mahu melepaskan peluang yang Allah dah beri pada akak....Saban hari...setiap masa dan setiap ketika....hujah2 adik akak gunakan dalam menyampaikan ilmu pada anak didik akak ...( akak seorang guru matematik )akak amat terkesan dengan penampilan adik yang bertudung labuh...tetapi ada sedikit rasa mcm 'takbest' bila akak menatap fhoto adik yang cover anis tu.... Bukan akak tak suka....Tapi akak lebih suka dan terasa satu keindahan dan kehebatan yang jauh lebih hebat bila adik mengenakan tudung labuh yang selalu adik pakai....Demi Allah dik......air muka adik bila memakai tudung labuh yang biasa itu lebih mentarbiyahkan sesiapa sahaja memandangnya...Terasa bagai satu keindahan ketenangan yang terpancar...Seolah2 akak terlihat syurga akan menanti kita yang begitu...SubhanaAllah...sungguh....sejak dari itu akak tekadkan hati kuatkan semangat dan berazam untuk mengejar cinta Allah...Apapun akak tahu pakailah mcm mana pun janji aurat ditutup dengan sempurna....Terima kasih atas tarbiyah yang adik berikan melalui buku dan juga personaliti adik...hinggakan dahulunya akak memakai tudung owning tetapi kini telah menukar kepada tudung labuh...kerana Allah...

    ReplyDelete
  10. Sebelum majalah anis bulan tu keluar adik fatimah syarha dan mention dlm fb nya..supaya tidak menjadi fitnah bhw beliau 'sudah bertudung sebegitu'..kak sgt Setuju dgn adik bhw segalanya Bergantung kpd niat hatta muslimah Yg berpurdah pun kalau dlm hatinya ada rasa riak bahawa dirinya muslimah terbaik dlm beragama dgn purdahnya..kak rasa ada sesuatu yg tidak kena walaupun fizikalnya dia muslimah yg taat beragama..means kita wajib memiliki ilmu sebelum kita mengamalkannya..nak berpurdah wajar ada ilmu tentang Purdah..begitu juga dlm konteks aurat dsbnya..melalui pemerhatian kak..kalau kita pakai jubah tebal..memang tak nampak segala bentuk..kak cukup yakin muslimah bertaqwa sntsa memastikan pakaian yg disarungnya adalah Pakaian terbaik di sisi Allah dan suaminya..

    ReplyDelete
  11. SALAM. UKHTI FATIMAH SHARHA. TERUSKAN PERJUANGAN DI JALAN ALLAH. JANGAN PERNAH BERHENTI KERANA MEREKA YANG BERGELAR MANUSIA :)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...

    Innamal a'mal lubinniat - setiap perbuatan (amal) dimulai dengan niat.
    InsyaAllah, niat kerana Allah. Takut kepada Allah bukan takut kepada makhlukNya.

    Semoga Ustazah Fatimah Syarha dipermudahkan urusan dunia dan akhirat ~
    Senyum ~

    ReplyDelete