Rancang Sikap Anak Tatkala Dia Buat Silap - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Rancang Sikap Anak Tatkala Dia Buat Silap



Banyak Karenah

“Ya Allah!!!!” bertempik seorang bapa tatkala melihat anak kecilnya mematahkan bingkai kaca mata. Baru dibeli semalam. Mahal pula tu.

Terkejut begini suatu reaksi spontan bagi mana-mana ibubapa apabila berhadapan dengan kesalahan si kecil. 

Pelbagai keletah tidak terjangka.
Menyorok telefon bimbit di dalam peti ais.
Meneraburkan duit dan dokumen dari dalam dompet.
Menyelerakkan buku daripada almari.
Meleraikan bunga hiasan.
Mencabut huruf-huruf di keyboard satu demi satu.
Mengoyak. Menterbalik. Mencurah. Menumpah. Menyepah. 1001 karenah.


Betulkan Sudut Pandang

“Kenapa dengan anak aku ni?” keluh hati ibubapa.

Mungkin kita terlupa…

Dia ‘anak kecil’! Memanglah anak kecil begini. Kalau tidak, apa bezanya dunia ‘anak kecil’ dengan dunia ‘anak besar’?

Anak kecil kita baru setahun jagung mengenal dunia. Bermula daripada tidak tahu apa-apa kepada belajar sedikit demi sedikit.

Adilkah kita mengharapkan anak kecil kita yang berusia 3 tahun berdisiplin seperti anak berusia 13 tahun? Jangan sampai sikap kita ‘menzalimi’ dunia kecilnya. Muhasabahlah mana-mana sikap kita yang tidak meletakkan sesuatu kena pada tempat. Mencubit, melempang…adakah itu sikap yang ‘adil’ dalam mendidik si kecil? Kasihani dia.

Kita akan lebih sabar apabila memahami. Lebih terpujuk. Kurang stress. Tugas mendidik anak menjadi lebih seronok bahkan menceriakan hidup.


Marahlah bukan Marah-marah

Ya, anak perlu belajar daripada kesalahannya. Jika ibubapa tidak marah, bagaimana anak akan mengambil serius terhadap perbuatannya yang salah? Lumrah marah, nada suara akan meninggi sedikit. Itu normal.

Biarpun nada suara meninggi sedikit, pastikan bahasa yang kita gunakan tidak kasar dan tidak menyiat-nyiat jati dirinya. Jangan meletakkan label ‘bodoh’, ‘nakal’ atau ‘jahat’. Kata-kata itu akan diprogramkan ke dalam otak menjadi satu kepercayaan diri yang negatif.

“No!” cukup dengan satu perkataan tegas, anak akan mengerti dia buat silap. Biasanya, mukanya akan berubah monyok. Bibirnya mencebir kesedihan.

“Waaaaaaaaaaaaaaa!!!” Ada yang terus berteriak menangis. Ada yang menangis perlahan tersedu-sedan.
Apakah reaksi kita ketika ini?

Meninggalkan begitu sahaja? Biar dia mengerti dengan sendirinya? Biar padan muka? Biar puas hati kita? Biar dia mampu membuat kesimpulan sendiri? Biar? Biar? Biar?


Selepas Marah?

Kembali kepada realiti, dia cuma anak kecil yang belum mengerti.  Jangan biarkan dia tertidur dalam kesedihan. Jangan biarkan hatinya rasa dilukai tanpa pujukan.

Kita tentu gembira jika anak kita pandai meminta maaf, bukan? Siapa yang akan mengajarnya sikap mulia itu kalau bukan kita?

Panggilan lembut akan melembutkan hatinya,

“Adik, mari minta maaf dengan ayah.”

Hulurkan tangan kita untuk bersalam. Jangan tunggu anak kecil kita mengerti sendiri untuk menghulurkan tangannya terlebih dahulu. Bahkan kita boleh mencium tangannya terlebih dahulu agar dia dapat mengikuti perbuatan itu.

Si kecil itu gembira diberi peluang. Kita juga akan terpujuk daripada geram. Ajarilah dia dengan kata-kata meminta maaf,

“Ikut ayah sebut, ‘Ayah, adik minta maaf. Adik tak sengaja.’”

Mendengar suara comelnya melafaz kemaafan, sangat mengubatkan. Bukan senang dia hendak memaksa dirinya lunak menerima didikan.

Selepas itu, senyumlah semula. Cium dia. Puji dia. Kerana ‘pandai’ meminta maaf.


Maafkanlah

Prap!

Si kecil terpijak lagi cermin mata si ayah. Dalam nada bersalah, dia cepat-cepat meminta maaf,

“Ayah, adik minta maaf. Adik tak sengaja.”

Sejuk hati mendengarnya. Mulia kelihatan akhlaknya.

Tapi, apakah sikap ibubapa ketika ini?

Memasamkan wajah? Memuncungkan mulut? Mencubit? Enggan menerima kemaafan?

Andai beginilah sikap kita, kita telah mengajarinya sikap berdendam. Dia akan meneladani sikap sukar memaafkan.

Ajarilah dia akhlak mudah memaafkan. Senang tersenyum kembali setelah memaafkan. Bukan mencuka berjam-jam.

Fahami, dia manusia biasa yang berpotensi melakukan kesilapan bila-bila masa sahaja. Kita juga manusia yang ada buat silap. Sudikah kita menurunkan ego untuk meminta maaf?

“Ayah yang sepatutnya minta maaf sebab letak cermin mata merata-rata.”


Berat tapi natijahnya hebat, insya Allah….
Rancang Sikap Anak Tatkala Dia Buat Silap Reviewed by Fatimah Syarha on 15:53:00 Rating: 5 Banyak Karenah “Ya Allah!!!!” bertempik seorang bapa tatkala melihat anak kecilnya mematahkan bingkai kaca mata. Baru dibeli sema...

14 comments:

  1. assalamu'alaikum...
    terima kasih...artikel yg yg bagus & dpt membantu sy menjadi seorang ibu yg lebih baik
    mohon share ye ustazah :-)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, nice to share ustazah....moga natijah hebat dpt dijana melalui amalan yg dipraktikkan...

    ReplyDelete
  3. memng sesuai untuk saya dan suami..kekdang cepat marah bila anak buat somethng unexpexted,..dan at that time baru tahu..nak lose temper atau control it..(n for sure itu yg payah sekali)tapi ..lepas ni will tryy our very best ...doakan

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.....kenapa la saya lambat dipertemukan dengan awak,..terima kasih atas post ini...syukran....in shaa Allah akan ku praktikkan mulai skrg.....terima kasih

    ReplyDelete
  5. subhanallah, satu perkongsian yang menarik ustazah :)
    mohon share ya :)

    ReplyDelete
  6. SubhanaAllah...sangat bermanfaat ilmu yang dikongsi ini buat saya...
    mohon share ustazah....

    ReplyDelete
  7. terima kasih ustazah atas perkongsian...sanagt bermanfaat..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..perkongsian ilmu yg cgt bagus..boleh d praktik kan dlm mendidik ank2 kecil yg baru mengenali dunia...

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,
    ustazah, saya mengajar anak-anak 4th-6 th.
    ada tak doa yang saya boleh amalkan dalam mendidik anak2 y kategori yang boleh bikin darah tinggi ini.
    ada juga 2-3 doa saya amalkan.
    mungkin ada pertambahan doa/ tip dari ustazah.

    *saya smpi merajuk dengan anak2 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni ilmu pun tak seberapa.. tak mahir sangat tentang doa doa dari al-quran. tp mungkin kita tak sedar, doa yg lahir dr hati yg ikhlas itu lah yg bakal termakbul, dgn izin Allah... doalah dgn ayat2 sendiri, doa lah agar mereka lembut hati. dan reflect balik, apa niat kita menjadi seorg pengajar/pendidik. kalau rajin, buatkan lah mereka snek atau kek. sambil buat tu, baca ya Latif utk lembutkan hati anak2 didik tu. insyaAllah.. :)

      Delete
  10. alhamdulillah...pengisian yg bagus.

    ReplyDelete
  11. Saya menjaga anak buah lelaki berumur 3thn.namanya danish..danish budak yg sgt cerdik,matang..tapi satu je perangai dia yg bila dia buat bnda yg salah bila ditegur nada biasa dia x endahkan tapi bila kita tinggi suara dia akn tinggi suara dkt kita balik..yg sy pelik dy x mcm budak lain yg bila dimarah dy akan sedih ke atau pun mencebir tp sebaliknya boleh dikatakan melawan balik..sy da keluarga dri dlu lg terapkan nak pukul msti dgn rotan x guna bnda2 lain tapi untuk menakutkan dy tp kalau dy tidak dengar baru rotan dy tp prlahan jela...sy nak mintak nasihat tentang ini dari semua org..apa yang patut dibuat bila danish berkeadaan begini..

    ReplyDelete
  12. insaf krn pernah buat anak kecil menangis tidur dlm kesedihan di atas kesalahan yg tk sebesar mana...syukran ukhti.

    ReplyDelete
  13. syuqran ustazah.... ustazah, adik saya yang 1 tahun 3 bulan (permpuan) manja sangat... kalau Nampak ayah mesti dia menangais nak mintak dukung.. umi saya pun susah nak kawal.. haih!!! macam mana nak ajar dia supaya x manja sangat.. lagi satu dia ni kalau x dpt ap yang dia nak selalu mengamuk(nangis kuat2) mcm mana nak nak buat..apa reaksi atau tindakan nak dibuat,,,???

    ReplyDelete