Kekuatan Yang Sebenar - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Kekuatan Yang Sebenar



Awak…

Kalaulah awak dapat dengar denyut nafas saya saat ini, awak pasti dengar saya sedang termengah-mengah. Lelah. Saya berlari daripada kafetaria menuju tinta ini. Betapa tidak sabarnya saya ingin berkongsi sesuatu dengan awak.

Tadi di kafetaria, saya mencuri dengar perbualan dua orang sahabat. Perbualan yang menyebabkan hati saya hidup. Saya sangat menghargainya. Begini apa yang saya dengar:

“Jauh termenung nampak, kenapa ni Hazrul?” Tanya seorang lelaki kepada kawannya yang asyik termenung sambil menyuap makanan lambat-lambat ke dalam mulut.

“Kau ada masalah ke? Boleh share dengan aku kalau sudi. Apa aku boleh bantu aku cuba bantu kau. Adik kau buat hal lagi?” Kata kawannya itu sambil menepuk bahu Hazrul.

“Ya. Cerita yang sama saja, Aqil. Aku sedih dengan perangai adik perempuan aku tu. Semakin menjadi-jadi sekarang. Selalu lawan cakap mak aku. Selalu keluar dengan kawan lelaki dia. Dia kerap muntah-muntah sekarang sampai aku rasa dia ada sorokkan sesuatu daripada keluarga kami. Rasa macam ada something wrong. Aku tak kuat Aqil untuk lalui semua ni. Kasihan mak aku,” luah Hazrul.

“Oh, kau dah nasihatkan dia? Cuba kau rapatkan diri kau dengan dia, sebab dia adik kau.Tentu dia nak kasih sayang. Abah kau kan dah tak ada. Jadi kau sebagai abang kena bertanggungjawab atas keluarga kau sekarang,” nasihat si Aqil.

“Aku tak kuat! Mungkin ego,” kata Hazrul.

Apa yang penting, kau jadikan solat tu sebagai ubat. Kau jadikan solat tu kekuatan kau. Kau luah banyak-banyak kat Allah. Kau cakap dengan Allah. Kau mintak dengan Allah. Aku yakin, suatu hari nanti adik kau akan berubah. Allah akan bagi kau kekuatan melalui solat untuk hadapi ujian ni. Kau rasa la sendiri bila kau solat,” nasihat Aqil lagi untuk sahabat baiknya.

“Abah aku selalu bagitau aku, solat tu kekuatan kita sebagai mukmin. Abah aku selalu baca satu ayat untuk aku. Kesannya, bila aku ditimpa musibah atau ujian, walaupun aku sedang banyak dosa, aku rasa tak hilang arah. Setiap saat kita ada Allah,” kata Aqil, cuba memujuk hati sahabatnya yang sedang berduka itu.

“Apa ayatnya?” Tanya Hazrul.

“Kau dengar ya, ‘Mintalah tolong dengan sabar dan solat’,” kata Aqil.

“Oh, itu ayat al-Quran. Bagus!” Respon Hazrul.

“Pesan abah lagi, jika kamu telah berbuat benar dan berlaku baik pada waktu yang lalu, maka semakin giat dan mendekatlah kamu kepada Allah pada waktu-waktu yang berikutnya. Dengan semakin dekat, nescaya kamu akan segera sampai. Namun jika pada waktu-waktu yang lalu kamu telah berbuat salah, segeralah hapus kesalahanmu tersebut pada masa berikutnya, dan berusahalah untuk selalu menggerakkan semangat tinggi hingga sampai ke tujuan.”

Air mata saya tak tertahan saat itu. Saya terus berlari mendapatkan awak untuk berkongsi rasa.


Hhhh…hhhh…masih termengah-mengah ni.



-Petikan buku ENDSVILLE.
-------------------------------------------------------


[Dapatkan bacaan selanjutnya dalam buku ENDSVILLE  - Solatmu, bukti kau mencari Dia ]





Kekuatan Yang Sebenar Reviewed by Fatimah Syarha on 11:59:00 Rating: 5 Awak… Kalaulah awak dapat dengar denyut nafas saya saat ini, awak pasti dengar saya sedan...

2 comments:

  1. InsyaAllah, Ustazah 😊 Perkongsian yg sangat baik ❤

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah, segala2nya berbalik kepd Allah jua,, moga kita sentiasa kuat dalm menghadapi segla ujian dri segi kesenangan ataupun kesusahan.

    ReplyDelete