Gagal Peperiksaan Bukanlah Pengakhiran - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Gagal Peperiksaan Bukanlah Pengakhiran

Ramai daripada kita yang beranggapan bahawa peperiksaan di sekolah adalah penentu segalanya. Mereka akan bersungguh-sungguh di sekolah dan berusaha untuk memperoleh mencapai keputusan yang membanggakan bagi membolehkan mereka keluar sekolah dengan membawa satu ‘tiket’ bahawa mereka akan berjaya untuk peringkat seterusnya.
Sesungguhnya proses pembelajaran itu tidak akan berhenti selagi mana kita masih hidup sebagai seorang manusia. Bukan semua yang dipelajari disekolah itu merupakan titik permulaan bagi mereka untuk meneruskan kehidupan. Akan tetapi ia merupakan satu permulaan bagi mereka meneruskan semangat untuk terus berhadapan dengan dunia yang sebenar. Hakikatnya, realiti yang berlaku dalam kehidupan hari ini merupakan ‘sekolah’ bagi mereka untuk mempelajari sesuatu yang tidak akan boleh dijumpai di dalam kelas.
Kebanyakan pelajar yakin bahawa sekiranya mereka berjaya dengan cemerlang bagi peperiksaan SPM atau STPM ini akan membolehkan mereka untuk pergi kemana sahaja yang mereka inginkan. Apa yang lebih parah lagi ialah apabila mereka cuba untuk memperkecilkan golongan yang kurang berjaya dalam peperiksaan tersebut. Ternyata pelajar-pelajar ini masih belum memahami cabaran sebenar dunia hari ini yang tidak seindah seperti yang diceritakan didalam novel-novel atau drama-drama melayu yang di tayangkan di kaca televisyen.
Seharusnya apa yang mereka perlu lakukan adalah keluar dan pergi mencari peluang-peluang baru untuk mereka terokai. Peluang untuk belajar tidaklah datang bergolek. Ilmu itu perlu dicari dan perlu dipelajari sejajar dengan hadis Rasulullah SAW yang membawa maksud :
“Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap orang Muslim” – Hadis Riwayat Bukhari
Berdasarkan daripada hadis tersebut kita boleh lihat dan mengambil iktibar daripada sejarah para sahabat yang tidak pernah lelah untuk menuntut ilmu. Mereka perlu berjalan sejauh beratus-ratus kilometer bagi membolehkan mereka mendalami sesuatu ilmu.
            Kebanyakan golongan yang berjaya yang ada pada hari ini juga bukanlah datangnya daripada golongan yang cemerlang didalam peperiksaan. Steve Jobs, Mark Zuckerberg dan lain-lain lagi yang boleh menjadi inspirasi bagi anak muda untuk terus bangkit dan tidak menyerah kalah di saat kita merasakan bahawa tiada harapan lagi walaupun tidak berjaya di alam persekolahan. Oleh itu, kegagalan dalam peperiksaan bukanlah satu penamat bagi seseorang untuk tidak berjaya pada masa akan datang.
Memetik kata-kata seorang penulis novel dari negara Indonesia Pramoedya Ananta Toer , “Apalah guna sekolah-sekolah didirikan; kalau tidak dapat mengajarkan yang mana benar, dan yang mana tidak.” Penyataan ini dapat dibuktikan dengan fungsi guru di institusi-institusi pendidikan yang ada pada hari ini bukan sahaja menekankan aspek kurikulum dan ko-kurikulum disekolah, mereka juga berperanan bagi menanamkan nilai-nilai moral dan estetika yang boleh dijadikan amalan sepanjang.
Tidak kurang dengan aspek nilai agama yang amat penting supaya mereka yakin dan percaya tidak ada kekuasaan lain yang boleh membantu mereka dalam apa keadaan sekalipun dan tiada kekuasaan lain yang boleh menjadikan sesuatu itu mustahil bagi-Nya melainkan Dia.
Matlamat hidup bukanlah terhenti di sekolah. Ianya satu jangka masa panjang yang perlu di rancang dan di atur dengan teliti agar setiap daripada rancangan tersebut berjaya dan yang pasti kita tidak lupa pada mereka yang tidak henti menyokong daripada belakang iaitu ibu dan bapa kita yang sentiasa berkorban apa sahaja demi memenuhi keperluan anak-anak mereka.


Ditulis oleh,
Nabihah Razi, 
Universiti Sains Islam Malaysia
Diterbitkan oleh Sinar Harian
Mac 2016.
sumber : facebook.com


Gagal Peperiksaan Bukanlah Pengakhiran Reviewed by Fatimah Syarha on 12:26:00 Rating: 5 Ramai daripada kita yang beranggapan bahawa peperiksaan di sekolah adalah penentu segalanya. Mereka akan bersungguh-sungguh di sekolah dan ...
Next
This is the most recent post
Older Post

No comments: