Mengenai Syarikat Sebarkan Bahagia Resources - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Mengenai Syarikat Sebarkan Bahagia Resources


SEBARKAN BAHAGIA RESOURCES  telah ditubuhkan pada tahun 2013. Diasaskan oleh Dr. Farhan Hadi Mohd Taib dan isteri tercinta, Fatimah Syarha Mohd Noordin yang kedua-duanya mempunyai banyak pengalaman dalam bidang penulisan.

Penubuhannya adalah bertujuan untuk menyebarkan bahagia kepada masyarakat dengan menyediakan keperluan bagi akal, jasad dan ruh mereka. Demi merealisasikan hasrat itu, syarikat ini menyediakan produk dan perkhidmatan sebagaimana berikut:

  • Menerbit dan mengedar buku-buku membina yang sesuai bagi seisi keluarga sebagai santapan akal.
  • Mengedar makanan kesihatan terpilih dan pakaian patuh syariah bagi melengkapi keperluan jasad.
  • Menjadi perunding motivasi dan penceramah agama bagi memenuhi kedahagaan rohani.

Produk Sebarkan Bahagia Resources diedarkan oleh beberapa pengedar di dalam dan luar negara. Kami sangat mengalu-alukan usahawan-usahawan tempatan yang sedia ada atau yang baru untuk menjadi stockist dan peruncit produk-produk kami. Jika berminat dengan peluang perniagaan ini, sila hubungi kami untuk menjadi rakan niaga dan jualan. Talian kami: 0132808063.

Misi
Membahagiakan manusia.

Objektif
  • Menyediakan dan mengedarkan produk–produk yang memberikan kebahagiaan holistik kepada masyarakat.
  • Membawa hati setiap individu dalam masyarakat bertaut erat dengan Pencipta melalui produk yang dihasilkan.

Kenapa Produk Sebarkan Bahagia lain daripada yang lain?

Ciri-Ciri Buku Terbitan Sebarkan Bahagia:
  • Berusaha keras memastikan fakta yang diberi adalah tepat.
  • Menggunakan Sistem Dewan Eja.
  • Diperiksa oleh konsultan syariah.
  • Menekankan pendidikan.
  • Berwarna penuh atau warna spot.
  • Isi ringkas tapi lengkap.
  • Reka bentuk universal dan kontemporari.
  • Foto, ilustrasi dan grafik.
  • Jadual, carta dan peta minda.
  • Flashers dan captions.
  • Kotak info.

Jenis Bahan
  • Agama / Fardu Ain. 
  • Motivasi & Psikologi. 
  • Keibubapaan. 
  • Novel Islam. 
  • Minat Umum. 
  • Pendidikan. 
  • Buku Hadiah.

Pengguna Produk Sebarkan Bahagia

Semua lapisan masyarakat:
  • Ibu bapa
  • Murid / pelajar / anak-anak.
  • Ahli Akademik
  • Profesional
  • Guru
  • Remaja.
  • Orang awam.

Nilai Tambah dalam Buku Kami: 
  • Reka bentuk kulit universal. 
  • Reka bentuk isi mesra pembaca. 
  • Prelim lengkap dan bermaklumat. 
  • End Book. 
  • Glosari. 
  • Bibliografi. 
  • Indeks. 
  • Foto.

Pasaran

Pasaran kami sedang bergerak luas untuk menemui pembaca. Boleh temui produk kami di:
  • Ekspo-ekspo buku Islam
  • Pesta buku
  • Syarikat kami.
  • Pasaran terbuka (open market).
  • Kedai buku dan alat ibadah.
  • IPT dan sekolah.
  • Laman web.
  • Facebook


Produk Sokongan 
  • Makanan Kesihatan yang Halal dan diiktiraf bermutu tinggi  di peringkat dunia.
  • Tudung labuh yang kemas, praktikal dan tidak melekap.
  •  Jubah Muslimah.


Perkembangan


Sehingga kini, produk-produk kami mendapat sambutan memberangsangkan dari dalam dan luar negara. Begitu juga buku-buku terjemahan daripada para ulama muktabar khususnya karya Ketua Ulama Sedunia, Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, serta buku-buku bermutu daripada Indonesia yang kami edarkan. Kami hajatkan doa dan sokongan anda moga usaha kami ini dapat menyebarkan senyuman bahagia ke sekalian alam. Bersama redha Allah seiringan.
Mengenai Syarikat Sebarkan Bahagia Resources Reviewed by Fatimah Syarha on 14:43:00 Rating: 5 SEBARKAN BAHAGIA RESOURCES  telah ditubuhkan pada tahun 2013. Diasaskan oleh Dr. Farhan Hadi Moh...

15 comments:

  1. tahniah kerana berjaya menubuhkan syarikat sendiri...
    moga perniagaan dr & isteri bertambah maju & menjadi sinar kepada kegelapan umat ketika ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. [ADMIN]
      Terima kasih banyak-banyak. Hajat doa!

      Delete
  2. Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum, yang pertama sekali satu ucapan tahniah daripada ana kepada ustaz dan ustazah kerana berjaya akhirnya membuka sebarkan bahagia resources untuk kebaikan bersama. Soalan ana, ada tak stockist atau ejen pengedar atau cawangan ustazah di Terengganu? Mohon maklumat ustazah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. [ADMIN]
      Waalaikumussalam warahmatullah.
      Moga saudara/i sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT. :)
      Kami memerlukan ejen pengedar dan stokis di seluruh Malaysia. Jika berminat, sila hubungi 013-2808063.

      Terima kasih. :)

      Delete
  3. Replies
    1. [ADMIN]
      Terima kasih banyak-banyak. Hajat doa!

      Delete
  4. Congrats ustazah! Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. [ADMIN]
      Terima kasih banyak-banyak. Hajat doa!

      Delete
  5. salam w.b.t tahniah dr. farhan hadi n ustazah fatimah syarha... insyaallah sye nak menjadi stokois anda... terutama dalam menjual pakaian mislimah... makanan2 harian... majalah2 n buku2 anda... dlll lagi yang berkaitan anda... coz sye dah siasat latar belakang anda... n sye memang seorang penjual... insyaallah juaalan kami juge akan terdapat di dalam n luar negara... doakan untuk kami jugek... takbir... allah hua akbar... mari kite luaskan jualan2 umat islam... ~_^






















    ReplyDelete
    Replies
    1. [ADMIN]
      Waalaikumussalam warahmatullah.
      Moga saudari sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT. :)
      Kami memerlukan ejen pengedar dan stokis di seluruh Malaysia. Jika berminat, sila hubungi 013-2808063.

      Terima kasih. :)

      Delete
  6. Tahniah. Semoga perniagaan diberkati Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. [ADMIN]
      Terima kasih banyak-banyak. Hajat doa!

      Delete
  7. Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi- Ketua Ulama Sedunia?
    Tepat kah fakta ini?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum ustazah..alhamdulillah..syukran jazilan atas usaha ustazah dan keluarga..barakallahulakum..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum ustazah..saya berminat untuk menjadi pengedar n stokis..saya khalidah..menetap di pulau pinang..mohon beri maklumbalas..syukran jazilan atas usaha usatzah dan family..alhamdulillah=)

    ReplyDelete