Kenapa Mas Kahwin Tak Cukup-cukup? - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Kenapa Mas Kahwin Tak Cukup-cukup?


Pasuku Bocor

            “Adoi! Kuisi air ke dalam pasu ni sejak pagi ke petang, tapi tak penuh-penuh airnya,” rungut seorang lelaki.

            “Cuba lihat di bawahnya,” tegur ibunya.

            “Ya Allah, pasu ni berlubang-lubang di bawah rupanya,” baru lelaki ini tersedar puncanya. 

            Kerana kebocoran itu, simpanan airnya di dalam pasu selalu kering.      
   
            Ini satu analogi.

            Ramai lelaki sedang cuba mengumpul duit untuk belanja hari pernikahannya tapi duit itu dirasakan tidak cukup-cukup. Dia berusaha mencari kerja-kerja sampingan tapi duit tetap ‘kering’ setiap bulan. Dia mungkin terlupa soal punca ‘kekeringan’nya itu.

Situasi Rahim

            Situasinya begini. Rahim bekerja sebagai seorang guru dengan gaji RM2500 sebulan. Dia bekerja sampingan sebagai seorang penjual burger dengan pendapatan RM500 sebulan. 

Gajinya sebulan berjumlah RM3000. Tapi belanja bulanannya adalah RM4000. Setiap hujung bulan, duitnya akan kehabisan. Dia terpaksa meminjam dan berhutang.

Bagaimana pengurusan kewangannya?
1.      Mendapat gaji.
2.      Menggunakan duit untuk ‘keperluan’ hidup. (Makan, minum, bil air, telefon, kenderaan).
3.      Menggunakan duit untuk ‘keinginan’ hidup. (Solek kereta, belanja kawan-kawan, beli rokok, melancong, tukar telefon jenama mahal, tengok wayang).
4.      Bayar hutang.
5.      Simpan jika ada lebih.

Situasi Mansur

            Mansur bekerja sebagai seorang penoreh getah. Gajinya RM1000 sebulan. Belanja bulanannya ialah RM900 sebulan.

Dia mengumpul RM100 setiap bulan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.  Akhirnya Mansur berjaya mengumpul mas kahwin.

Bagaimana pengurusan kewangannya?
1.      Mendapat gaji.
2.      Mengasingkan RM100 untuk disimpan.
3.      Menggunakan duit yang berbaki untuk ‘keperluan’ hidup.
4.      Meminimumkan penggunaan duit untuk ‘keinginan’ hidup.
5.      Bayar hutang.

Beza Sikap Rahim dan Mansur?

            Mansur meletakkan ‘simpanan’ di nombor dua. Dijadikan prioriti. Oleh sebab itulah Mansur mempunyai simpanan.  

Manakala Rahim meletakkannya di nombor paling akhir. Biasanya tiada apa yang dapat disimpan.

Mansur juga tidak memperuntukkan terlalu banyak wang untuk ‘keinginan’ hidup maka dia dapat berjimat. Dia juga berkeinginan  memiliki I-pad tapi disematkan dalam dada, “Saya belum mampu.” Dia bersabar dahulu dengan telefon buruknya.

Manakala Rahim ibarat menuang air ke dalam pasu yang bocor. Sebanyak mana pun air yang dituangnya, air itu tetap kering. Sebesar mana pun gajinya, duit tidak akan dapat disimpan jika banyak duitnya habis pada perkara-perkara yang tidak sepatutnya. ‘Keinginan’ yang tidak dikawal itu ibaratnya ‘kebocoran’ dalam pengurusan kewangannya.

Sediakan Mas Kahwin ‘Mudah’ bukannya ‘Murah’

Dalam isu ‘mas kahwin’, sering kali terdengar keluarga wanita disalahkan kerana meletakkan nilai semasa. Isu ini sepatutnya dikupas dengan lebih ‘adil’ dan holistik.

Sebelum pergi jauh, apakah itu mas kahwin? Mas kahwin atau mahar ialah hadiah wajib daripada pengantin lelaki sebagai menunaikan hak pengantin wanita. Allah SWT mengarahkan, “Berikanlah mahar kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.” (Surah an-Nisa’, ayat 4.)

Rasulullah SAW berpesan, “Sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling mudah maharnya[i].”

Apabila kita mengkaji sirah lebih mendalam, kita akan melihat kepelbagaian mahar para sahabiah. (Rujuk Majalah Anis isu lepas). Ada yang sangat tinggi dan ada yang sangat rendah. Ada sahabiah yang mendapat mahar sebuah kebun. Ada pula yang mendapat mahar hafazan al-Quran.

Maka, para ulama muktabar membuat kesimpulan, tidak kiralah mahar itu berupa sebentuk cincin besi atau sekereta emas, kedua-duanya adalah mahar yang baik, selagi ‘mudah’ bagi suami untuk memperolehinya. Iyadh berkata, “Seluruh ulama membenarkan mahar dengan apa sahaja asalkan kedua-dua suami isteri itu rela.”

Kesimpulan

Oleh sebab itu, bukan wanita sahaja patut dipersalahkan agar merendahkan mahar sebaliknya lelaki juga perlu berperanan agar bijak mengurus kewangan. Barulah mampu menyediakan mahar.
                                                                                                                                                                                                                                                  




[i] Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam sahihnya.

Kenapa Mas Kahwin Tak Cukup-cukup? Reviewed by Fatimah Syarha on 09:10:00 Rating: 5 Pasuku Bocor             “Adoi! Kuisi air ke dalam pasu ni sejak pagi ke petang, tapi tak penuh-penuh airnya,” rungut seorang l...

11 comments:

  1. betul tu..kalau nak berjaya menyimpan..kena jadikan simpanan sebagai priority berbanding menurut kehendak nafsu..

    www.rahsiavitaminibu.com

    ReplyDelete
  2. Reply

    http://asyrafulbanat.blogspot.com/2014/08/hawa-convention-special-return.html
    salam ustazah,mf tmpang prmte program mega USIM… HAWA CONVENTION …khas buat kaum hawa untuk topup ilmu…

    ReplyDelete
  3. salam ustazah saya ada satu soalan.. apakah bezanya antara mas kahwin dan hantaran? biasa mas kawin telah dtetapkan oleh negeri masng-masing kan. biasa isu yang ustazah lontarkan di atas adalah berkaitan dengan wang hantaran. bagaimana pula isu yang sering timbul apabila dikatakan wanita meletakkan wang hantaran yang mahal berbanding mahar yang diwajibkan oleh islam. mohon pencerahan dari ustazah

    ReplyDelete
  4. Allahurobbi satu perkongsian yg sgt bermkna.

    ReplyDelete
  5. mas kahwin tu kat malaysia ni murah je , dlm 100 , 200 , 300... yg mahal tu adat bagi duit 'hantaran' tu , 10k , 20k , 30k...

    ReplyDelete
  6. Kami ingin memaklumkan orang ramai bahawa PINJAMAN SYARIKAT JAMINAN KEWANGAN kini sedang memberi pinjaman pada kadar yang berpatutan sebanyak 2% setahun. Kami memberi jumlah pinjaman minimum 10,000.00 dan jumlah maksimum sebanyak 100,000,000.00. Jika anda memerlukan kewangan untuk pengembangan perniagaan, tujuan pertanian, pembayaran balik hutang, pinjaman kereta dan pinjaman pendidikan maka kita boleh membantu besar dan bantuan kepada anda. Untuk pertanyaan mengenai program kredit kami kami cadangkan anda menghubungi email rasmi kami di bawah: financialassuranceloans@gmail.com, financialassuranceloans@accountant.com

    ReplyDelete
  7. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

    ReplyDelete
  8. Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat cepat dan serta-merta ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas menghantar permohonan pinjaman.

    email: cashfirmarena@gmail.com


    Selamat sejahtera
    Sir Joel Williams
    FIRM TUNAI PINJAMAN SYARIKAT
    Ketua Pegawai Eksekutif
    Tel: +60182913326
    E-mel: cashfirmarena@gmail.com
    Webisite: cashfirmarena.wordpress.com

    ReplyDelete
  9. Hello, Adakah anda seorang lelaki perniagaan atau perempuan? Adakah anda dalam mana-mana
    tekanan saya membiayai atau memerlukan dana untuk memulakan anda sendiri
    perniagaan? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk menyelesaikan hutang anda atau membayar
    bil-bil anda? Adakah anda mempunyai skor kredit yang rendah dan mempunyai
    kesukaran mendapatkan pinjaman daripada bank-bank tempatan dan lain-lain
    institusi kewangan? Saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa tawaran pinjaman
    pada kadar faedah yang rendah 2%, jika anda berminat untuk mendapatkan
    pinjaman daripada kami, sila hubungi kami melalui e-mel: (AUGSTINEJUNIO@GMAIL.COM)

    ReplyDelete
  10. Faithlovechrityloanfirm@gmail.com)
    Good Day,

    Bishop Pinjaman kini memberi pinjaman pada kadar faedah 2%.

    Kami menawarkan pelbagai pinjaman termasuk: pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman Penyatuan Hutang, pinjaman kereta, pinjaman pertanian, pinjaman perniagaan dan pinjaman syarikat pada 2% tetap

    kadar faedah membentuk RM100,000 RM500,000 DENGAN RM25, Berjuta-juta.

    (Faithlovechrityloanfirm@gmail.com)

    Memohon Dengan Anda Butiran Id No, Cell No Dan Jumlah Pinjaman Yang Anda Perlu
    (Faithlovechrityloanfirm@gmail.com) Atau hubungi 234 08063688573, 23408167057556 Untuk Lebih Info.NCR No. Pendaftaran NCRCP6796 No. Pendaftaran undang-undang: 2011/149508/07

    Regards,

    Bishop Great
    Consultant Pinjaman Kanan
    David Pinjaman

    ReplyDelete
  11. Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat cepat dan serta-merta ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang daripada 24 jam
    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari awak.

    Hubungi syarikat ini sah dan berlesen, yang diberi kuasa
    untuk memberi bantuan kewangan kepada orang
    Maklumat dan permohonan pinjaman lebih bentuk

    emel: cashfirmarena@gmail.com


    Selamat sejahtera
    Sir Joel Williams
    FIRM TUNAI PINJAMAN SYARIKAT
    Ketua Pegawai Eksekutif
    Tel: +601111850392
    Email: cashfirmarena@gmail.com
    Webisite: cashfirmarena.wordpress.com

    ReplyDelete