Arus kemodenan - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Arus kemodenan













Wanita dan Gajet

Hadiah Istimewa
                Krekkk…
Terdengar bunyi roda-roda pagar bergeseran. Diikuti bunyi tayar menggilis bumi. Masuk ke perkarangan rumah. Saya cepat-cepat menyembur diri dengan perfume ekor kijang. Tersenyum di muka pintu.
                “Selamat hari lahir, sayang!” Ucap suami sambil menghulurkan sebungkus hadiah.  Wajahnya cerah. Saya terharu dengan kebaikan suami. Tak kira pada hari istimewa atau hari-hari biasa, ada-ada sahaja hadiahnya untuk keluarga. Ya Allah, ganjari ketulusan cintanya.
                “Gajet?! Alhamdulillah. Tq, cik abang sayang.”
                Saya pernah terfikir untuk membeli telefon bimbit pintar dan komputer tablet. Kata pakar-pakar gajet, belilah gajet berdasarkan aplikasi apa yang paling kita perlukan. Pilihan individu berbeza-beza dalam soal ini. Kebanyakan gajet yang saya jumpa menggunakan sistem sentuh skrin. Ia kurang praktikal untuk menaip karya. Jari-jemari saya mudah lenguh. Maka, saya tidak jadi membelinya.
Tidak terduga saya menerima sebuah tab yang memiliki sistem kombinasi antara sentuh skrin dan keyboard hari ini. Kecil. Comel. Praktikal. Senang dibawa. Senyuman saya melebar ke telinga. Roh yang serasi menyebabkan suami selalu memahami apa yang saya perlukan.
                “Moga sayang dapat berkarya lebih prolifik untuk ummat,” kata suami.
                Terima-kasih buatmu imam. Dia tidak sekadar memberi hadiah. Bahkan mendidik cara menggunakan hadiah itu. Akhlaknya membuatkan si penerima tidak terleka dengan hadiah. Bahkan semakin sayang kepada si pemberi hadiah. Inilah akhlak yang akan saya terapkan buat anak-anak saya nanti.

Katakan ‘Ya’ Pada Kemodenan
                Gajet oh gajet. Ada pelbagai gajet yang canggih-canggih hari ini. Antara gajet yang popular di Malaysia dewasa ini ialah Samsung Galaxy S2, Samsung Galaxy Tab, Blackberry Playbook, Ipad 2, Iphone 4, Nokia N9, Sony Vaio, PSP 2, Ipod Nano dan Nokia E66.
Gajet-gajet ini tidak salah. Kita yang suka menggunakannya secara salah. Jika ia dimanfaatkan untuk Islam, ia akan menjadi suatu alat menenun pahala. Pilihan di tangan masing-masing. Kita akan bertanggung jawab dengan pilihan itu.
                Gajet perkara harus. Seperti harusnya wanita membeli seluar legging, kebaya ketat, dan baju seksi. Jika dipakai untuk suami, tiada salahnya. Tapi jika dipakai di depan lelaki bukan mahram, hukum harus bertukar menjadi haram.
                Kata al-Qaradhawi, Ketua Ikatan Ulama Sedunia, “Katakan ya kepada ‘kemodenan’. Katakan ‘tidak’ kepada pembaratan.” Gajet meskipun kebanyakannya daripada Barat, ia sebahagian daripada kemodenan. Dekat dengan roh ‘kemudahan’ bagi ummat. Firman Allah SWT, “Allah mahukan kemudahan bagimu. Allah tidak mahukan kesusahan bagimu.” (Al-Baqarah: 185).

Ada Baik dan Buruk
Dengan adanya pelbagai gajet yang canggih, kita mudah keluar ke dunia tanpa sempadan. Berkomunikasi. Mencari maklumat. Menurut seorang professor, kehadiran teknologi terkini jika dimanfaatkan, ia boleh merealisasikan roh keadilan dalam Islam. Bukan orang besar-besar saja boleh bersuara. Bahkan individu juga berhak menyurakan pendapatnya dengan lebih luas. Suara golongan bawahan senang didengari dan diambil kira.
                Namun, jika penggunaan gajet itu disalahguna, hukum asalnya harus akan bertukar menjadi hukum yang lain. Contoh penyalahgunaan gajet ialah mencemarinya dengan nilai-nilai negatif kebaratan.  Mengambil kesempatan untuk bergaul bebas. Berkhalwat di alam maya. Menikmati lagu-lagu pembangkit syahwat. Menonton filem-filem porno. Bertukar-tukar benda lucah. Mengutuk. Menghina. Mengumpat. Memfitnah dan sebagainya.
                Kita perlu ‘tahu’ menilai mana manfaat dan mana mudarat. Mana pahala, mana maksiat. Tambahkan ilmu. Barulah kita ‘mahu’ memilih mana yang boleh menyelamatkan kita daripada seksa neraka. Bahkan menambahkan saham ke syurga.


Rujukan: gambar gajet
Arus kemodenan Reviewed by Fatimah Syarha on 11:18:00 Rating: 5 Wanita dan Gajet Hadiah Istimewa                 Krekkk… Terdengar bunyi roda-roda pagar bergeseran. Diikuti bunyi ta...

5 comments:

  1. Assalamu'alaikum, Ustazah.

    Nak tanya, apa tu perfume ekor kijang? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minyak wangi kasturi ke?
      Nak beli jugak.
      Tapi tak tahu minyak wangi kasturi brand apa yang asli.
      Ustazah guna brand apa? :)

      Delete
  2. Assalamualaikum Ustazah..
    waa..bru berangan2 nk gadget tu..Ustazah dapat dulu..Alhamdulillah..hehe.

    ReplyDelete
  3. Syukur, melalui gadget jugaklah kita saling ingat mengingati/nasihat menasihati ke jalan yg diredhai Allah. Jadikan gadget kita penuh barakah supaya long lasting. Yg tak barakah tu yg terhempas skit dah pecah berderai dll. wallahualam :)

    http://nuhaapparels.blogspot.com
    https://facebook.com/nuhaapparels.

    ReplyDelete