Pilihan Di Tanganmu - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Pilihan Di Tanganmu




Rahmat asyik memerhatikan ikan peliharaan Atok di dalam sebuah tempayan besar. Saat itu kakak sedang mengangkat baju di jemuran.

Mama datang menghampiri Rahmat.

“Cuba teka, air ni masin ke tawar?” tanya Mama.

“Tawar,” celah kakak.

“Mama tanya Rahmat,” ucap Mama.

“Ok,” balas kakak tersenyum.

“Emm, Rahmat tak pernah rasa, macam mana nak tahu,” jawab Rahmat.

“Senang je, tengok habitat asal ikan ni. Sebelum tu, ikan apa ni?” Tanya mama.

         “Ikan sepat,” jawab Rahmat.

“Ikan sepat tinggal di air tawar atau di lautan yang masin?” Tanya Mama lagi.

“Air tawar,” jawab Rahmat.

  “Pandai. Sekarang, cuba fikir, ikan di air yang masin, kenapa rasanya tidak masin pun?” Soal Mama.

“Bila dia mati, kita letak garam, masin juga,” jawab Rahmat.

“Begitulah hati kita. Hati yang hidup tak kan mudah terkesan dengan persekitaran yang rosak. Hati yang mati, akan mudah ‘dimasinkan’ oleh suasana sekeliling. Begitulah besarnya beza, yang hidup dengan yang mati.” 

Mama membacakan sabda Rasulullah SAW ,

Ertinya: “Perumpamaan orang yang mengingat (berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati.”
[Riwayat al-Bukhari no. 6407 Sahih al-Bukhari]

Kakak merenung jauh hadis itu. Rasulullah SAW telah pun memberitahu perbezaan antara orang yang berzikir kepada Allah  SWT atau pun tidak. Yang mana satu pilihan hati? Adakah kita ingin menjadi seperti orang yang hidup atau orang yang mati? Hakikatnya, mati atau hidupnya seseorang itu bergantung kepada hatinya. 

Kakak teringat sabda Rasulullah SWT yang dihafaznya sejak di bangku sekolah lagi,

Ertinya: “Dalam diri manusia terdapat seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggotanya dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh seluruh anggota yang lain. Ketahuilah bahwa seketul daging itu adalah hati.” [Riwayat Bukhari no. 52 Sahih al-Bukhari]

-------------------------------------------------------

Dapatkan bacaan selanjutnya dalam buku SOLITUDE - Zikirmu, bukti kau kekasih yang tak bosan menyebut nama Kekasihmu...]




















Pilihan Di Tanganmu Reviewed by Fatimah Syarha on 11:55:00 Rating: 5 Rahmat asyik memerhatikan ikan peliharaan Atok di dalam sebuah tempayan besar. Saat itu kakak sedang mengangkat baju di jemuran. Mam...

1 comment: