I CUT APPLE A PARENTING - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

I CUT APPLE A PARENTING


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sudah jawab salam saya?

Alhamdulillah 😊 Saya memang mahukan doa sejahtera dari jawapan salam anda. Terima kasih, ya.

Ini adalah mukaddimah untuk buku parenting saya yang bakal keluar Februari, 2019 insyaAllah. 

Terima-kasih juga kerana sudi membaca pendahuluan buku ini. Semua kebaikan daripada buku ini datang daripada Allah SWT jua. Yang lemah dan kurang selayaknya disandarkan kepada diri saya yang tidak sempurna.

Kenapa buku ini dihasilkan?

Apapun yang kita buat, memang matlamat jauhnya mahu dapatkan reda Allah SWT. Apa pula matlamat dekat ke arah mencapai matlamat jauh itu?

Okey, saya bercerita permasalahan kajian dulu ye. (Eh, eh, macam nak buat tesis Ph.D pula. Al maklumlah saya sedang sambung Ph.D saat menulis buku ini sambil sarat mengandung anak kelima. Doakan Allah permudahkan ya).

Saya bermotivasi kuat untuk menghasilkan buku ini selepas didatangi oleh sebuah keluarga yang anak-anaknya semua huffaz professional, namun, mengalami mental depression yang kritikal. Hinggakan, terpaksa mengambil ubat daripada pakar psikiatrik. Anak yang paling bongsu sentiasa berhalunisasi bayangan mengambil pisau dan mahu membunuh ibu dan ayahnya. Seram kan?

Ini realiti. Kisah benar.

  Mereka datang asalnya dengan niat mendapatkan pandangan saya, walaupun saya sudah beritahu, saya bukan kaunselor. Memanglah saya pernah ambil bidang Ilmu Wahyu dan Psikologi serta pernah ikuti kursus kaunseling komuniti, namun lebih ramai kaunselor bertauliah yang jauh lebih baik daripada saya untuk dirujuk. Saya sudah jelaskannya awal-awal lagi. Mereka nak datang juga. Mereka kata, mereka sebenarnya sudah merujuk ramai kaunselor (bukan seorang tapi ramai dan sudah habis beribu-ribu ringgit) termasuk mengambil ubat daripada pakar psikiatrik namun belum berkesan.

Kasihan pula mendengarnya.

Ok, tak mengapa. Ahlan wasahlan.

Apa yang terjadi?

Saya menadahkan telinga mendengar luahan seorang demi seorang. Mulanya dari pihak sekeluarga, kemudian dari pihak si ayah berseorangan, dari pihak si ibu, dan yang terakhir dari pihak si anak.

Selepas sesi kaunseling, saya sudah meminta izin kepada keluarga ini untuk berkongsi kisah ini dengan masyarakat agar kita semua dapat belajar tentang kehidupan. Saya juga berjanji merahsiakan identiti keluarga ini. Jadi, jangan tanya saya ya, siapa mereka ini. Tak pentingpun, kan?

Rupa-rupanya, cara didikan saat kecil keluarga ini sangat mementingkan pencapaian dan melupakan soal pedagogi rahmah iaitu cara mengajar yang penuh kasih sayang. Anak-anak biasa dilontar dengan kata-kata berbisa, sinis, bentakan dan pedas.

Pernah si adik lambat bersiap untuk berenang, dia dibentak lalu ditinggalkan berjalan kaki pulang ke rumah. Menangis-nangis anak kecil itu ketakutan. Dengan kosa kata yang masih terbatas, dia tidak tahu bagaimana mahu meluahkan perasaan.

Di sekolah pula, guru-guru mengajar dengan kasar. Pernah si abang tidak mencapai target hafazan, guru membalingnya dengan rehal. Kasihan.

Hiduplah mereka dalam dunia tekanan dan ketakutan. Di rumah dan di sekolah.

Walaubagaimanapun, saya tetap mengagumi jiwa pasangan suami isteri ini yang sebenarnya sentiasa mahukan kebaikan. Cuma banyak kali kebaikan itu diungkapkan dengan cara yang tidak menepati petunjuk Rasul dan tidak memahami psikologi anak. Apapun, kedatangan mereka membuktikan mereka sentiasa cintakan ‘upgrading’. MasyaAllah tabaarakallah.

Tabik spring saya berikan untuk mereka.

Sambung cerita….

Apabila saya membacakan tafsir Surah al-Dhuha dan al-Insyirah kepada anak gadis pasangan ini, dia berkata,

“Ini kali pertama saya mendengar tafsirnya.”

Bergenang air mata saya.

Rupa-rupanya, sistem menghafaz al-Quran yang dilaluinya juga tidak menitik beratkan soal kefahaman ayat. Lantas, bagaimana seseorang boleh mengikuti petunjuk al-Quran yang Allah SWT janjikan akan membebaskan hidupnya daripada ketakutan dan kesedihan?

فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ 


(Surah al-Baqarah: 38)

“Siapa yang mengikut petunjuk-Ku, maka tiada ketakutan ke atasnya 
dan dia tidak akan bersedih hati.”

Kasihan kan?

Hakikatnya, saya banyak belajar erti kehidupan yang terlalu bermakna daripada mereka. Saya insaf. Saya sebak. Saya doakan keluarga ini mendapat syurga firdaus yang tertinggi. Saya anggap mereka guru saya agar saya tidak mengulangi kesilapan yang sama dan mencontohi mana yang baik. Saya kagum semangat mereka untuk menjadi lebih baik. Sama-sama kita doakan kebaikan buat keluarga ini.

Jari-jemari saya bertambah ‘gatal’ untuk menghasilkan buku ini apabila pada suatu hari, saya ada kuliah bedah kitab di Bentong.

Dalam perjalanan balik, saya singgah ke sebuah restoran. Sempat jugalah saya menonton suatu filem yang ditayang di situ, iaitu New Police Story yang heronya Jackie Chan.

Kebetulan bahagian yang sempat saya tengok tu, bahagian watak antagonis (watak hitam) didera masa kecil oleh ayahnya, seorang anggota polis. Digari tangan dan badan. Lebam sana sini dipukul. Lalu, dia menjadi berdendam dengan anggota polis.

Saya tak sempat tengok habis pun. Sikit-sikit saja. Saya cuma nak refleks pada realiti anak anak kita.

Sebenarnya, 'penderaan kata kata' pada anak juga boleh mencederakan emosi mereka tidak jauh berbeza daripada penderaan fizikal. Semuanya membawa kepada negative self talk, depression (kesedihan melampau), mental illness tahap demi tahap dan akhirnya rasa nak bunuh diri atau nak bunuh orang lain. Seperti mana kes keluarga huffaz professional yang saya ceritakan di atas.

Bahaya kan?

Jom kita ‘upgrade’ kaedah komunikasi kita dalam buku ini. Bagi mendapatkan pemahaman lebih, boleh menemui saya dan ‘team’ secara langsung dalam seminar #projekmegadalamrumah3performing.

Berbalik fokus kita kepada buku ini.

           Cuba tengok gambar di bawah ini. Ini main lukis-lukis ke belajar al Quran?



Inilah cara mereka bersantai memahami al Quran.

Buku ini cuba ‘menjelmakan’ peribadi Nabi SAW yang sangat memahami psikologi anak kecil dalam bersikap. Agar kita sama-sama dapat praktikkan dalam akhlak seharian kita bersama anak. Sarjana Barat, Bruce Perry, seakan menyokong praktikaliti ini apabila berkata,

“The best toys a child can have is a parent who gets down on the floor and plays with them.”

Kenapa? Bagaimana? Dan apa nak buat?

InsyaAllah kita kongsi dalam buku ini dan diperteguhkan dalam seminar #projekmegadalamrumah3performing

InsyaAllah, dalam buku ini, saya lebih tekankan pedagogi (cara bersikap) berbanding natijah.

Saya tidak akan membuat tekanan mental kepada ibubapa untuk memaksa anak kecil mencapai sesuatu yang tinggi. Saya lebih menekankan ‘cara’ ajarnya. Cara diri kita sendiri perlu bersikap.

Apa maknanya andai pencapaian anak-anak mendapat pujian serata dunia sedangkan jiwanya hancur lantaran ditekan, dipaksa, dibentak, dilontarkan dengan bahasa tidak berhikmah sehingga ianya merosakkan ‘bonding’ antara ibubapa dan anak? Realiti ini banyak berlaku sekarang dalam dunia mengajar di rumah dan di sekolah sehingga ia menjadi salah satu penyebab mental illness di kalangan kanak kanak meningkat.

Cara lembut yang mendominasi natijahnya ada cepat, dan ada lambat. Tapi itulah cara yang ditunjukkan oleh baginda Nabi SAW berdalilkan banyak hadis. Bila kita mengikut resepi baginda, insyaAllah kuih yang terhasil nanti tidak lari jauh daripada acuan.

Cara yang kasar memang selalunya natijahnya cepat bahkan natijah itu mungkin tinggi tetapi ia tidak membina anak yang berkarakter yakin diri, sebaliknya rendah emotional intelligence, tidak akrab seisi keluarga dan tidak memiliki kenangan indah yang disukai.

Akhirnya, apabila anak membesar dan menjadi tokoh masyarakat seperti ramai tokoh terkenal dunia (kalau kita ikuti kisah mereka), dia salahkan mak ayah yang pisahkan dia dari dunia kanak kanak yang need to play. Bukan bermain dan langsung tidak belajar. Tapi belajar itu menyeronokkan mereka, seakan-akan sedang bermain, bukannya penuh tekanan dan paksaan. Mereka ada hak hidup gembira.

Terdapat ramai lagi tokoh yang mempunyi hubungan teruk dan dendam dengan mak ayah. Bahkan ada  di kalangan mereka budak genius yang boleh masuk ke Oxford dalam usia awal tapi akhirnya menjadi pelacur kelas atasan. Dia bercerita bahawa dia kena simbah hari-hari (kena percik air ok lagi, ini tidak, kena simbah terus oleh ayahnya untuk bangun pagi dan dipaksa belajar.

Bila cedera emosi, natijah akhir biasanya ia tidak melahirkan pemimpin yang boleh memimpin tapi karakter yang berdendam dan keliru diri. Nauzubillah.

Bagaimana dengan Sultan Muhammad al-Fatih? Bukankah beliau asalnya budak nakal dan dididik dengan rotan? Akhirnya menjadi tokoh dunia yang berpengaruh. 

Jika dibelek mendalam kisah beliau, beliau mempunyai ramai guru. Di antaranya, ada guru penyucian hati, guru akademik dan sebagainya. Hanya seorang guru yang menggunakan kaedah kerap rotan, itupun Sultan Muhammad al-Fatih tidak banyak belajar daripada guru tersebut sebagaimana beliau banyak belajar daripada guru-gurunya yang lain.
Guru yang satu ini terpaksa mengambil pendekatan rotan kerana Sultan Muhammad al-Fatih asalnya sangat tidak beradab dengan para guru, sehingga ayah Sultan Muhammad al-Fatih mengizinkan guru ini mengambil pendekatan keras. Ia sekaligus mengimbangi pedagogi rahmah oleh guru-guru lain yang sebenarnya lebih mendominasi dalam pendidikan Sultan Muhammad al-Fatih.

Cara bersikap yang ditunjukkan oleh peribadi Nabi SAW dalam mengajar, membuktikan cara yang rahmah lagi berhikmah pernah melahirkan tokoh-tokoh pengubah dunia. Bukan seorang dua. Tapi satu generasi. Itulah generasi al-Quran yang unik.

فَبِمَا رَحۡمَةٖ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمۡۖ وَلَوۡ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلۡقَلۡبِ لَٱنفَضُّواْ مِنۡ حَوۡلِكَۖ فَٱعۡفُ عَنۡهُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ وَشَاوِرۡهُمۡ فِي ٱلۡأَمۡرِۖ فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ 



(Surah Ali Imran: 159)


Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.


Kita sama sama  upgrade cara kita, InsyaAllah. Biar ada qudwah. Biar ada kaedah. Bukan ikut kemarahan. Jadi, fokus kita sekarang #familybonding #personalbonding #emotionalintelligence.

“Jap, nak tanya satu soalan. Kenapa buku ini guna Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab?”

Mungkin ramai pembaca tertanya-tanya soalan ini.

Jawapan saya, ini buku santai. Bukan tesis. Gaya bahasanya juga mestilah kreatif. Bukankah semua bahasa di dunia ini ciptaan Allah SWT belaka? Bahkan kepelbagaian cara berbahasa disebut dalam al-Quran sebagai salah satu tanda kebesaran Allah SWT. Nikmati sahaja. With love ❤

Mohon ampun dan maaf atas sebarang kekurangan buku ini. Boleh bantu kami menambah baik dengan menghubungi kami di email, sebarkanbahagia@gmail.com. Jazakumullahu khairan kathira.

Wassalam.




I CUT APPLE A PARENTING Reviewed by Fatimah Syarha on 18:46:00 Rating: 5 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . Sudah jawab salam saya? Alhamdulillah 😊 Saya memang mahukan doa sejahtera dari jawap...
Next
This is the most recent post
Older Post

No comments: