Kenali Penulis - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Kenali Penulis



Ingin pulang pada-Mu dengan qalbun saleem (hati yang sejahtera).

FATIMAH SYARHA BINTI HJ. MOHD NOORDIN (BA (hons) UIA, MA. UIA) dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu. Merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. Kemudian mengambil Ijazah Bacaan al-Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Kelulusan ‘Master’ di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh. Berpengalaman sebagai tenaga pengajar di Universiti Malaya di Jabatan Sains Gunaan dan Pengajian Islam. Beliau kini seorang penulis, Perunding Motivasi dan Pengarah Urusan di Syarikat Sebarkan Bahagia Sdn. Bhd. Sangat meminati bidang Fiqh wanita, cinta dan kekeluargaan. Aktif mengadakan forum, ceramah dan seminar di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara, syarikat-syarikat korporat, masjid-masjid, komuniti, sekolah-sekolah rendah dan juga menengah.



Resume Fatimah Syarha

Kenali Penulis Reviewed by Fatimah Syarha on 14:27:00 Rating: 5 Ingin pulang pada-Mu dengan qalbun saleem (hati yang sejahtera). FATIMAH SYARHA BINTI HJ. ...