Kenali anakmu - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Kenali anakmu










Kenali Anakmu


Didiklah, Jangan Cepat Melabel


Fahami Fitrah Mereka Perlu Belajar
                Ada pelbagai macam keluhan ibu muda yang biasa kita dengari berkenaan telatah anaknya.
                “Kenapalah anak saya suka sepahkan rumah?”
                Bukan itu sahaja, ada pelbagai persepsi masyarakat sekeliling hingga mereka cepat melabel telatah anak orang lain. Baru sekali berjumpa, sudah pantas menghukum,
                “Anak  awak ni tak pandai berkawan. Maaf, saya tak suka anak saya nanti jadi sombong sepertinya.”
                Sikap-sikap sebegini adalah suatu sikap yang tidak meletakkan sesuatu kena pada tempat. Tidak membantu membaikkan keadaan. Mana ada kanak-kanak yang sejak lahirnya tahu semua perkara dalam dunia ini? Mereka tidak diciptakan dalam keadaan sudah tahu segala disiplin, adab sopan dan peraturan. Kata pakar psikologi, nurture is nature. Fitrah mereka perlu belajar.
                Sebab itulah mereka dipanggil bayi dan kanak-kanak. Mereka belum mengerti sebagaimana orang dewasa mengerti. Tidak adil kita paksa mereka perlu memahami sebagaimana ‘kita’ memahami sesuatu. Cuba kalau orang lain layan kita begitu. Sakit kan? Didiklah dengan lembut sabar apa yang mereka belum ketahui. Masa itu rawatan.


Seimbangkan Fokus Kita Pada Semua Aspek
Semakin kita memahami ‘fitrah’ perkembangan kanak-kanak, semakin besar potensi yang boleh kita lakukan untuk menyokong perkembangannya. Dalam merangsang perkembangan anak-anak, kita perlukan pendekatan yang menyeluruh. Holistik. Cara yang seimbang ini menjadikan perkembangan anak-anak lebih efektif berbanding kita fokus pada satu aspek sahaja.
Banyak aspek yang boleh kita gunakan untuk mengkategorikan perkembangan anak-anak. Aspek-aspek ini saling berinteraksi antara satu sama lain. Antara aspek-aspek itu ialah:
1)      Pergerakan
2)      Koordinasi Tangan-Mata.
3)      Bahasa.
4)      Pembelajaran.
5)      Perkembangan sosial dan emosional.


Jangan Melabel, Terus Menyokong
Ingatkah anda saat bayi anda dilahirkan kemudian dibersihkan. Setelah itu bayi diletakkan di dada

ibu untuk mendapat kebaikan susu ibu. Si kecil itu bertindak refleks menghisap puting. Mulutnya terbuka luas bagai bukaan mulut ikan. Cup! Cup! Cup! Gopoh bunyinya.
Susu yang disedut automatik ditelan. Pergerakan si comel sangat-sangat terbatas. Mata jernihnya ada yang terpejam. Ada yang merenung ke mata ibu. Ada yang berkelip-kelip. Ada yang tunduk ke bawah. Unik dan pelbagai. Dia tidak dapat mengangkat kepalanya sendiri. Perlu disokong.
Pada usia purata 13 bulan, bayi boleh berjalan sendiri dan pergi ke mana sahaja. Usah risau jika anda melihat bayi orang lain sudah berjalan seawall 7 bulan. Usah stress jika bayi anda yang berusia 13 bulan masih belum berjalan. Pencapaian setiap bayi dalam pergerakan berbeza-beza. Ada yang cepat. Ada yang lambat. Tugas kita, bagaimana membantu mereka? Tidak melabel dan terus menyokong.
“Anak aku ni keturunan lembap agaknya.”
Ops. Berhati-hati dengan lidah anda. Ia boleh jadi satu doa. Walau apapun pencapaiannya, terus percaya pada kebolehannya. Dalam ‘percaya’ itu ada ‘kuasa’. Selalulah tersenyum ke arah bayi sejak hari pertama dia dilahirkan. Tunjukkan rasa ‘percaya’ yang tinggi terhadap apa yang dia lakukan. Jika ianya berbahaya, jangan tunjuk panik. Bimbang nanti mereka takut mencuba. Alihkan mereka dengan tenang. Jom, mari mendidik. Kerahkan 1001 kreativiti bersama-sama. Bukan asyik merintih dan melabel.


Rujukan: 1) gambar kanak-kanak http://budakroh.blogspot.com/2011/12/40-kesilapan-ibu-bapa.html
  2) gambar tangan anak dan ibu http://www.abbeijing-emarch.com/2011/12/      
Kenali anakmu Reviewed by Fatimah Syarha on 13:12:00 Rating: 5 Kenali Anakmu Didiklah, Jangan Cepat Melabel Fahami Fitrah Mereka ...

5 comments:

  1. salam...tol tu ustazah..suke bace..teruskan berdakwah walau di alam maya..may ALLAH bless ustazah and family..:-)

    ReplyDelete
  2. Jzzk ustazah....:)..Moga dirimu dirahmati...kadang2 rasa diri ini seperti kurang kasih sayang pun ada.....tak mengapalah..Hanya Allah Mengetahui....sometimes rasa terlalu sukar apabila melalui jalan ini seorang diri...tanpa sokongan keluarga...tanpa sokongan sahabat-sahabat yang mengerti betapa sukar jalan ini...mungkin kerana tidak terlalu terbuka...kadang2 rasa cemburu apabila melihat orang lain mempunyai sahabat yang boleh menegur mereka semata-mata kerana Allah...boleh berkongsi rahsia hati...namun disitulah Allah ajar bergantung semata-mata hanya kepadaNya....

    ReplyDelete
  3. kalau nak share kat blog boleh ?

    ReplyDelete
  4. terima kasih...info yg berguna buat sy yg baru belajar menjadi ibu...izin kan sy share ye... :-))

    ReplyDelete
  5. Saya mohon share ye ustazah untuk kebaikan...in sha Allah

    ReplyDelete