Duhai mata yang sedang menangis - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Duhai mata yang sedang menangis





Duhai mata yang sedang menangis,
Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apapun situasimu, air yang menggenangi kelopakmu dan mengalir di pipimu adalah anugerah Allah s.w.t. yang tak terhingga. Ia mampu membuang racun di mata dan di tubuhmu kemudiaan disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah pada-Nya kerana hingga saat ini matamu masih mampu menangis.

            Aduh!

            Sungguh hairan kumelihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan. Malah meanggapnya satu lambang ketidakmatangan. Sedangkan Allah s.w.t. merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya,
            “Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” (Al-Isra’: 109)
            “Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (Maryam: 58)

            Duhai mata yang sedang menangis,
Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya. Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsur-unsur berbahaya dijana oleh tubuhmu. Air mata secara semulajadi boleh membuangnya. Otakmu pula berkerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata. Bukan itu saja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa. Subhanallah, hebat sungguh penciptaan air mata!

            Duhai mata yang sedang menangis,
            Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan.  Samada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

Duhai mata yang sedang menangis,
Jika kau lelaki, kenapa perlu malu pada tangisan? Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam.  Apapun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.
Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. Tahukah dikau, penyayang-Nya Allah s.w.t padamu hingga Dia menciptakan kalenjar-kalenjar air matamu lebih besar daripada kalenjar-kalenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak daripada lelaki. Ianya antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.

Duhai mata yang sedang menangis,
            Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu.  Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk  melonjakan amal dan perubahan untuk hari esok. Tangisan kerana Allah s.w.t. ketika gembira atau derita adalah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup.  Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan kalam Yang Esa,
            “Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah.” (HR Ahmad dan an-Nasa’i).

Duhai mata yang sedang menangis Reviewed by Fatimah Syarha on 12:34:00 Rating: 5   Credit Duhai mata yang sedang menangis, Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin...

13 comments:

  1. subhanallah..indahnya sebuah tangisan..

    ReplyDelete
  2. Sangat indah...Allahurabbi..Kau maha mengampun :"(

    ReplyDelete
  3. salam alayk. sememangnya tangisan dapat melegakan, tangisan buat diri jadi kuat, bersemangat untuk terus hidup. walaupun kadang-kadang tewas dengan perasaan dan pertanyaan monolog dalam hati..diri akan kembali bangkit, dan husnuzon terhadap Allah SWT. Pasti satu hari nanti, akan ada sinar yang menyinari... pasti ada pelangi yang akan hadir, walaupun ianya hanya seketika. menangislah jika perlu, usah ditahan-tahan lagi.. kerna ianya akan melegakan :)

    ReplyDelete
  4. subhanallah..bru semalam menangis teruk...tp betul...selepas itu sy bangkit..mandi dan solat...tangisan dlm solat tu lebih terasa tenangnya selepas tu...alhamdulillah...satu motivasi utk saya pagi ni...

    =)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ustazah..minta izin agar ustazah dapat mberikan tips yg bgune dan mmbangkitkan smgt sy sbgai muslimah di entri yg lain...

    sy bru je 2bulan lebih "putus" dgn si dia...si dia nak brubh ke jln yg lbih baik...alhamdulillah,,si die dibukakan pintu hati untuk mnjauhi dan mmutuskan hubungan kmi yg salah tu....sy bsyukur sgt...tetapi....sy slalu dburu prasaan sedih dan gelisah sbb si die prnah mnyentuh sy....oleh sbbtu sy rase amat malu dan rasa buntu......apekah yg prlu sye buat ustazah????sy msih study...sy nak pjuangkan maruah sy smula...dan sy juga nak dia btggungjwb atas yg tlah tjadi...tp sy segan nak bgtau die....kmi dh xcontact,,,sye sntiasa mndekatkan diri dgn ALLAH,,,tp slalu rase diri ni rendah dan kotor sgt...trkadang tu rasa marah yang meluap-luap kat si die sbb tnggalkan sye..tp bila fikirkan balik,,,die tinggalkan sye kerana ALLAH....mohon bantuan ustazah......

    ReplyDelete
  6. saya sakitkan hati kawan saya. saya minta maaf kat dia. dia cakap dia ok,lepas tu dia layan saya macam stranger, untuk berminggu lamanya. bila kami duduk dalam group, ketawa bergembira, dan saya buat jenaka, kawan2 yg lain turut gelak, tetapi dia menunduk menayangkan muka masam. mid-year exam is around the corner tapi saya rasa distracted sangat dan depressed. tak boleh nak fokus langsung. apa yang perlu saya buat?

    ReplyDelete
  7. saya tak tahu knpa air mata ni mudah mengalir skrg,, ? dalam penghijrahan saya ke arah kebaikan..

    ReplyDelete
  8. dan ada org ckp sy ada masalah kerana cakap sikit air mata sy mesti nak kuar ;(

    ReplyDelete
  9. oindahnya sebuah tangisan smalam aq mnangis sampai skrg mc bengkak mta ne,apkh tangisan krena kecemburuan jga termsuk tangsan yg di ridhai,mngis krna cembru krna kberhsilan tman dan knpa bkn aq ja yg berhsl

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...aku bersyukur kepadaMu Ya Allah. Segala puja dan puji hanyalah milikMu. Terima kasih atas nikmat dan rasa sedar akan Engkau saat ini. Hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon perlindungan. Maka tunjukilah kami jalanMu yang lurus.
    Alhamdulillah....aku menerima keadaan saat ini dengan penuh rasa kesedaran kepadaMu. Kau ajarilah dan pimpinkan diriku setiap saat dan tika ini dan selepas ini. Engkaulah Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Yang Maha Penyayang Yang Maha Mengasihani serta Yang Maha Tahu.
    Aku serahkan segala urusanku saat ini kepadaMu.
    Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah..
    Terima kasih Ya Allah.

    ReplyDelete
  11. AllahuRabbi.. :')

    dalam tangisan itu,tersirat erti cinta..tanda pengabdian sebuah jiwa..kepada Sang Pencipta..sungguh,indah benar nilainya setitis air mata..subhanaLlah..

    ReplyDelete
  12. SubhanAllah setiap ciptaanNya, fitrah kejadianNya ada hikmah & maksudnya yg tersendiri.... ^_^

    ReplyDelete
  13. Banyak menyedarkan diri ini.. SubhanAllah..

    ReplyDelete