Sebarkan Bahagia - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Sebarkan Bahagia



Bahagia itu bukan destinasi
yang belum pasti
bahagia ada setiap hari
dinikmati oleh hati

Bahagia anugerah Ilahi
berhak dimiliki
buat siapa yang mencari
dengan petunjuk hakiki

Bahagia perlu diciptakan
bukan sekadar diangankan
dalam setiap keadaan
dalam setiap kesempatan

Usah terus sengsara
bahagiamu di depan mata
ciptakanlah bahagia
dan sebarkan bahagia

FATIMAH SYARHA

Sebarkan Bahagia Reviewed by Fatimah Syarha on 14:28:00 Rating: 5 Bahagia itu bukan destinasi yang belum pasti bahagia ada setiap hari dinikmati oleh hati Bahagia anugerah Ilahi berhak dimil...