Moga Kita Tidak Lupa - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Moga Kita Tidak Lupa

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google Image.



Oo Allah! Don’t make this world our biggest concern!

Awak, impian saya sangat besar. Saya yakin ramai dalam kalangan kita punya impian yang besar. Termasuk awak, kan? Betul tak?

Impian saya, saya nak ada kereta mewah, harta banyak, suami kacak yang kaya lagi beriman, keluarga bahagia dan rumah besar. Saya juga impikan dalam hidup saya sebuah empayar perniagaan yang sangat maju. Kalau boleh saya nak empayar yang saya bina ini yang paling terkenal di Malaysia dan seluruh dunia. Besar tak angan-angan saya? Hi hi.

Angan-angan tak salah kan? Yang salahnya bila kita tak berusaha menggapainya. Angan-angan disertai usaha, namanya bukan lagi angan-angan tapi sebuah cita-cita. Macam mana nak dapat kalau tak usaha? Ya tak? Tapi di samping usaha tu kita kena mintak dengan Allah SWT moga Allah SWT pandu hati kita ke jalan yang Dia reda. Ye dok? Keluar Klate pulok doh. (Mok sayo oghe Klate. Ayoh oghe Johor. Awok?)

Yang paling saya bimbang ialah, saya ni belum dapat pun lagi apa yang saya cita-citakan tu, tapi saya dah mula lupa. Lupa pada Sang Maha Pencipta, yang memberi kesenangan pada saya. Saya letak dunia dalam hati saya sepenuhnya. Saya risaulah awak. Kalau saya dapat semua yang saya impikan itu, saya takut makin parah saya lupakan Allah SWT.

Sebab kita MANUSIA.

Cepat sungguh lupa, dunia ini tempat persinggahan kita.
Kadang-kadang kita lupa, kita kejar dunia sehingga kita lupa akhirat.
Dan kadang-kadang kita lupa bahawa nikmat yang kita sedia terima tanpa kita sujud padaNya itu di namakan, ‘istidraj.’
Kita lupa tugas utama kita di dunia iaitu untuk MENYEMBAH Allah Yang Esa.

Nabi SAW bersabda, 



Ertinya: “Sesungguhnya perumpamaan dunia dan diriku adalah seperti seseorang yang beristi rehat sejenak di bawah sebuah pohon pada siang yang amat panas, kemudian ia pergi dan meninggalkannya.” [Riwayat Ahmad no. 3283. Sahih di sisi al-Albani].


Baginda SAW juga bersabda,

Ertinya: “Dunia itu terlaknat, dan terlaknat pula segala yang ada di dalamnya, kecuali zikrullah (menyebut dan mengingat Allah) serta perkara-perkara yang mendukungnya, seorang yang alim (tahu dan berilmu) atau seorang yang belajar (menuntut ilmu).” [Riwayat Ibnu Majah no. 3336. Sahih Ibnu Majah]


Baginda SAW juga bersabda,
Apakah ertinya dunia? Apakah ertinya dunia dan hartaku?[Riwayat al-Darami].


Baginda SAW juga bersabda,
Setiap manusia berangkat di pagi hari untuk menjual dirinya. Maka terserah ia hendak membebaskan ataukah menahannya."[Riwayat Muslim, Tarmizi, Ibnu Majah, dan Imam Ahmad].

Bahkan baginda SAW pun bersabda,

Ertinya: “Kalaulah dunia di sisi Allah senilai dengan sayap nyamuk, pastilah Dia tidak pernah memberi minum seorang kafir walaupun setitis.[Riwayat Tirmizi no. 2320 Sahih Tirmizi]

Astagfirullah, beginilah hakikat dunia yang ada dalam hati saya? Awak, saya mahu selalu ingat, hadirnya kita di dunia ini semata-mata untuk menyembah Tuhan kita. Betapa banyak hadis peringatan oleh Rasulullah SAW tentang hakikat dunia.

Nak tahu tak? Saya ada dengar masa guru saya bagi tazkirah, ada ulama yang umpamakan dunia dengan sandal. Apakah maksud tu? Mari, saya kongsikan dengan awak.

“Dunia itu ibarat sandal.”

Orang-orang ramai pun kehairanan, tapi ulama ini tetap berkeras dan mengatakan, “Ya, dunia seperti sebuah sandal. Meskipun kita tidak begitu memerlukan sandal, kita tentu tidak boleh berjalan tanpa alas kaki. Begitu juga dunia, kita tidak begitu memerlukannya tapi kita harus memanfaatkannya. Namun, pernahkah kita mendengar rasa cinta yang terjalin antara seseorang dengan sandalnya?”


Awak faham tak? Awak hadam baik-baik ya. Nanti awak akan faham apa maksud kata-kata ulama tu.

Awak, al-Imam Ibnul Qayyim (semoga Allah merahmatinya) membuat 3 trilogi (tema yang saling berhubung) iaitu:

  1. Penyakit dan ubatnya.
  2. Pancaran hati.
  3. Perindu syurga.

Jom kita semak apa maksud ketiga-tiga trilogi ini di dalam buku ENDSVILLE!  ;)



-------------------------------


[Petikan buku 'ENDSVILLE']




Moga Kita Tidak Lupa Reviewed by Fatimah Syarha on 10:42:00 Rating: 5 Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google Image. Oo Allah! Don’t make this world our biggest ...

No comments: