Sebuah penantian - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Sebuah penantian





    Warga kampus demam 'exam'. Saya pun salah seorang di antara ribuan 
siswa-siswi yang disapa wabak 'final exam'. Saya suka belajar di 'library'. 
Hari itu, usai solat Asar di masjid, saya bergegas mahu mengulangkaji di 'library'.
'Library' penuh. Ramai pelajar yang tekun belajar, menyiapkan nota, 
mengadakan perbincangan dan ada  juga yang kelihatan kelam-kabut 
menyiapkan 'assignment'.

     Seperti biasa, setiapkali masuk ke 'library', jika tiada 'study group' yang
dirancang,saya akan mencari tempat kegemaran saya.Di ruang tempat duduk
individu di tingkat dua, paling hampir dengan dinding.  
Saya suka duduk di tempat yang sama sebabnya saya sudahpun berkenalan
dengan tempat itu. 

Jika saya memilih tempat lain,
sudah tentu saya perlu memperuntukkan sedikit masa untuk berkenalan
dengan tempat tersebut terlebih dahulu. Melihat suasana sekitarnya, 
mejanya, kerusinya, hiasannya, buku-buku yang ditinggal di atasnya 
dan sebagainya.

Agak membazir masa.

   Alhamdulillah, tempat kegemaran saya masih kosong. 
Saya segera mendudukinya. Belum sempat meletakkan buku-buku 
di atas meja, pandangan matasaya sedia tertumpu pada tulisan yang 
tertulis di atas meja tersebut. 
Dengan pensil.
Aku baru jerr putus cinta. Sedih gilerr…Adalah minah ni dia
 rampasnyeerr boyfwenz aku. Tension giler aku waktu 2…
Pedih tul rase di hati ini…minah tu lak macam lah x de org lain
Boyfwenz aku gak dia nak. Argghh! Tensionnyerr belajar
Boringnyerr belajar. Argghh! Help me. Slack in this university. 
Oh…no! 

   DBP jangan marah saya ye. Saya bukan nak rosakkan bahasa.
Saya cuma menyalin bulat-bulat luahan hati seorang siswi.
Mungkin satu pendedahan kepada masyarakat tentang bahasa remaja
kita. Saya bukan nak bercakap soal bahasa. Saya simpati pada siswi
yang mengalami ujian cinta ni. Di bawah tulisan dengan pensil tu, 
ada respon daripada seorang siswi lain, tulisannya lebih kemas,
dengan pen. Isy, menjadi-jadi vandalisme sekarang ni!. 
Apapun, respon yang diberi mungkin 
sedikit-sebanyak dapat mengubat sekeping hati yang lara.

Cinta itu buta…
Redha je la…
Ada hikmahnya…
Mungkin ke dapat org yang lebih baik dari dia nanti...

   Saya terfikir, apakah erti cinta yang telah menjajah minda 
remaja akhir zaman ini? Mana tidaknya, putus cinta membuatkan
seorang insan merana. 'Study' jadi mangsa. 
Semua urusan tergendala. Hidup tak tentu hala. Harapan ibubapa,
bangsa dan agama hampir binasa. 
Oh, bisa penangan cinta! Aduhai…

   Saya teringat pula cerita seorang 'junior' yang datang 
mengadu masalahnya kepada saya. Ketika tu dah larut malam. 
Matanya merah, berair dan bengkak. 
Saya dapat menafsirkan dia dah pun berhari-hari berendam air mata.
Dia menceritakan peritnya ditinggalkan pak we.
Sudah seminggu hidupnya rasa terumbang-ambing.
Hanya tangisan menjadi peneman. 

   Selama ini dia terlalu mendambakan cinta lelaki tu. 
Hinggakan dia sanggup lakukan apa saja asal dapat memenangi 
perhatiannya.Walaupun lelaki itu sering memperlekehkannya
termasuklah menjadikan beg tangannya
sebagai tempat membuang sampah, 
dia masih lagi mampu bersabar.
Lelaki itu memanggilnya dengan panggilan 'bodoh' pun dia sabar saja.
Baginya cinta itu memberi. Biarlah dia yang berkorban. 

   Memang 'pengorbanan'nya tinggi. Dia sanggup meluangkan banyak masa 
untuk mengajar lelaki itu mana-mana subjek yang sukar agar lelaki itu rasa 
terhutang-budi. Bukan itu sahaja, dia sanggup menyerahkan tubuhnya untuk
dipegang-pegang ringan asalkan lelaki itu suka-hati. Lelaki itu suka mengambil
kesempatan dan tak pandai menghargai malah sering pula mencaci dirinya. 
Akhirnya, lelaki itu jumpa perempuan lain dan dirinya ditinggalkan begitu sahaja.
Remuk hatinya.

   Remaja hari ini kebanyakannya resah bila belum berpunya.  
Melihat pasangan lain berdua-duaan ke sana ke mari.
Terbit di hatinya keinginan yang sama.
Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah,
suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. 
Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan
remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.

   Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu.  
Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah 
untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda 
mendapat seruan, yakinlah.

                Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah
 ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai
 cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi. 
Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.

               Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah
dan teruskan berusaha.Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki
dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu
yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. 
Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun
pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah 
menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. 
Teruskan berusaha! 
Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila
 seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.

“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,
              kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).

Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu.  
Dengarlah pesanku, 
cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. 
Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu 
untuk lelaki yang baik,begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). 
Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. 
Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian 
peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'. 
Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, 
si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.
Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu 
yang dimurkai Ilahi.
Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. 
Lupakan segala kegundahan.
 Ubatilah resah di hati. 
Dekatkan diri pada cinta Ilahi,
nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. 
Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.


Rujukan : Gambar
Sebuah penantian Reviewed by Fatimah Syarha on 12:02:00 Rating: 5     Warga kampus demam 'exam'. Saya pun salah seorang di antara ribuan  siswa-siswi yang disapa wabak 'final exam'...

31 comments:

  1. Thanks ustazah..
    Dalam dilemma jugak ni..
    Sebab sampai sekarang masih single.. hehe..
    Bukan takde yang nak, tapi kebanyakan jumpa students jugak..
    Diorang tu belum tentu masa depannya jugak..

    Taknak memilih jalan peritnya penantian,
    maka saya tangguhkan dulu perasaan....

    InsyaAllah dengan berkat doa mak ayah saya, saya akan jumpa dia lepas habis belajar. walaupun ramai yang nasihatkan agar cari partner sekarang. kata mereka, nanti susah nak cari bila dah kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita perbaiki diri Insha Allah si 'dia' juga sedang perbaiki diri.
      Salam sayang, teruskan berdo'a :)

      Delete
  2. syukran ustazah ... saya pun sama . setakat ni saya bersyukur kerana masih diberi kesabaran dlm menempuhi hidup sendiri sebab saya tahu Allah sedang susun rencana yang inshaa Allah baik .. saya yakin dgn keputusan Illahi .

    kawan2 saya semuanya pernah berpasangan, dulu masa sekolah saya selalu fikir kenapa tak ada orang nk kat aku. aku ni tak cantik ke. macam2 fikir sampai kadang22 menyesal je. tapi, itu dulu .. alhamdulillah, saya masih boleh berfikiran waras..

    terima kasih , kata2 ustazah beri saya semangat .. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sayang,

      Have faith in Allah dik :)

      Delete
  3. sedikit sebanyak membantu.
    thanks ustazah :D

    ReplyDelete
  4. jodoh itu akan tibe pada mase yang sesuai dengan calon yang sesuai

    yakin dengan aturan takdir Allah :)

    ReplyDelete
  5. assalammualikum uzh, entry yg sgt bermanfaat... =) moga Allah bantu kita semua menjadi hambaNya yang unggul mencintaiNya... aminnnn...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, entry yang manfaat utk saya dan remaja skrg :)

    ReplyDelete
  7. Apa yang terbuku di hati ini seolah2 seperti Ustazah tau..syukran kerana memahami isi hati ini. Syukran Ustazah.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum ustazah :)
    sy tertanye-tanya jwpn ttg soalan ini,
    sebelum itu, sy ingin meminta maaf andai soalan sy ini tak sesuai sgt dengan tajuk ini.

    soalannya, bagaimanakah cara kita berkomunikasi dengan ajnabi yang sebetulnya mengikut syara'. Selain itu, tanpa si ajanbi itu rasa kekok utk berkomunikasi dengan kita dan rasa senang untuk bekerja dengan kita. terima kasih ustazah.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah ustazah. Tulisan yang sangat memberikan kesan dihati.Alhamdulillah. Sy juga memilih untuk menjauhi dulu permainan perasaan. Inshaallah, sampai serunya, Allah akan berikan kelak... Terima kasih dan terus sebarkan bahagia ya ustazah :)

    ReplyDelete
  10. syukran ustazah fatimah di atas tazkirah yg cukup menyentuh hati saya, n menenangkan diri saya yg terkadang tergoyah iman pabila melihat kawan2 di sekeliling mempunyai boyfriend n saya slalu kesepian. kesepian? kita ada Allah, kita ada ibu bapa, kita ada kluarga. kenapa masih lg rasa sepi?
    sy cuba than diri sy. sy x mahu kapel2. sbb sy tahu kapel ni bukan bnda baik. n sy selalu motivate diri, selalu katakan pd diri " Allah dh tntukan jodoh aku. jadi, buat apa nak kapel2 lagi? yakin pd janji Allah, berdoa pd Allah, n berusaha mnjadi seorang muslimah yg solehah. skali lg, thanks byk2 ustazah :D may Allah swt bless u n ur family :)

    ReplyDelete
  11. ustazah , saya jeles dengan ustazah..haha itu yg saya rasa lepas habis baca "Cinta High Class"..ingin juga kehidupan seperti itu hihi tapi di sudut hati saya , ada rasa rendah diri , saya tak sebaik ustazah dan family saya juga tak sebaik family ustazah. Dan utk itu , saya takut nak berharap lebih. entah boleh atau tidak saya capai cinta high class tu.

    ReplyDelete
  12. salam alayk ustzh..saya ada soalan yang takde kaitan dgn artikel ni..hehe asif.. apa hukum menutup bawah dagu dan tangan(depan dan belakang) ketika solat dan keluar rumah? harap ustzh dpt luangkan sedikit masa untuk menghilangkan kekeliruan saya ni :)

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum ustazah..hehe macam tau2 je dilemma yang saya sedang alami..perit juga ya ustaazah =)bila memendamkan perasaan pada orang yang kita suka ni pada masa sedang belajar.iyalah masanya belum tiba n hati meronta2(almaklumlah perasaan remajala katakan).hampir nak diluahkan dek godaan orang disekeliling yang ada yang baru berkahwin n ada juga yang sudah bertunang, tinggal saya tidak meluahkan saja. betul juga kata ustazah Allah nak bagi orang yang lebih baik insyaallah untuk saya pada masannya nanti.harapnya sesiapa itu dapat menerima saya seadanya n dapat membawa saya ke arah redha Allah insyaallah.
    terima kasih ustazah atas nasihat yang saya kira amat membatu diri saya ^^.

    ReplyDelete
  14. allahuakbar....tersentuh hati bila baca artikel ustazah...^_^

    ReplyDelete
  15. quote: "Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi.
    Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki.
    Lupakan segala kegundahan.
    Ubatilah resah di hati.
    Dekatkan diri pada cinta Ilahi,
    nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki.
    Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan."

    Ada satu kisah ringkas yang nak saya kongsikan di sini. Ini kisah seorang teman perempuan yg belajar di universiti bersama-sama dengan saya ketika dahulu. Beliau seorang yang setia pada teman lelaki yang satu. Mereka hanya berhubung melalui phone dan saling mengenali. Nak pendekkan cerita, dengan kekuatan hati yang ada pada itu, budak perempuan ini tekad nak putuskan hubungan cintanya dengan teman lelakinya itu. Dia dengan rela hati mintak putus, walaupun ketika itu hubungan mereka cukup baik dan rapat, bukan seperti ibarat retak menanti belah.

    Wahai para remaja sekalian, apabila kita merasa cukup dengan cinta Allah, kita takkan rasa kita perlukan cinta lain selain dariNya. Kita dahagakan berkasih-sayang, bercinta dan bermanja-manjaan, tapi pada hakikatnya kita dahagakan cinta pada Allah. Itulah yang sebenarnya yg kita cari. Bila kita tidak memandangkan pada yang benar & hak, maka kita akan pandanglah pada perkara-perkara yang ada kepalsuan & ragu-ragu. Jangan khuatir, bila cinta dan kasih sayang kita sandarkan pada yang Esa, insyaAllah, Allah akan balas sepertimana cinta yang kita berikan padaNya pada kita.

    Alhamdulillah, teman saya itu makin dekat dirinya dengan Allah dan makin solehah orangnya. Saya doakan kalian juga begitu.




    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. salam 'alaik. kak fatimah syarha. alhamdulillah, saya suka dengan cara pendekatan kak fatimah dalam menceritakan soal hati. mungkin ramai yang belum membaca nukilan akak ni, tetapi jika ada yang membacanya in syaa ALLAH, semua akan menjadi lebih mendekatkan diri kepada ALLAH. syukran kak atas usaha kak fatimah menukil novel, saya terhibur dan banyak 'ibrah yang cuba saya ambil daripada cerita-cerita akak. menjadi mawar berduri itu kerana di situlah terletaknya nilai diri kita. terima kasih akak. :) barakallahu fik.

    -IIUM 2013-

    ReplyDelete
  18. salam..suatu perkongsian yang sangat berguna...
    terima kasih:-)

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum ustazah.. sebelum tu saya ingin memohon maaf sebab soalan ni macam tiada kaitan tapi apakah haram hukumnya jika kita melihat lelaki ketika berbincang?

    ReplyDelete
  20. salam semua...bestnye ble tau adik-adik sume dilandasan yang betul...time kasih ustazah fatimah syarha...amat terkesan kata-kata ustazah diatas...kan best kalau waktu boleh diputarbalik...tapi saye dah kawen..dh ade ank 2,sorang meninggal sakit jantung...sebelum kawen sye pernh bercinta n bercouple dengan orang lain masa belajar kt universiti sehingga menyebabkan saya gagal mencapai keputusan yang cemerlang...menyesal pun ade...keluarga diabaikan..sebab seronok bercinta...tapi tu dlu..saye xnk adik-adik jadi mcm saye...sedih bile terkenangkan diri dlu yang jauh dari Allah.

    ReplyDelete
  21. setiap insan sudah diciptakan pasangan hidup masing2 sebaik sahaja kita dilahirkan...

    ReplyDelete
  22. cinta itu fitrah, tetapi boleh jadi fitnah jika tersalah langkah..cinta Dia lebih hakiki..

    ReplyDelete
  23. Terima kasih ustazah..Setiap perkongsian ustazah memberi semangat dan ilmu kepada saya. Walaupun tak pernah berjumpa, terasa ustazah dekat dengan pesanan-pesanan yang ditinggalkan. Moga ustazah terus diberkati.

    Salam sayang dari saya :)

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum ustazah.
    maafkan saya ingin bertanya. ustazah, saya sedang belajar di ipta dan mempunyai seorang teman lelaki. dia seorang yg baik dan tidak pernah cuba mengambil kesempatan sepanjang perkenalan kami. walaubagaimanapun saya tahu berpasangan antara lelaki dan perempuan tanpa apa-apa ikatan yg halal adalah haram. haruskah saya putuskan perhubungan ini? saya pernah menyatakan hasrat untuk berkawan sahaja dan dia rela tetapi melihatkan keadaan dia yg seakan-akan berantakan membuatkan saya berasa kurang senang lalu tnpa sedar hubungan kami bukan sekadar teman biasa tetapi sebagai pasangan seperti dahulu. apa yang perlu saya lakukan? saya harap ustazah dapt membantu. dia adalah lelaki pertama yg saya terima dlm hidup saya... ustazah apa yg perlu saya lakukan.

    ReplyDelete
  25. terima kasih ust..perkongsian yg sgt brmnfaat :)

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum ustazah,
    Terima kasih. Sejuk dan tenang hati saya membaca entri ustazah ini.
    Perlu sentiasa mengingatkan hati dan minda - perbaiki diri, perbaiki diri, perbaiki diri ke jalan Allah SWT. ^_^

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum ustazah. Bagaimana cara nk uruskan rindu pada yg tak halal.. Agar sy xleka dgn rindu yg 1 itu.

    ReplyDelete