Banyak Buat Dosa, Tapi Allah Tak Menghukum Kita? - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Banyak Buat Dosa, Tapi Allah Tak Menghukum Kita?

Kredit: http://bekkouche.deviantart.com


Seorang murid mengadu kepada gurunya, “Ustaz, betapa banyak kita berdosa kepada Allah dan tidak menunaikan hak-Nya, tapi saya tidak melihat Allah menghukum kita.”

Gurunya menjawab dengan tenang, “Betapa sering Allah menghukum kamu, tapi kamu tidak terasa. Sesungguhnya salah satu hukuman Allah yang terbesar yang menimpamu wahai anakku ialah sedikit taufik yang Allah beri untuk mengamalkan ketaatan dan amal-amal kebaikan.

Tidaklah seseorang diuji dengan musibah yang lebih besar daripada hati yang keras atau hati yang mati. Sebagai contoh, sedarkah engkau bahawa Allah telah mencabut daripadamu rasa bahagia dan senang dengan munajat kepada-Nya, merendah diri kepada-Nya dan sujud di hadapan-Nya.

Sedarkah engkau betapa hari-hari telah berlalu daripada hidupmu, tanpa membaca al-Quran? Sedarkah bahawa hati kamu tidak lagi tersentuh dengan ayat-ayat al Quran, seakan-akan engkau tidak mendengarnya?

Sedarkah engkau bahawa telah berlalu entah berapa banyak malam yang panjang, sedangkan engkau tidak melakukan qiamullail di hadapan Allah, walaupun terkadang engkau tidak tidur malam?

Hukuman apa yang lebih berat daripada itu?

Engkau terasa berat untuk mengamalkan ketaatan dan amal ibadat. Tidakkah Allah menahan lidahmu daripada berzikir, beristighfar dan berdoa kepadanya? Tidakkah terkadang engkau merasakan bahawa engkau mengalah di hadapan nafsu?

Sedarkah engkau bahawa Allah membuatmu lupa kepada akhirat, lalu Allah menjadikan dunia sebagai perhatian terbesarmu?

Semua ini hanyalah beberapa bentuk hukuman Allah kepadamu, sedang engkau tidak menyedarinya. Sesungguhnya hukuman terbesar adalah hukuman yang tidak kita sedari iaitu matinya hati, lalu hati itu tidak merasa nikmatnya ketaatan dan tidak merasa sakitnya dosa.”

[Mafhum terjemahan daripada tausiyah Syaikh Abdullah Al-‘Aidan]


-------------------------------


[Petikan dari buku  'BERLUTUT DI HADAPAN TUHAN']













Banyak Buat Dosa, Tapi Allah Tak Menghukum Kita? Reviewed by Fatimah Syarha on 11:06:00 Rating: 5 Kredit: http://bekkouche.deviantart.com Seorang murid mengadu kepada gurunya, “Ustaz, betapa banyak kita berdosa kepada Allah dan tida...

No comments: