Menjauhi Lelaki - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Menjauhi Lelaki

ilustrasi (inet)
       “Ustazah, saya mahu jadi mawar berduri. Terpelihara dan suci. Perlukah saya menjauhi lelaki?” tanya seorang remaja belasan tahun yang sedang mekar ruh Islamnya.


               Saya teringat kondisi saya ketika seusia dengannya. Saya tidak mempunyai kawan lelaki. Saya hanya bergaul dengan kawan-kawan perempuan. Sikap menjauhi lelaki membuatkan saya berasa lebih fokus dalam pelajaran dan tenang melalui suasana tarbiah di sekolah.

   Saya kemudiannya difahamkan dengan lebih mendalam oleh orang-orang yang arif. Katanya, berurusan dalam kehidupan seharian dan bertemu dengan lelaki sudah merupakan sunnah kehidupan manusia dan menjadi karakter kehidupan sejak dahulu. Kita mesti realistik dengan kehidupan. Sejak zaman Nabi lagi, muslimah mempunyai peranan dalam kehidupan sosial.

   Maka, apabila mempunyai urusan, terutamanya di IPT, saya tidak lagi menolak untuk bermuamalat dengan lelaki. Berusaha menjaga adab sopan. Namun, itu bukan alasan untuk asyik berbalas-balas sms dengan mana-mana lelaki. Jika urusannya munasabah, saya hormati dan memberikan kerjasama. Jika urusannya sekadar mahu bertanya saya makan apa, saya hilang kepercayaan. 

        Jika melihat tradisi pada zaman Rasulullah SAW, baginda memberi sedikit kelonggaran untuk berurusan dan bertemu antara lelaki dan perempuan pada usia remaja. Ianya berlaku dalam pengawasan yang ketat. Misalnya:

1.                     Daripada Abdullah bin Abbas, dia berkata, “Sesungguhnya Fadhal bin Abbas pernah mengikut Rasulullah SAW. Dengan tiba-tiba datang seorang wanita dari daerah Khats’am. Fadhal memandang wanita itu dan wanita itupun memandang Fadhal. Lantas Nabi SAW memalingkan muka Fadhal kearah lain. (HR Bukhari dan Muslim. Bukhari, Kitab: Haji. Bab: Kewajipan haji dan keutamaannya, jil.4, hlm. 121).

2.             Dalam satu riwayat menurut at-Thabari dari Ali dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Aku melihat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan yang sama-sama masih muda belia. Aku khuatir keduanya akan dimasuki syaitan.” (Kitab Fathul Bari, jilid 4, hlm. 439).

Membataskan pertemuan lelaki dengan wanita pada usia menginjak remaja bukan beerti melarangnya sama sekali. Tetapi mengurangkan peluang bertemu dan orang dewasa melakukan pengawasan.

Dalam ruang lingkup keluarga, ibubapa atau anggota keluarga perlu hadir bersama. Manakala di luar lingkungan keluarga, hadirkan seseorang yang dihormati dan disegani oleh muda-mudi tersebut. Remaja yang melalui tarbiah ini, tatkala melihat jantina berlawanan, lebih menjaga ada dan sopan-santun sekaligus mengurangkan ketegangan gejolak nafsu muda.

Pertemuan terbatas dengan suasana yang terjamin ini memberi pengaruh positif, terutamanya dalam menyiapkan dan melatih jiwa remaja. Mudah-mudahan, dia lebih mampu menahan diri dan melakukan pertemuan yang bersih dalam urusan pada waktu-waktu mendatang.

          Dalam realiti hari ini, muslimah adalah teman kerja lelaki dalam memakmurkan bumi sesempurna mungkin. Bak kata Nabi, “Wanita adalah saudara kandung lelaki.” (Sahih al-Jami as-Shagir, no. 1979).


Oleh sebab itu, wanita haruslah ikut serta dengan serius dan terhormat dalam pelbagai bidang kehidupan. Ia tidak akan terlepas daripada kehadiran kaum lelaki. Maka anjuran-anjuran menjaga cara berpakaian dan adab sopan itu sebenarnya suatu pengiktirafan Islam tentang tuntutan hidup yang memerlukan berurusannya lelaki dan perempuan. Dengan adab dan batasan, ianya akan berjalan secara bermaruah. Insya-Allah.
Menjauhi Lelaki Reviewed by Fatimah Syarha on 10:13:00 Rating: 5 ilustrasi (inet)        “Ustazah, saya mahu jadi mawar berduri. Terpelihara dan suci. Perluka...

17 comments:

  1. Salam kak syarha.jazzakillah.sy share ya.

    ReplyDelete
  2. betul sgt tu ustazah... syukran ats perkongsian ilmu yg sgt mnarik :)

    ReplyDelete
  3. http://asyrafulbanat.blogspot.com/2013/09/duhai-insan-bergelar-lelaki.html
    sila lawati blog sy. syukran:)

    ReplyDelete
  4. Salam ustazah, saya mohon share utk post di page fb saya

    ReplyDelete
  5. Mcm mana nak jwb kalau..... dlm satu majlis.... Kita bersopan dgn menundukkan pandangan.. Senyum pada org tua.. dan mendiamkan diri..dan ada yang ckp " budjet alim.. Jgn nak tunjuk sopan sangatlah.." Geram saya kalau ada yang bg persepsi mcm tu..saya juga kesian kalau sitiasi itu berlaku pada sahabat saya.. Mcm mana nk bg jawapan pada org yang mengata tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. "sekurang-kurangnya aku cuba jadi baik"

      Delete
  6. salam..ustazah,
    andai mawar tlh brcinta dn igin kmbali ke pangkal jlan,tp,,memori brsama si dia msih lg menghantui pemikiran..mcm mne ye ustazah..syukran..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...mohon share ya...menarik dan banyak ibrah,, :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    Ustazah, maaf bertanya.. Kalau nak menghindarkan diri dari terpandang ajnabi, takkan kita perlu menunduk muka? Ada cara lain tak?

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Slm ustzh ..saya nk minta pndgn ustzh .dkt tmpt tuition saya ni majoritinya non-muslim Chinese. Lps tu ada seorang lelaki ni dia berminat utk bjumpa dgn saya & Kwn saya.Saya x tahu apa tujuannya samada hndk brtnya ttng islam atau perkara lain sbb cara pemakaian kami sgt brlainn (slalu brtudung labuh&berjubah).saya Dan Kwn saya slalu jgk dgr pljr2 chinese ni ckp psl kami Dan ada kalanya mrk brckp psl puasa dan pergaulan kami dgn llki .Tp saya & kwn saya slalu buat x tahu dgn pljr llki itu.swktu dia hndk berjumpa dgn kami;kami mngelak dgn alsn utk brtnya cg.Adakh tindakan kami tepat utk mngelakkn ikhtilath?.lg satu ustazah bolehkah seorg muslimah mngjr non Muslim llki tntg islam ? Kdg2 saya rasa kasihan dgn pljr itu;krn kerap juga dia mmkai seluar pnjg smsa mnghadiri klas tuition sdgkn lazimnya pljr2 lain akn mngenakn sluar pendek .

    ReplyDelete
  11. Ustazah .. Saya mohon utk mnceritakn msalah sya scara peribadi.. Ustazah whatapps sya 0135934981.. Saya prlukn nasihat dan bmbingan ustazah..

    ReplyDelete
  12. Jazakillah ustazah. Saya share ya..

    ReplyDelete
  13. jazakillah ustazah.. mohon share :)

    ReplyDelete
  14. jazakillah ustazah.. mohon share ya ustazah.. :)

    ReplyDelete