Bolehkah wanita bersolek di wajahnya? - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Bolehkah wanita bersolek di wajahnya?



Bedak, celak dan pelembap bibir menampakkan wajah Dr. Ilham al-Qaradhawi lebih segar. Dalam batasan harus. Islam itu indah sukakan keindahan.


Banyak pendapat. Biasalah tu. Kalau tak banyak pendapat, kita tak sebut ia Feqah. Apa yang bukan khilaf, ia disebut Syariah.

Kata Abdul Halim Abu Syuqqah, dalam bukunya Tahrirul Mara'h fi asri arrisalah, berhias pada wajah dalam batasan wajar adalah HARUS bagi wanita. Lagipun, memang fitrah wanita suka berhias....dalam batas.

Dalilnya banyak. Antaranya ia

lah, dalam satu hadis sahih Bukhari Muslim, ada sahabiah bernama Subaiah binti al-Harits. Dia ditinggalkan suami. Bila nifasnya berakhir (habis iddah), dia bersolek untuk tarikan para peminangya. Seorang lelaki bernama Abu Sanabil bin Ba'kak datang kepadanya lalu bertanya, "Aku lihat kamu bersolek, kamu nak nikah lagi ke?" (Dalam Riwayat Bukhari kitab Talaq). (Dalam riwayat Bukhari Kitab Peperangan pula disebut), lalu Abu Sanabil meminangnya. Tapi Subaiah enggan berkahwin dengannya."

Jika ada pihak tak mengizinkan wanita bersolek sedikitpun, ia seakan-akan mahu mengongkong wanita berada dalam tempoh iddah sepanjang usianya. Luaskan ufuk minda dengan apa yang Islam longgarkan. Boleh beli bedak, krim pelindung matahari, celak, pelembap bibir dan seumpamanya.

Bila solekan wanita keterlaluan, ada ulama menegur. Kata Al-Qaradhawi, "Saya tidak memuji wanita yang meletakkan terlalu banyak warna pada wajahnya."
Bolehkah wanita bersolek di wajahnya? Reviewed by Fatimah Syarha on 12:58:00 Rating: 5 Bedak, celak dan pelembap bibir menampakkan wajah Dr. Ilham al-Qaradhawi lebih segar. Dalam ...

20 comments:

  1. (^_^) syukran ukhti atas perkongsian. barakallahu fiq

    ReplyDelete
  2. shukran ustazah =) 'berhias dalam batas'..

    ReplyDelete
  3. Amat berhikmah sekali teguran Syeikh Yusuf al-Qaradhawi. =)

    ReplyDelete
  4. Bagi naz, wanita dan kecantikan tidak dpt dipisahkan. Islam juga sukakan keindahan bukan? Tetapi..jgnlah keterlaluan, sehingga timbulkan fitnah manusia. Less is more. Biarlah kita sbg wanita berhias sekadarnya, agar wajah kelihatan segar dan tidak pucat, bagaikan hilang serinya..nanti dikatakan seperti wajah orang sakit pula. Apapun, simple itu lebih baik..wallahuaklam.

    ReplyDelete
  5. sila ambil pendapat ulama lain juga.

    wallahu'alam~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat yang paling bertepatan dengan dalil menjadi pilihan saya. Penjelasan ringkas begini menepati sasaran dakwah ialah masyarakat umum yang tak larat nak baca penjelasan panjang-panjang. jika saudara/saudari ada pendapat berlawanan, boleh kemukakan. kita raikan. yang penting, kita tenang dengan pendapat kita dan kita hormat pendapat orang lain. Tiada paksaan dalam perkara yang Allah benarkan kita berbeza. smile:)

      Delete
  6. Assalamualaikum w.b.t ukhti. Terima Kasih di atas perkongsian di atas. Mohon Bertanya. Mungkin pertanyaan ini tak bertepatan dengan tajuk. Mohon yaa. Apakah hukum bersalaman bagi pelajar terhadap guru lain jantina dan bukan seagama? Dan soalan yang kedua, adakah istilah Muhrim dan Mahram sama? Harap akak dapat menerangkannya, InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Orang Islam elok elakkan diri daripada bersalaman dengan lelaki asing tak kira apa jua agamanya.Ada perbahasan yang panjang juga pasal ni.

      2. Muhrim ialah orang yang sedang dalam ihram. Mahram ialah ayah, abang, adik lelaki, pak sedara lelaki dan anak sedara lelaki yang ada kekerabatan dengan kita.

      Delete
  7. Kalau guru perempuan tetapi bukan seagama? Ana asif kerana banyak bertanya :/

    ReplyDelete
  8. Ramai yg anggap atau faham syariah tu undang undang syariah. Syariah adalah syariat. Boleh Ustazah huraikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syariah ibarat bahan mentah seperti daging, beras dan gandum. Ia sesuai untuk setiap budaya, zaman dan masa. Ia dari Allah dan tiada campur tangan akal manusia sedikitpun.

      manakala feqah ibarat CARA kita memasak bahan mentah tersebut. Orang Malaysia boleh jadi masak Nasi Ayam, Orang Arab suka masak Nasi Arab dan Orang Eropah boleh jadi buat Chicken Chop.

      Begitulah Cara para ulama' memahami dan mengadun dalil-dalil al-Quran dan al-sunnah. Ikut kefahaman, budaya, tempat dan zaman. Ia ada campur tangan akal manusia. Berbeza-beza. Allah benarkan kita berbeza dalam soal ini.

      Undang-undang syariah ialah apa-apa saja hukum-hakam feqah yang telah dienakmenkan menjadi undang-undang.

      Delete
  9. Assalamualaikum Ustazah. Saya ada baca respon Ustazah di komen Siti Hajar. Ustazah ada mengatakan bahawa Orang Islam elok elakkan diri daripada bersalaman dengan lelaki asing. Boleh saya bertanya, bagaimanakah cara untuk elakkan diri daripada bersalaman dengan lelaki asing, tetapi, dalam masa yang sama, tidak mengguris hati lelaki tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah berpengalaman berada di bumi asing utk beberapa tahun, dan situasi yg disebut ni tidak asing dlm hidup saya.

      Caranya mudah shj (yang selalu saya amalkan) - bila dah nampak macam lelaki tu nak datang dan salam (kita boleh agak, bila sampai di tempat baru atau berkenalan pertama kali dsb), cepat2 kita curtsy/cakap hi dulu/letak tangan di dada (pilih mana yang sesuai) dan SENYUM dan cakap lah "i'm sorry i dont shake hands with men for religious reason. i didnt mean to be mean " senyum lagi.
      90% of the time mereka akan teekejut tapi faham je.

      Tapi kalau rase situasi tu secara spontan dan mungkin akan memalukan lelaki tu (di hadapan khalayak yang semua tengah perhati) ; huhu ada occasion saya salam jugaklah, bearing in mind ada pendapat ulamak mengatakan harus, semoga Allah mengampuni saya.

      Delete
    2. Biasanya saya akan menundukkan sedikit kepala macam cara Jepun bila tangan dihulur. Alhamdulillah, kebanyakannya orang boleh faham.

      Namun, yang menjadi masalahnya jika orang yang hulur tangan itu tidak faham tentang larangan agama kita atau buat-buat tak nak faham

      Delete
  10. Assalamualaikum ustazah

    Sekadar bertanya beberapa soalan : Maaf kalau terlebih, harap bersabar =)

    1. Ada pendapat orang sekeliling saya bahawa tudung mesti labuh ke paras pelipat siku, kalau terangkat ke atas sikit dikira x tutup aurat. Berasas atau tak?
    2. Hukum kasut tumit tinggi sebagai haram? pendapat ulamak yang mana
    3. Hukum wanita menjadi model tudung labuh, dianggap menjaja wajah dan kecantikan? Sedih juga kerana memang ada lelaki yang komen di gambar "dah jatuh cinta dengan wanita solehah ini"


    ReplyDelete
  11. tercapaikah impian anda? kini idaman anda bukan lagi impian
    hanya di MARDI Station CH

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...terlerai sudah kemusykilan saya pasal ni...

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum ustazah.ada suatu hari tu, ustazah ade datang ke uitm shah alam memberikan talk ttg 'aku fashionista'..Ustazah ade bwak satu buku yg mpunyai cover yg berwarna kuning x silap saya..buku yg memuatkan buah fikiran yusuf al-qaradhawi, tentang panduan wanita dalam berhias..boleh saye tahu ape tajuk buku tu?

    ReplyDelete
  14. Рекомендую: найти проститутку в Одессе
    Мужчины любят, мужчины одобряют! За мою индивидуальность :-) Все формы натуральные! Идеальная фигура! Красивая грудь, стройные ножки! Всегда с хорошим настроением :-) Приглашаю в гости страстного мужчину для воплощения самых смелых сексуальных фантазий!!! Обещаю, скучно и обыденн Умные люди любят всё, носящее на себе печать ума, как сладкоежки любят сладости, а кокетки – лесть.

    ReplyDelete