KENAPA MENEMPAH MUSIBAH SEBELUM NIKAH? - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

KENAPA MENEMPAH MUSIBAH SEBELUM NIKAH?

Saling percaya, dan saling memiliki 'sakinah', anugerah amat mahal dalam kehidupan suami isteri. Jika kau sedang menikmatinya, jangan lupa mensyukuri Allah, kemudian pasanganmu. Everyday.

Salah Suami atau Salah Ilahi?
Sms seorang ibu muda mencuit rasa hati saya untuk berkongsi.
“Ustazah, suami saya bercinta balik dengan bekas kekasih lama dia. Saya terkontang-kanting jaga anak dua orang. Badan masih lemah sebab baru lepas keguguran. Suami saya pula berseronok asyik keluar ‘dating’ dengan perempuan tu. Ustazah, kenapa Allah buat begini kepada saya? Kenapa Allah kejam? Kenapa Islam benarkan suami berseronok-seronok tapi membiarkan isteri dalam derita?”
Astargfirullah! Suaminya curang tapi kepada Allah dan Islam pula dilontarkan kesalahan. Saya mesti membela Allah dan Islam di hatinya. Hanya Allah yang memiliki ubat terhadap segala kesedihan. Jika kita rasa Allah kejam, bukan Allah yang kejam tetapi kita yang belum kenal baiknya Allah SWT. Jika kita rasa Islam tidak adil, bukan Islam yang tidak adil tapi kita yang belum menambah ilmu terhadap keadilan Islam dan kesyumulan undang-undangnya.
Saya cuba masuk ke dalam ‘kasut’ ibu muda ini. Kondisinya yang baru lepas keguguran menyebabkan jiwanya terganggu dan perasaannya kecamuk. Kasihan dia. Saya tunjukkan empati sebelum memberi solusi. Saya tadahkan telinga mendengar jeritan batinnya. Dia berulang-ulang mempersoalkan keadilan Allah dan menyalahkan takdir. Saya bertanya,
“Dulu sebelum nikah, saudari selalu keluar ‘dating’ dengannya?”
“Err, ya. Ber’couple’ sakan,” jawabnya lambat-lambat.
Allah Mahu Kita Bahagia
Saya nampak puncanya. Tak mengapa. Hal yang silam itu untuk dimuhasabah bagi mengcungkil ibrah (pengajaran). Ia bukan untuk dirintih-rintihkan. Saya mesti membantunya memanfaatkan potensi hari ini untuk ‘mengubat’.
Allah sudah memberitahu kita awal-awal di dalam al-Quran,
Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (daripada kesalahan-kesalahanmu). (Surah al-Syura: 30).
 Betul! Kebanyakan musibah yang menimpa diri kita adalah kerana diri kita sendiri yang menempahnya. Allah tidak membenarkan kita ‘menghampiri zina’ sebelum bernikah termasuklah ber’couple’ tapi ramai orang yang melanggarnya.  Islam memperkenalkan cara yang jauh lebih bermaruah dan layak dihormati tapi kita tidak mahu memilihnya. (Insya-Allah kita bincangkan dalam artikel seterusnya).
Apabila sudah bernikah, mereka mendapat pasangan yang suka ber’couple’ dengan orang lain pula. Oleh sebab itulah, jika kita mengikut petunjuk  Allah sejak awal, potensi untuk bahagia lebih besar. Allah bukan sengaja hendak susah-susahkan kita apabila Dia bagi peraturan. Bahkan, Dia mahukan yang terbaik untuk kita.  Firman Allah SWT,
“Allah mahukan kesenangan bagimu. Allah tidak mahukan kesusahan bagimu.”
KENAPA MENEMPAH MUSIBAH SEBELUM NIKAH? Reviewed by Fatimah Syarha on 14:31:00 Rating: 5 Saling percaya, dan saling memiliki 'sakinah', anugerah amat mahal dalam kehidupan suami isteri. Jika kau sedang menikmatinya, j...

30 comments:

  1. Terima kasih ustazah.. sbb bagi penerangan mcm ni. sbb solusi ni boleh relate dgn pkara lain. walaupon sy tak berumah tgga lgi.
    tapi solusi ni boleh mengelakkan diri sy utk berkapel2. :)

    ReplyDelete
  2. assalamuaalikum,,ustazah,entry yang sungguh ringkas tapi padat.:)..syukran!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusla nana da baca kt sini.... kite same2 elak nana okeh!! hamasahhhh!!!! =D =D

      Delete
  3. Assalamualaikum ustazah. Syukran jiddan atas peringatan ini. Betul, solusi ini boleh dikaitkan dengan hal-hal berkenaan rumah tangga kelak. InshaAllah akan terkesan pada semua pembaca.

    ReplyDelete
  4. Salam ustazah.
    Terima kasih di atas peringatan ini.
    Insyaallah akan terus di upgrade iman ini :D

    ReplyDelete
  5. Salam alayk..

    Satu pengisian yang cukup mendalam bagi membuka minda dan mata spt insan bernama manusia. Kepada wanita tersebut, naz harapkan dia tabah dan tidak putus berdoa kepada Allah. Tetapi, silap dia menundingkan jari kepada yang tidak sepatutnya, sedangkan tnpa sedar...4 jari lagi menunding ke arah dirinya sendiri. Naz faham, didalam kondisinya sedemikian, memang akan menyalahkan semua..menyalahkan takdir, kenapa begitu dan begini. Baik kita tenangkan hati, kaji di mana silap dan di mana punca sebenar, kemudia muhasabah diri dari menunding jari. InsyaAllah, setiap masalah ada penyelesaiannya..wallahuaklam.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..ustazah sy suka tngok vid ceramah ustazah kat youtube..memang sngat terkesan dihati..sy dh baca buku pemilik cintaku & cinta high class. Best!Kagumnya dengan ustazah.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh... intan pn da bekunjung dulu.... ilmu yg sgt berguna kn intan... yaAllah, mohon keampunan Mu diatas kesilapan lepas :(

      Delete
  7. Salamua'laik. syukran ustz atas perkongsian.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum...entry ustazah ini menambahkan lagi keyakinan saya utk tahan nafsu dan godaan dari elakkan diri terlibat utk kapel. ;)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum....syukran jazilan ustazah..sangat bermakna pengisian daripada ustazah untuk diaplikasikan dalam kehidupan....

    ReplyDelete
  10. ustazah kalau yang berpengetahuan Agama, tahu halal dan haram, berpakaian labuh tapi still bercouple macam mana ye?

    ReplyDelete
  11. salam ustazah..apa pendapat ustazah sekiranya dalam usaha membina masjid, si lelaki dan siperempuan ditemukan untuk sesi taa'ruf . Jadinya sekiranya lelaki ingin mengajak wanita tadi bertemu namun ditemani keluarga bersama kakak dan abang iparnya bagaimana?

    ReplyDelete
  12. Terima kasih, ustazah atas perkongsian yg mantap ini. Ini adalah satu peringatan buat saya dan kawan2 yg lain supaya jgn menghampiri zina @ bercouple. InsyaAllah, ada yg terbaik yg Allah telah sediakan untuk kita.. :)

    ReplyDelete
  13. terima kasih ustazah atas penerangan in,,akan dijadikan panduan,,Alhamdulillah ,,,berjaya menepis ajakan cinta dari seorang rakan,,,kerana teringat akan janji Allah,,jika kita melepaskan yg haram Allah akn gantikan dengan yg halal ,,,tp sekrang tetap bermujahadah utk melawan perasaan memadangkan dia rakan sekelas saya

    ReplyDelete
  14. pengajaran baik tuk saya. terima kasih ustazah:)

    ReplyDelete
  15. teruja menanti kupasan seterusnya..artikel ini membantu saya dan sahabat dalam usaha membincangkan topik jodoh dan perkahwinan untuk final semester nanti :) terima kasih ustazah ...

    ReplyDelete
  16. Ustazah, nak tanya, sekiranya kita suka seorang perempuan ni, tetapi kita rahsiakan dan tak bagitau dia sementara menunggu kita lebih bersedia...lepas tu tiba-tiba dapat tahu yang si perempuan ini sudah bertunang dengan orang lain.

    bolehkah kita beritahu dia yang kita masih sukakan dia? supaya dia boleh membuat pilihan.

    trima kasih ustazah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini termasuk meminang atas pinangan orang lain. Cuba elakkan. Jika adik sudi, akak ada ramai calon yang boleh dicadangkan. email saja biodata dan ciri-ciri idaman ke fs_loveislam@yahoo.com.

      Delete
    2. maksud ustazah 'cuba elakkan' tu adakah iainya tetap jatuh haram?

      macam mana kalau sudah beritahu dia dan tunangnya terbuka untuk memberi ruang kepada si wanita ini untuk membuat pilihan.

      mohon maaf sebab byk tanye soalan ustazah. dan mohon ustazah dapat beri jawapan. terima kasih.

      Delete
  17. salam ustazah yg di kasihi Allah..saya berminat dgn sorang hamba ALLAh (seorg jejaka)api sebagai seorg hawa saya malu untuk menyatakan hasrat saya..pada mulanya saya tdk berminat tetapi setelah sy perhati dr jauh kelakuannya..bertanya pada kwn..dia seorg hamba yang baik akhlaknya..soleh orgnya..tapi hari ini saya dpt tahu dia sudah ada yg berkenan dalam hatinya tapi bukan saya..adakah patut saya luahkan isi hati saya padanya atau pada pihaknya..>maybe ni soalan yg tidak patut di tanya pada ustaza, tapi saya ingin mendgr pendapat ustazah..>..syukran ustazah..:-)..mohon ustzh bg pendpt..

    ReplyDelete
  18. Saya jatuh hati terhapad seorang ibu tunggal yg selalu mengadu tentang anaknya kepada saya. Saya terpanggil untuk membantunya. Kami selalu bertelefon dan bersms. Isteri saya tidak setuju untuk bermadu. Seleoas itu, kami sekalu telefon dan sms. Saya sedar akan maksit itu. Tetapi gagal mengawalnya.. Akhirnya kami kahwin di thailand dgn persetujuan keluarganya. Sebb kahwin di thailad, jika di sini, tentu tak lulus, pendapatan saya kecil, keluarga yg ada ni pun isteri saya tanggung. Isteri ke 2 sanggup tak tuntut hak asal dpt kahwin. Adakah poligami saya ini menurut landasan Islam?.

    ReplyDelete
  19. ustazah,ni blog ana..
    http://cinntaremaja.blogspot.com/
    ape pendapat ustazah dgn crite..
    http://cinntaremaja.blogspot.com/2012/09/cinta-dalam-diam.html

    ReplyDelete
  20. aslmmualaikum ustazah. bgi pendapat sya puan itu mungkin minta pendapat puan ape yg harus die lakukan. die tidk berniat menyalahkan takdir. cume die merasekan ujian yg Allah berikan kepadenye kali ni amat berat tuk die hadapi.. maaf klu sya tersilap kata. wassalam

    ReplyDelete
  21. terima kasih ustazah. sangat berinformasi. semoga diberkati..

    ReplyDelete
  22. terima kasih ustazah. sayang ustazah ^^

    ReplyDelete
  23. Salam.. saya tak bisa berikan nama. Saya keliru, bukankah kita buat dosa pahala semua Allah juga takdirkan? Saya keliru, akidah pun goyah. Tolong fahamkan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon saudara/i dengar ceramah taubat dan doa Dr Asri di youtube. InsyaAllah ada pencerahan di situ.

      Delete
  24. Ustazah.. Sy nk kawin cpt sb nk jauhkn dr maksiat.. Sy dh brtunang bln 8 bru ni dan berhajat untuk kahwin bulan 11 tp keluarga sy menyuruh kami berkahwin bln 2 tahun dpn. Mmg cpt bg mereka tp lmbt bg kami.. Kami dh xnk berjumpa tanpa perhubunga yg hala.

    ReplyDelete