Duhai Hati, Hentikan Tidurmu! - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Duhai Hati, Hentikan Tidurmu!





Awak,

Pernah tak rasa macam dah putus asa?


Tak nak teruskan hidup?

Saya selalu rasa macam tu. Selalu sangat. Suatu hari, saya semak satu hadis Qudsi. Saya dihadiahkan satu perasaan indah. Saat itu, saya rasa, saya lebih memerlukan Allah SWT dalam hidup. Nikmat sungguh ‘rasa’ tu. Awak nak dengar hadisnya? 

Rasulullah SAW bersabda,

"Allah SWT berfirman, 

Wahai hamba-hambaKu, setiap daripada kamu itu sesat kecuali yang Aku berikan hidayah, maka memintalah petunjuk kepadaKu, nescaya Aku beri kamu petunjuk. 

Wahai hamba-hambaKu, setiap kamu lapar, kecuali yang Aku beri makan, maka mintalah kepadaKu, nescaya Aku beri kalian makan. 

Wahai hamba-hambaKu, setiap kamu itu telanjang, kecuali yang aku beri pakaian, maka mintalah pakaian kepadaKu, nescaya Aku beri kamu pakaian. 

Wahai hamba-hambaKu, setiap kamu bersalah siang dan malam, sementara Aku mengampuni segala dosa, maka mintalah ampun kepadaKu, nescaya Aku ampuni kamu. 

Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu tidak akan mampu mencapai kemudharatanKu sehingga kamu membahayakanKu, dan kamu juga tidak akan mampu mencapai manfaatKu sehingga kamu memberi manfaat kepadaKu. 

Wahai hamba-hambaKu, kalaulah seluruh generasi awal dan generasi akhir kamu, serta seluruh bangsa manusia dan bangsa jin kamu adalah seperti hati orang yang paling bertakwa di antara kamu, maka itu pun tidak akan memberi tambahan apa pun terhadap kekuasaanKu. 

Wahai hamba-hambaKu, kalaulah generasi awal dan generasi akhir kamu, serta seluruh bangsa manusia dan bangsa jin kamu adalah seperti hati orang yang paling nista di antara kamu, maka itu pun tidak akan membuat kekuasaanKu berkurang.

Wahai hamba-hambaKu, kalaulah seluruh generasi awal dan generasi akhir kamu, serta seluruh bangsa manusia dan jin kamu berdiri di atas sebuah bukit, kemudian kamu meminta denganKu, lalu Aku beri setiap orang apa yang ia minta, maka apa yang ada disisiKu tidak akan berkurang sedikit pun kecuali sebagaimana sebatang jarum mengurangi air samudera ketika dicelup ke dalamnya.” 

[Riwayat Muslim, al-Tarmizi, dan Ibnu Majah]


Allah SWT tak perlukan saya. Tapi saya perlukan Dia.

Dia Maha Kaya. Banyak nikmat yang datang tanpa perlu dipinta. Cahaya, air, oksigen. Saya tidak pernah berdoa untuk memilikinya tapi Allah bagi juga. Baik kan Dia?

Itu nikmat yang tak dipinta. Dia bagi dengan Pemurahnya. Nikmat yang dipinta, sudah tentu Dia lagi bersegera mahu memenuhinya.

Siapakah sebenarnya Sang Pemberi yang begitu dermawan?
Salah satu namaNya, ‘Al-Karim,’ yang bererti Zat Yang Memberi Tanpa Diminta.

Awak, bagaimana mahu pastikan hati saya sedar sentiasa? Terasa ingin mengoncang-goncang hati sendiri. Sedarlah wahai hati dan bersegeralah berdoa kepada Allah SWT .

Awak, pernah dengar tak satu kisah? Kisah ini menarik.

Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad SAW dan mengatakan,

“Wahai Rasulullah SAW, adakah Tuhan kita itu jauh sehingga kita menyeruNya, atau Dia dekat sehingga kita cukup berbisik kepadaNya?”

Maka turunlah firman Allah SWT,
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): ‘Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi
baik serta betul.’”
[Surah Al-Baqarah:186]

Subhanallah!

Pertanyaan itu mudah. Jawapan yang diajar oleh Allah SWT  pula sungguh menggugah. Deep. Terasa sampai ke tulang sum sum.

Sudah tentu baginda tahu jawapannya. Pelbagai versi jawapan boleh dicerita. Tapi yang ingin menjawab pertanyaan ini adalah ‘Yang Maha Dekat,’ yang akan mengabulkan permohonan ‘orang yang beriman, bertakwa, dan rajin beribadah serta mengerjakan solat’.

Awak rasa tak seperti yang saya rasa sekarang ni?

Cuma sayang, hati saya yang ‘kotor’ ini sering merasakannya sekejap sahaja. Kemudian, alpa semula.

Sekarang terserahlah padamu wahai hati. Kaulah yang tetap mencari masa untuk berdoa, kau juga yang membatasinya. Allah akan mengabulkan doa kita semua, tapi dengan syarat ‘apabila kita berdoa.’

Awak, hati saya sering malas. Awak boleh tolong doakan saya?


[Luahan hati watak dalam ESPOIR , Shila.]

-------------------------------------------------------
Dapatkan bacaan selanjutnya dalam buku ESPOIR - Doamu, mendekatkan pertolonganNya....]



Duhai Hati, Hentikan Tidurmu! Reviewed by Fatimah Syarha on 10:58:00 Rating: 5 Awak, Pernah tak rasa macam dah putus asa? Tak nak teruskan hidup? Saya ...

4 comments:

  1. terima kasih ustazah.
    sangat menyentak jiwa.

    ReplyDelete
  2. Ustazah... boleh sya minta ustazah punya email. Sy nak minta nasihat. Tapi agak personnel untuk saya tulis dan dikongsi. Ustazah boleh bagi ke email aishah_sariani@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Ustazah kata2 ustazah sangat menyentap rasa, betapa hina saya ni suka buat dosa, selalu mintak jadi baik tapi selepas tu buat balik, doakan saya terus istiqamah ye ustazah

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah ustazah. deep. :-)

    ReplyDelete