Endsvile - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Endsvile

Solatmu, bukti kau mencari Dia...

Terbang ke Mana Khusyukku? 

“Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah taala. Allahu akbar.”

Saya memperbaharui niat dengan lafaz itu. Meskipun niat tidak wajib berlafaz namun tiada salahnya ‘menonyoh’ hati dengan seungkap lafaz. Saya berusaha mencari khusyuk.

 Namun, saya sering gagal.

“Assalamualaikum warahmatullah... Assalamualaikum warahmatullah...”

‘Aik? Saya sudah siap solat rupanya.’

‘Oh, di mana khusyukku?’


“Husna!” Panggil umi.

Kalau awak nak tahu, nama saya Husna Rasyada. Sedap tak?

Sekejap ya, saya perlu jawab panggilan ibu saya sambil buka telekung ni.

“Ya, umi. Husna datang.”

Umi minta saya kemaskan dapur. Umi sudah penat memasak, saya cuma diminta kemaskan sahaja. Apa salahnya kan? Kasihan kat umi saya buat kerja sorang-sorang tadi.

Ok. Dah siap tolong umi. Budak baik tak saya ni? Lepas solat, terus tolong umi, eh eh.

Kalau awak nak tahu, itulah penyakit saya. Sudahlah tak khusyuk, suka perasan pula. Boleh awak ajar saya cara untuk khusyuk? Bila terus tak khusyuk begini, nanti makin banyak penyakit tumbuh di hati. Kan?


Jap! Awak, awak dah solat ke belum? Kalau belum, pergi solat dulu. Baru saya sambung cerita.

Solat tak lama pun awak, tiga minit dah siap solat! Cepat kan? Tak susah pun solat. Tapi...

Yang menjadi masalah besar bagi saya, setiap kali waktu solat, saya mesti akan ingat perkara-perkara yang saya lupa. Saya suka berkhayal semasa solat. Masa tu lah ingat nak bagi arnab saya makan lah, nak balas WhatsApp lah, dan macam-macam lagi. Kadang-kadang dalam solat boleh sampai China. Main berguling-guling dengan beruang panda. Ber ‘hai’ dengan beruang panda. Adoi!

Kadang kala, saya keliru, berapa rakaat saya solat? Sedar tak sedar, saya sudah bagi salam. Saya rasa macam tak solat sahaja. Tiada kesan pada jiwa. Nasib baik, sekurang-kurangnya saya solat juga. Tak pernah tinggal, hu hu.

Tapi saya takut dengan satu ancaman Allah    dalam Surah alMa’un,

“Celakalah orang yang solat. Yang lalai dalam solatnya.” 

 Err, celaka nasibnya nanti?
 
 Nehhi!!!

 Awak tahu tak kenapa? Saya kalau solat, selalu lalai. Saya sorang ke macam tu? Ke awak macam tu jugak? 

Betul ni! Susahnya nak khusyuk dalam solat. Pernah tak awak rasa macam tu? Saya nak berubah, awak tolonglah saya. Saya ni banyak leka, sebab tu susah nak khusyuk, kan?

Awak agak apa punca utamanya ya?
 
Saya tahu! Sebabnya, nafsu dunia yang terlampau penuh di dada saya ni. Awak setuju? Saya dapat rasa!

Saya tertanya-tanya juga,  apakah maksud khusyuk tu sendiri? Yang tu pun saya tak tahu. Teruk kan saya?  Jom, kita kaji sama-sama.

Selanjutnya di dalam buku Endsville. 




Everyday is upgrading day.

Salam sebarkan bahagia,

Dr. Farhan Hadi Mohd Taib.
Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Endsvile Reviewed by Fatimah Syarha on 15:43:00 Rating: 5 Solatmu, bukti kau mencari Dia... Terbang ke Mana Khusyukku?  “Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah taala....

No comments: