Remaja, Rungkaikan Krisis Identitimu - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Remaja, Rungkaikan Krisis Identitimu


            “Siapa saya?” “Saya nak jadi macam siapa?” Hati remaja sering tertanya-tanya dalam sedar mahupun tidak. Ianya suatu persoalan yang besar. Seringkali remaja menjawab sendiri persoalan ini dengan tafsiran dan kefahaman mereka sendiri. Jelas, jawapan mereka terzahir daripada identiti yang lahir.

            Kini, tidak susah lagi untuk kita melihat remaja lelaki berpewatakan lembut, rambut bercacak, merokok, merempit dan sebagainya. Jumlah mereka kian bertambah hari demi hari. Remaja perempuan juga tak ketinggalan. Keliru memilih mana pakaian perempuan, mana pakaian lelaki. Seluar jeans dan t-shirt menjadi ‘trend’. Rimas terkurung di rumah, berpeleseran di pusat-pusat membeli-belah dan hiburan. Tidak perlu dituliskan satu-persatu, semuanya jelas terpampang di depan mata masyarakat.

            Kasihan remaja-remaja ini. Mereka sebenarnya dilanda krisis identiti. Tidak tahu mana yang patut dan mana yang tidak patut dicontohi. Jika mereka tahu sekalipun, tiada kemampuan untuk berubah. Tiada kemampuan berpunca daripada kurang kesedaran, bukannya kurang pengetahuan.

            Remaja harapan agama,
Ketahuilah, lahir sebagai Muslim mendedahkan kita kepada satu identiti yang cukup jelas dan terarah. Kita Muslim! Muslim dari sudut akidah, ibadah, sahsiah dan muamalah, bukan Muslim sekadar nama. Islam, ini yang perlu setiap remaja dalami kerana hanya ini ubat paling mujarab yang pernah dilalui oleh setiap zaman dan terbukti dalam sejarah.

Setiap Nabi yang diutuskan berasa mulia beridentitikan Muslim dan dengan terang memberitahu ummat bahawa mereka itu Muslim. Kemuliaan sebagai Muslim itulah yang meneguhkan mereka untuk menyeru kepada Islam, jelas jalan hidupnya dan benar perjuangannya. Hanya Islam yang boleh menjadi penawar kepada segala masalah ummat.

Nabi Nuh Alaihis’ Salam berkata yang bermaksud:
“Dan aku diperintah supaya aku termasuk golonganMuslimin.” (Surah Yunus: 72)

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihis’ Salam berkata yang bermaksud:
“Ya Tuhan Kami jadikanlah kami  orang yang Muslim kepada-Mu dan ( di antara anak cucu kami Umat yang Muslim Kepada-Mu.” (Surah al-Baqarah: 128)

Nabi Ibrahim dan Nabi Ya’kub berwasiat kepada anak-anaknya:
“Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memilih Agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.” (Surah al-Baqarah: 132)

Nabi Yusuf Alahis’ Salam berdoa kepada Tuhannya yang bermaksud:
“Wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkan aku dengan orang-orang yang soleh.” (Surah Yusuf: 101)

Nabi Musa Alaihis’ Salam berkata yang bermaksud:
“Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, maka bertawakkallah kepadaNya sekiranya Kamu benar-benar Muslim.” (Surah Yunus: 84)

Para tukang sihir Fir’aun ketika beriman kepada Nabi Musa Alaihis’ Salam berkata yang bermaksud:
“Ya Tuhan Kami, Limpahkanluli kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan Muslim kepada-Mu”. (Surah al-A’araf: 126)

Nabi Sulaiman Alaihis’ Salam mengutus surat kepada Ratu Balqis dan kaumnya:
“Janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang Muslim”. (Surah An Naml: 31)

Kaum hawariyun berkata kepada Nabi Isa Alaihis’ Salam yang bermaksud:
“Kami beriman kepada Allah s. w.t. dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Muslim.” (Surah Ali-Imran: 52).

         Kejelasan identiti sebagai Muslim akan membawa kita kepada kejelasan memilih sesuatu pilihan. Tiada dilema lagi. Tiada kekeliruan lagi. Islam yang syumul memberi nur petunjuk dalam setiap aspek hidup. Ia bukanlah risalah bagi akal tanpa ruh, bukan bagi ruhani tanpa jasmani, bukan bagi fikiran tanpa perasaan, dan bukan sebaliknya. Islam adalah risalah insan seutuhnya iaitu ruhnya, akalnya, jasmaninya, hail nuraninya,
kemahuannya dan perasaannya.

           Remaja oh remaja,

           Kenapa memilih jalan yang samar, bersimpang siur dan penuh kekeliruan? Kita Muslim! Pilihlah Islam sebagai jalan hidup nescaya bahagia dan cemerlang seluruh hidupmu kerana setiap sesuatu diberikan petunjuk untuk kebaikan dirimu sendiri di dunia dan di akhirat. Sama-samalah merasai keindahan hidup bersama Islam. Sungguh, Allah s..w.t. mengutuskan Rasul sebagai ikutanmu dan Islam sebagai agamamu hanya semata-mata kerana Allah s.w.t. terlalu sayang padamu!

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: 
“Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta Alam.” (Surah An Anbiya’: 107)
Remaja, Rungkaikan Krisis Identitimu Reviewed by Fatimah Syarha on 09:24:00 Rating: 5             “Siapa saya?” “Saya nak jadi macam siapa?” Hati remaja sering tertanya-tanya dalam sedar mahupun tidak. Ianya suatu persoal...

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sungguh, jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat. (Surah Al-An-am 6:77)
    ----------------------------------------------------------------------------------
    Semoga hidayah menyapa para remaja yang disayangi, melembutkan hati untuk merapatkan diri kepada Ilahi.

    Semoga hati-hati mereka terasa teruja melakukan kebaikan, langkah laju diatur ke denai-denai majlis ilmu, bibir pula tak henti melafazkan zikrullah mahupun doa agar Allah menguatkan hati untuk terus ada di jalan yang benar ini. -aNNa via cahaya mata-

    ReplyDelete
  3. salam..ustazah,bgaimana kita nak istiqamah dalam melakukan perubahan ke arah kebaikan?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ustazah . terima kasih atas peringatan dan nasihatnya :D

    ReplyDelete
  5. berpeganglah pada iman dan takwa..insyaAllah kita semua akn melihat kepada tujuan Allah swt memberikan nyawa buat kita menumpang dibuminya..
    moga menjadi peringatan buat diri saya dan kita semua..

    ReplyDelete
  6. who am i?..betul la kak,,kite kadang2,kita tak tahu..apa yg kita nak dalam kehidupan ni..

    ReplyDelete