Keindahan Susu Ibu Anugerah Allah - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Keindahan Susu Ibu Anugerah Allah

sumber gambar : thevitaminsshop.com

ISLAM menganjurkan seorang ibu semaksimum mungkin berusaha menyempurnakan susuannya sehingga dua tahun penuh.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud: “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”

Menurut pendakwah bebas, Ustazah Fatimah Syarha Mohd. Noordin, al-Quran turut menganjurkan mesyuarat atau perbincangan dilakukan antara suami dan isteri jika mahu menceraikan susu anak sebelum usianya dua tahun.

“Jika diperhalusi kajian sains, seksanya seorang anak kecil untuk melalui alam bayinya jika dia tidak mendapat khasiat susu terbaik di dunia. Ini kerana hanya susu ibu paling serasi dengan keperluannya.

“Justeru, menyusu anak bukan satu beban tapi satu kenikmatan. Indahnya perasaan ibu tatkala dapat menatap si permata hati dalam pelukan. Bertasbih dan mensyukuri kehadirannya. Bercakap-cakap dan mengajar anak tersebut tentang Pencipta mata, hidung dan telinganya.

“Bagi si bayi pula, susu ibu bagaikan ubat penenang. Selasak manapun dia seperti meniarap, merangkak atau bertatih, dia pasti akan ditawan oleh susu ibu,” jelas Fatimah Syarha yang juga merupakan pembimbing motivasi.

Dalam pada itu, dia memberitahu, jika seseorang wanita tidak mampu menyusukan anaknya atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan termasuk masalah kesihatan, mereka tidak dikira berdosa.

“Yakinlah bahawa Allah memahami keadaan hamba-Nya yang beraneka rupa. Tapi, seelok-eloknya ia perlu dilakukan dengan perbincangan bersama suami. Insya-Allah, dengan berbincang akan keluar pelbagai jalan penyelesaian seperti mengambil ibu susuan untuk si anak,” ujar beliau lagi.

Berbicara tentang pengalaman menyusukan anaknya, Fatimah Syarha tidak lokek berkongsi kaedah terbaik untuk melakukannya.

Antaranya, membetulkan niat bagi memastikan anak mendapat khasiat susu terbaik di dunia. Selain itu, para ibu juga perlu berdoa secara khusus setiap hari agar dipermudahkan urusan penyusuan anak.

“Jika susu kurang, jangan menyerah kalah. Sebaliknya gunakan kaedah penyelesaian secara holistik dan menyeluruh.

“Sebagai contoh dalam aspek rohani, lakukan solat hajat dan berdoa, fizikal (banyakkan minum air kosong, susu atau jus dan pemakanan yang seimbang) dan mental perlu dikuatkan dengan terus membaca tentang kepentingan susu ibu,” ungkap wanita yang masih sempat menyusukan anak sulungnya meskipun berada dalam kesakitan kontraksi untuk melahirkan anak kedua kerana tidak mahu hak si kakak dikurangkan walaupun setitik.
Keindahan Susu Ibu Anugerah Allah Reviewed by Fatimah Syarha on 09:08:00 Rating: 5 sumber gambar : thevitaminsshop.com ISLAM menganjurkan seorang ibu semaksimum mungkin b...

7 comments:

  1. Betul tu.. lagi2 dah terang2 itu semua amalan para ibu nabi2 kepada semua nabi a.s..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah..anugerah terindah..sentiasa doa dan zikir=)..syukran ustazah atas ilmu yang memberi semangat..=)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ustazah .. bagaimana cara utk meltih diri menjadi seorang yg dalam lembut ade etegasan mengikut ajran baginda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ?? sebagai seorang pengawas disekolah sye sgt memerlukan tunjuk ajar ustzh spaya lbih kreatif dlm menegur .. mohon penjelasan dri ustzh ..terima kasih ;)

    ReplyDelete
  4. salam ustazah. apa pandangan ustazah berkenaan anak perempuan yang sudah berumur 4 tahun namun masih ingin menyusu lagi dan sekarang berkongsi menyusu dengan adik perempuannya yang berumur 14 bulan.

    ReplyDelete
  5. Subhanallah, menjadi inspirasi kepada ibu-ibu di luar sana untuk menyempurnakan penyusuan selama dua tahun. Chaiyok untuk semua breastfeeding ummies!!

    Artikelku dulu-dulu Catatanku Dulu-Dulu; Anakku Sayang

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum . . ustazah . . saya nak share kat blog saya ya :) terima kasih :)

    ReplyDelete