Muhammad bin Syihab Az-Zuhri Pencinta Hadis - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Muhammad bin Syihab Az-Zuhri Pencinta Hadis



Profil
·         Nama penuh Muhammad bin Muslim bin Abdullah.
·         Atau nama sebenarnya Muhammad bin Muslim bin Ubaydullah bin Shihab az-Zuhri.
·         Ahli hadis dan ahli fiqh.
·         Seorang tabi’in.
·         Tinggal di Ailah sebuah desa antara Hijaz dan Syam.
·         Membukukan banyak hadis.
·         Wafat pada tahun 123 hijrah.

Berguru dengan Pakar Berautoriti
Siapa tidak kenal seungkap nama unggul Ibnu Syihab az-Zuhri,di bumi Hijaz dan Syam? Para ulama di situ menjadikan dirinya pakar rujuk.
Dari bumi Madinah, beliau merantau ke Damsyiq, Syria. Ketika itu, Khalifah Abdul Malik memerintah.
Kecintaannya kepada hadis membawa dirinya tinggal selama lapan tahun bersama Sa’id bin Al-Musayyab di sebuah desa bernama Sya’bad di pinggir Syam. Sa’id bin Al-Musayyab itu pula merupakan pakar berautoriti dalam bidang hadis yang cukup terkenal di kalangan generasi tabi’in.
Sa’id bin Al-Musayyab lahir ketika pemerintahan Umar pada tahun 637 masihi. Beliau sempat meneguk didikan langsung daripada Umar, Uhtman dan Ali. Tidak hairanlah Syihab az-Zuhri cukup menyegani ketokohannya dalam bidang hadis.
Syihab az-Zuhri turut akrab dengan tokoh-tokoh terkemuka seperti Abdullah bin Tha'laba al-'Adawi, Urwah ibn Zubayr, 'Ubaydullah bin 'Abdullah bin 'Utba, Abu Bakr i 'Abdul-Rahman bin al-Harith, Kharija bin Zayd bin Thabit and 'Abdul-Rahman bin Yazid bin Jariya.

Menulis Hadis dan Kata-kata Sahabat
Beliau membukukan banyak hadis yang didengarinya dan dihimpun dalam koleksi. Berkata Shalih bin Kisan,  “Aku menuntut ilmu bersama az-Zuhri, dia berkata, ‘Mari kita tulis apa yang berasal dari Nabi shallallahu alaihi wassalam.’
 
Kecermatannya Terbukti dan Dikagumi
Al-Laits bin Sa’ad berkata: “Aku belum pernah melihat seorang alimpun yang lebih mantap dari pada az-Zuhri, kalau ia berbicara untuk memberi semangat, tidak ada yang lebih baik dari pada dia, bila dia berbicara tentang sunnah dan al-Qur’an pembicaraanya lengkap“.
Kekuatan hafazan dan kecermatan az-Zuhri dapat disemak oleh Hisyam bin Abdul Malik. Hisyam meminta az-Zuhri menulis apa yang diajarkan kepada beberapa orang anaknya. Az-Zuhri ternyata mampu mengajar dan menulis 400 hadis. Setelah keluar dari rumah Hisyam, beliau masih mampu menceritakan 400 hadis tersebut.
Sebulan lebih selepas itu, Hisyam bertemu lagi dengan az-Zuhri. Hisyam mengadu tentang catatannya yang hilang. Az-Zuhri mampu menulis lagi buatnya.
Kecermatan dan penguasaan hadis oleh az-Zuhri membuat Amr bin Dinar memuji, “Aku tidak melihat ada orang yang pengetahuannya terhadap hadis melebihi az-Zuhri.”

Sumbangan Besar
Az-Zuhri memang selalu berusaha keras untuk meriwayatkan hadis. Ada yang berkata bahwa az-Zuhri menghimpun sejumlah 1, 200 hadis, tetapi yang musnad hanya separuhnya.
Az-Zuhri meriwayatkan hadis bersumber daripada Abdullah bin Umar, Abdullah bin Ja’far, Sahal bin Sa’ad, Urwah bin az-Zubair, Atha’ bin Abi Rabah. Ia juga mempunyai riwayat-riwayat yang mursal dari Ubadah bin as-Shamit, Abu Hurairah, Rafi’ bin Khudaij, dan beberapa lainnya.
Imam al-Bukhari berpendapat bahawa sanad az-Zuhri yang paling sahih adalah az-Zuhri, dari Salim, dari ayahnya. Sedangkan Abu Bakar bin Abi Syaibah menyatakan bahawa sanadnya yang paling sahih adalah az-Zuhri, dari Ali bin Husain, dari bapaknya dari datuknya (Ali bin Abi Thalib)”.
Beliau wafat pada bulan Sya’ban, tahun 123 H. Ada yang mengatakan beliau wafat pada tahun 125 H.
Muhammad bin Syihab Az-Zuhri Pencinta Hadis Reviewed by Fatimah Syarha on 17:11:00 Rating: 5 Profil ·          Nama penuh Muhammad bin Muslim bin Abdullah. ·          Atau nama sebenarnya Muhammad bin Muslim bin Ubaydulla...

4 comments:

  1. Assalaamualaikum wbt,

    ana seronok bace sejarah islam, kerana mampu bagi motivasi..
    syukran jazilan akak atas perkongsiannya..

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum ka Ha, ini Sumayyah Arrifq (nama fb saya) yang pernah memberitahu ka Ha bahawa saya dan rakan akan ke KL awal Januari tahun depan, insyaALLAH. Tolong hubungi saya di emel ana_sumayyah@hotmail.com kerana hendak membuat temu janji dengan Ka Ha. dan juga agar senang dapat menghubungi Ka Ha tibanya kami Ke KL nanti..

    ReplyDelete
  3. Salam ustazah. apa hukum berangan2 dalam islam pada pendapat ustazah?

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum ustazah
    suka dengan sejarah islam
    ia adalah motivasi masa depan
    dengan membaca sejarah islam juga
    memberikan motivasi kepada saya
    dari seorang bed ridden alhamdulillah dapat ke on wheel chair
    inshaAllah

    ReplyDelete